Hannah sekadar memerhatikan sahaja pemuda yang memakai sut lengkap yang berdiri di hadapan layar lebar itu.Bilik mesyuarat hanya kedengaran suara lantang arkitek senior yang tekun membuat perbentangan.
Melihat tak semestinya mendengar..dan mendengar tak semestinya faham..apatah lagi bila fikiran jauh melayang..Hannah sebenarnya tidak langsung memberi tumpuan pada perbentangan yang sedang berlangsung.Dia sedang memikirkan kemusykilan yang bermain di fikirannya..tentang Uwais Ukasyah. Kenapa aku asyik teringat kat dia aja? dalam banyak-banyak perkara yang aku kena ingat,apasal penjual burger tu juga yang aku asyik fikir? pelik ni...ntah-ntah, aku dah kena guna-guna kut? ish...takkan kut, mengarut aja semua tu..takkanlah dia nak buat macam tu?
Dah tu, langsung tak nak bercakap dengan aku tu apa kes? marah sangatlah konon pasal malam kat rumah Tuk Ayah tu..Eleh,aku yang tak suka kat dia ni pun kira baik apa masih jugak nak bertegur sapa..walaupun asyik bergaduh aja dengan dia,okeylah tu daripada tak bercakap langsung..ini tak, tiga hari tak bercakap..nampak aku pun buat-buat tak nampak aja? tak rindu ke nak bertengkar dengan aku ya? apa dia ingat aku kisah sangat ke dia buat macam tu? takpe..aku nak tengok,sampai bila dia nak puasa bercakap dengan aku..ingat aku ni apa? tugu negara? tiang bendera?"Puan Hannah? are you okey?" suara garau kedengaran.Mematikan lamunannya.
"Yup? Oh,dah habis ya?" Dia terus membetulkan kedudukannya.Ikram angguk.
"Dah puan..sebab tu saya tanya ,apa pendapat puan dengan pembentangan proposal saya tadi?
Alahai...dia ada tanya ke? aku nak jawab apa ya? aku bukan dengar pun..
"Emm..saya belum boleh buat apa-apa komen atau persetujuan lagi dengan proposal awak ni..""Tapi puan,kan tadi saya dah..."
"Kan saya dah cakap,saya belum boleh buat keputusan sekarang..lagipun,saya kena teliti dulu proposal awak ni..nanti hantarkan hard copynya ke meja saya ya?"
"Kalau macam tu,apa gunanya saya buat presentation ni puan kalau puan masih tak boleh putuskan apa-apa.." Ikram kelihatan kecewa.Kalau boleh,dia mengharapkan proposalnya akan tersenarai dalam salah satu projek mega syarikat itu.
"Hey! sekarang ni,awak atau saya CEO di syarikat ni? Saya habiskan masa saya untuk duduk dalam bilik mesyuarat ni pun dah cukup baik tau? awak patut fikir,di sini saya ada 20 orang arkitek senior yang lebih bagus dari awak...kalau awak terpilih untuk buat presentation di depan saya..itu tak bermakna awak boleh tunjuk pandai dengan saya ya? dah bagi muka nak tunjuk belang pulak.." Hannah segera bangun dan mengisyaratkan Aisyah ,setiausahanya membawa semua dokumen ke biliknya.Suasana bilik sunyi sepi,tiada siapa yang berani buka mulut.Masing-masing hanya mampu memandang simpati pada Ikram yang baru sahaja dimarahi.
Hannah masuk ke biliknya dengan wajah serius.Aisyah mengekorinya dari belakang.
"Aisyah,saya dah takde apa-apa appointment kan?"
"Takde puan..Cuma ada beberapa cek yang perlu puan tandatangan..Pagi tadi,sebelum Puan pergi site Puan Maira ada tinggalkan beberapa keping cek yang perlukan tandatangan puan.."
"Esok sajalah...saya nak balik "
"Puan tak sihat ke?"
"Takdelah.." Hannah geleng.Dia mencapai beg tangannya.Kemudian terus keluar dari bilik.
Hannah memandu dalam kelajuan sederhana.Dia berkira-kira untuk singgah di East Coast Mall sebelum pulang ke rumah.Dia masih ada beberapa tempahan pakaian yang belum diambil dari butik.Entah apa silapnya,sesampai sahaja di kawasan China Town, keretanya sedikit bergegar.Dia memberhentikan kenderaan di petak parkir.Rupanya,tayar keretanya pancit!
"Dekat sini jugak kau nak buat hal? nama aja kereta mahal.." Hannah mencekak pinggang.Apa aku nak buat ni? bawa kereta aku tahulah..tapi kalau bab tukar tayar ni memang takde orang lain,mekanik ajalah yang boleh settle.
![](https://img.wattpad.com/cover/31392670-288-k573746.jpg)
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...