Episod 16

139 10 0
                                    

Wah.....akhir-akhir ni Arian pergi mana?Aku lansung tak nampak dia kat tempat kerja.

"Woi."

Masyaallah.Siapa yang tegur tak bagi salam ni?

Ahh...

"Akak Mya."

"Aku nampak tua sangat ke?"

"Eh...saya just hormat akak."

"Just call me Mya.So....apa kau buat kat depan cafe ni?Baru pukul 7.30 pagi kot.Aku baru je nak bukak cafe ni."

Lama aku terdiam sambil menguis-nguis hujung kasut aku ke permukaan jalan tar ni.

"Arian-"

"Kau cari Arian?"

Kitorang berdua berkata serentak.Laju aku mengangguk bila nama Arian keluar dari mulut Mya.

"Ouh...pasal tu..."

* * *

Laju aku berlari ke arah alamat yang tertera kat handphone aku ni.

"Arian dah lama tak datang kerja.Aku pun tak tau apa yang jadi kat dia.Kalau kau nak jumpa lelaki tu sangat,nanti aku send alamat dia kat Wahtsapp."

Masih terngiang-ngiang apa yang Mya cakap kat aku pagi tadi.

Aku tengok nombor rumah.

Pt 4456.

Aku tengok balik alamat kat dalam handphone.Betullah ni.Woah...rumah Arian agak besar jugak eh?

Aku menekan loceng rumah Arian beberapa kali.Takde siapa yang keluar.Dah takde cara lain.Aku memanjat pagar rumah Arian.Lantaklah kalau orang kata aku gila sekalipun.

Aku mengeluarkan kunci rumah Arian yang Mya berikan kepada aku pagi tadi.Woah...berapa rapat hubungan Arian dengan Mya sampaikan perempuan tu siap ada kunci spare rumah Arian?

Laju aku memulas tombol pintu.Sebaik sahaja pintu terbuka,aku hanya nampak keadaan ruang tamu yang berselrekan.Bantal kecik yang korang selalu letak kat atas sofa untuk jadikan perhiasan semuanya bertaburan kat atas lantai.

Ada pasu bunga yang pecah.Berselerakan kacanya bersama bunga-bunga orked tu.

Berhati-hati aku berjalan supaya tak terpijak kaca tu.Aku mula berjalan menaiki anak tangga satu persatu dan kaki aku terus berjalan ke arah satu-satunya bilik yang berada kat tingkat atas ni.

Laju aku memulas tombol pintu and....Arian.Dia hanya terduduk membelakangi dinding di dalam keadaan bilik yang gelap ni sambil memandang kosong ke arah kipas yang tengah berpusing perlahan tu.

Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling biliknya.Langsir tak diselak.Bantal-bantal bertaburan di atas lantai.Dan meja kecil yang sepatutnya berada di tepi katilnya kini tersadai di tepi pintu balkoni.

Yeah...bilik ni nampak terang pun sebab pintu balkoninya yang masih terbuka.

Aku meluru ke arah langsir tu lalu  diselak kasar dan Arian hanya mendiamkan diri tanpa beri sebarang reaksi.Seolah-olah aku lansung tak wujud kat dalam bilik ni.

"Hey,Arian!"

Aku menggoncang perlahan bahu Arian dan akhirnya aku berjaya membuat lelaki tu memandang tepat ke dalam mata aku.

"Hana..."

"Yeah,it's me."

Aku tersenyum hambar.

Tak semena-mena ada air mata mula mengalir keluar perlahan-lahan dari kedua-dua belah matanya.Membuatkan hati aku tersangatlah....

Throbbing in pain...

"Hey...Betul ke yang mak aku mati...just because aku exist...?"

Suaranya bergetar saat dia menanyakan aku soalan yang teramatlah menyakitkan tu.

Tanpa aku sedar,aku terus memeluk tubuh badan Arian.Terasa macam aku hanya tengah comfort seorang adik lelaki.

"Why....are you thinking that way,Arian?"

Perlahan aku membisikkan soalan tu supaya aku seorang je boleh dengar.

* * *

Arian;

Aku mengelap sisa air mata dengan hanya menggunakan lengan baju.Hana kembali mengambil tempat duduk di sebelah aku lalu menghulurkan mug berisi air kosong tu kepada aku.

Aku menyambutnya dan keadaan mula kembali canggung di antara kami berdua.

"So....kalau kau tak nak cerita apa-apa,aku balik dulu."

Bila Hana mula berura-ura untuk berlalu pergi,tak semena-mena aku menggenggam pergelangannya membuatkan perempuan tu memberikan senyuman nipisnya.

Aku melepaskan genggaman tangan lalu Hana kembali mengambil tempat duduk di tepi aku.

"Then...kalau kau nak cerita kat aku,tell me punca untuk...apa benda je lah yang tengah jadi kat kau sekarang ni."

Aku menarik nafas dulu sebelum menghembusnya semula.

"Okay...So kau dah tau yang that I'm deaf right?Jadi...aku start jadi macam ni disebabkan my mom really hate my goddamn father.She said my face look exactly like that guy sampaikan mak aku try to kill me and then hung herself.So tell me,Hana!It's really my fault right?"

* * *

Hana;

Aku boleh nampak ada getaran rasa serba salah di sebalik mata grey Arian yang kembali berkaca tu.

"You ask for my opinion?Well...it's not exactly your fault.Kita tak boleh nak salahkan sesiapa kalau Allah dah takdirkan muka kita ni untuk look exactly like our father."

Aku boleh rasa suara sendiri mula bergetar.Yeah...aku lalui nasib yang sama dengan Arian hanya disebabkan mak aku tak suka the fact that aku anak kepada ayah kandung aku.

"So...Arian,kau janganlah risau ya?Mya siap bagi kunci spare kau kat aku lagi sebab dia risaukan kau tau tak?"

Aku menumbuk perlahan bahu Arian dan lelaki tu akhirnya tersenyum juga.Walaupun....nampak agak pahit.

* * *

Aku mengeluh.And kuat sangat ke keluhan aku ni sampaikan Along tanya aku kenapa?

"Hei Along.Kalau Kak Rissa ada sekarang ni dia gembira ke dengan keadaan Hana sekarang ni?"

Lama Along mendiamkan diri sehingga membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Why?Kau ada ambik dadah ke?"

Reaction Along berjaya membuatkan aku memberi dia sedas tumbukan tepat ke dada kanan dia.

Along hanya tergelak.

"She will really proud of you.Habit buruk kau dah tinggal,and kau dah jumpa orang baru.She will really..."

Akhirnya Along terlepas juga tangisan jantannya tu.Yelah....siapa je tak sedih bila aku ungkit balik pasal arwah isteri diorang kan?

"Along jangan risau.Hana sekarang pun tak bercadang nak patah hati lagi dalam masa terdekat ni."

Along akhirnya tergelak kecil.Hah....what a long day....

Hilman ArianWhere stories live. Discover now