Suami Yang Kubenci 19

52.4K 1.9K 36
                                    

Pap!! pap!!

"Ieee...buat apa kita datang tempat ni..banyak nyamuk lah...tengok,habis lengan saya dah merah.."Hannah menggaru pangkal lengannya yang sudah beberapa kali digigit nyamuk.Walaupun baju t-shirt Anis yang dipinjamnya itu berlengan panjang tapi masih gagal menghalangnya dari tidak digigit.
Uwais seperti biasa buat muka tak tahu sahaja.Baru kena gigit sikit dah komplen..takde ikhtiar hidup langsung.Inilah orang kaya...

"Apa salahnya nyamuk tu gigit,bukan nyamuk aedes pun,nyamuk biasa aja...cubalah buat amal sikit pagi-pagi ni.." Uwais mengatur kemas langkahnya.Bunyi kicauan burung dari atas pokok menarik perhatiannya untuk mendongak ke atas,kelihatan sekumpulan burung kelicap sedang mencari makan di awal pagi sebegitu.

"Buat amal apa pulak? saya cakap pasal nyamuk bukan pasal rumah kebajikan..." bicara Hannah membuatkan dia kembali menatap wajah isterinya itu.Mata coklat itu sudah membulat,tanda tidak puas hati dengannya.Dia suka melihat mata Hannah..cantik,mana-mana lelaki pun pasti akan jatuh hati dengan Hannah..tapi kalau tengok pada sikap angkuh dan sombongnya,dia sendiri kadang-kadang hilang sabar.

"Maksud saya,derma darah..." Uwais ketawa.Hannah terus sahaja berjalan mendahului Uwais..derma darah pada nyamuk buat apa?

"Awaklah derma darah awak kat nyamuk-nyamuk ni semua..apasal saya pulak?

"Darah saya tak sedap..darah awak lain,darah awak kan darah mahal..sebab tu nyamuk-nyamuk ni asyik gigit awak aja.."

"Ada aja point awak kan? bilalah awak nak berhenti sindir saya hah?

"Okey..okey...saya tak usik dah.."Uwais angkat tangan macam orang angkat sumpah.

"Kita nak pergi mana ni?

"awak cakap kat belakang rumah ni ada dusun? saya tak nampak apa-apa pun..tanah paya aja kat sini.."Hannah melihat sekeliling.Memang ada banyak pokok,tapi jauh di seberang kawasan paya itu.Dia Cuma nampak beberapa ekor kerbau sedang berkubang.

"Wah,awak memang tahu pasal tanah ya?"

"Tengok oranglah..saya ni CEO syarikat hartanah ,kalau setakat tanah paya macam ni,saya tengok pun saya boleh tahu,tanah kawasan ni bekas tapak sawah padi kan? "

"Memang betul...pandai jugak awak kan?"

"Hallo...saya ada master dari University of London tau..."

Uwais angguk saja.Huh! berlagak betul dia ni...macamlah hebat sangat ada master dari University kat UK tu..lainlah kalau ada Phd. dari University Of Planet Marikh ke..nak jugak aku terkejut..terjun paya ni pun takpe...

"Hmm..memang hebatlah tu..sekarang saya nak tanya Puan Hannah Maryam binti Umar Muhkriz yang bijaksana..pokok kat tepi kita ni pokok apa?"
Hannah menoleh ke sebelah kirinya.Ada serumpun pokok buluh.

"Ini? tanya budak tadika pun tahu..inilah pokok bamboo..emm..orang kita panggil..pokok buluh..kan?"

Uwais senyum.Bukan apa,cara Hannah menjawab nampak teruja sangat...dah tu,dia layan jugak nak jawab soalan poyo aku tu tadi..lurus jugak isteri aku ni..

Uwais mendekati sebatang pokok duku yang sedang berbuah lebat.Dipetiknya beberapa biji buah yang sudah hampir masak itu.

"Yang ni?" diberikan sebiji pada Hannah.Buah kecil berbentuk bulat itu dibelek Hannah.Ish...buah apa ni? aku rasa macam pernah makan tapi...dah lama dulu,tak ingat lah pulak..apa ya? berkerut-kerut dahi Hannah.

"Hah! saya tahu..inilah buah ciku.."jawabnya yakin.Siap tayang muka konfiden pulak tu.Berderai tawa Uwais..

"Ciku? "

"Betul la kan" Hannah tak puas hati...rasanya betul la tu...ada ku..ku..kat belakang..cikulah! sebenarnya dia bukan ambil kisah sangat pasal buah-buahan tempatan ni..kalau dia tahu pun buah petai,sebab dia memang anti buah jenis ulam tu..tapi yang ini..tak pastilah pulak!

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now