Uwais tak henti-henti menguap sambil kakinya melangkah menuruni anak tangga.Gila ngantuk! biasa dia bangun pukul 6 pagi tapi pagi tu dia terlajak bangun sampaikan solat subuhnya pun dah katagori subuh gajah! pukul 7.00 baru dia tersedar.Segera dia bangun bila sedar hari dah kesiangan.
Hannah pulak.Awal-awal lagi dah takde dalam bilik.Camne dia boleh bangun awal hari minggu macam ni? Arghhh...mesti sebab dia cukup tidur pasal dia tidur atas katil first class.Aku pulak tidur atas sofa,kira second class la tu...dah macam kematu badan aku ni.Tidur atas sofa satu hal,kena pulak tidur dalam cahaya terang benderang...nak lena pekebendanya? dah nak pagi baru dapat tidur.."Hah...baru bangun kau Uwais? elok benarlah kau buat perangai macam ni ya? belum pun sempat dia ucap selamat pagi.Maknya dah awal-awal terjah.Kira dah macam abang rambut ketak pun ada..Paling dia tak percaya,Isteri Mithalinya tu tengah sibuk menghidang sarapan pagi.Baik punya planning kau pagi ni Hannah erk? dah kau tak kejutkan aku .Lepas tu kau boleh pulak meringankan tulang kau kat dapur ni..nak tunjuk rajin kat mak aku lah tu...sian mak aku!
Uwais terkebil-kebil memandang maknya yang sedang mengacau minuman.Baru saja dia nak bersuara..
"Selalu ke Uwais ni bangun lambat Hannah? Sarimah bertanya pada Hannah yang sedang mengambil sebungkus roti dari dalam cabinet.
"Selalu sangat mak...kadang-kadang tu susah Hannah nak suruh dia bangun...selalu tu,Hannah dah pergi kerja, abang masih belum bangun lagi mak" jawapan Hannah bagaikan sambaran kilat yang memanah hangus tubuhnya.
Warghh!! bagusnya jawapan dia..apasal aku rasa macam nak belasah orang je ni? Uwais membulatkan matanya ketika memandang Hannah.Kebetulan pula Hannah berada di belakang maknya.Hannah menayangkan ibu jari isyarat "padan muka"dan mengangkat kening.Sempat pulak dijelirkan lidahnya pada Uwais. Puas hati aku! malam tadi kau dah kenakan aku kan? hah...now what? kan dah kena marah...yippie!!
"Apa buruk benar perangai kau Uwais? dah jadi suami orang ni buat la perangai elok..kalau suka bangun lambat ni mengundang kepapaan tahu? awal pagilah rezeki masuk..ni Subuh tadi,mesti kau terlepas kan?..Uwais..Uwais..." Sarimah menggeleng.Uwais terpaksa menadah telinga.Dia mengerling Hannah yang tayang muka ayu kononnya..
"Janganlah marah abang mak...biasalah, abang kan selalu kerja sampai pagi..Hannah pun tak sampai hati nak kejutkan dia bila tengok dia tidur lena sangat..." lembut benar bicara Hannah.Uwais yang sudah duduk di meja makan terpaksa menahan rasa bengang.
"Dengar tu Uwais? untung kau dapat isteri macam Hannah ni.Bersabar dengan perangai tak senonoh kau tu...kalau maklah dah lama mak sekolahkan kau balik..takde disiplin langsung.."Sarimah turut duduk di meja makan.Pagi itu menantunya telah keluar membeli sarapan,entah bila Hannah keluar,tahu-tahu saja sudah terhidang nasi lemak dan kuih-muih di atas meja.
"Yelah...yelah...lain kali saya bangun awal mak.." jawab Uwais perlahan.Tak adil!!! kenapalah aku jugak yang kena...10 kali aku kenakan dia...10 kali ganda pulak dia balas balik..kalau macam ni,bilalah nak abis peperangan aku dengan Si Hipokrit ni...
Hannah duduk di sebelah Uwais.Wajahnya tampak ceria luar biasa.Apa taknya..bukan senang nak tengok Uwais kena leter macam tu...nak pulak dia yang dipuji-puji..Terima Kasih mak...menantu mak ni memang baik tau..
"Abang nak jus oren?" tanya Hannah.Uwais tak menjawab.Aik? marah nampak.... takkan merajuk kut? Hannah menuang juga jus oren itu ke dalam gelas di hadapan Uwais.
"Dah habislah pulak..."Hannah menuangkan jus oren Marigold itu hingga kosong dari kotaknya.Dia kemudian bangun dan menuju ke peti ais untuk diambil jus yang baru.
Uwais mengambil kesempatan itu untuk mencapai gelas Hannah yang sudah dipenuhi dengan jus oren.Dia lihat maknya sibuk menyapu jem pada roti.Tanpa berlengah air minuman Hannah itu diteguknya hingga separuh kemudian dituangkan semula dari bahagian gelasnya hingga kembali penuh.
Sewaktu Hannah kembali ke meja.Kedudukan gelas itu kelihatan seperti biasa.Hanya gelasnya sahaja yang kosong.Hannah mengerut dahi bila melihat gelas Uwais yang kosong.Hmm..ingatkan tak nak..minum jugak! Dia kembali duduk dan meletakkan kotak minuman jus oren di hadapan Uwais.Kalau nak lagi pandai-pandailah tuang sendiri..Hannah mencapai gelasnya.Jus oren itu lantas diteguknya...Uwais senyum penuh makna.Hannah minum air dari kesan minumannya.Dia pernah dengar motivasi pagi di TV.Kalau nak mengikat rasa kasih dan hormat isteri pada suami..makan atau minumlah dari bekas suami...dengan izin Allah,kalau betul petua ni..apa salahnya?
"Apa kena kau ni Uwais? senyum sorang-sorang..."tegur Sarimah.Hairan dengan gelagat Uwais itu.
"Takde apa mak..saja,senyum ni senaman mak..sebab tu anak mak ni nampak handsome hari-hari.."jawab Uwais selamba.
"Iyalah tu...ni,mak ingat..nak baliklah hari ni.."
"Kenapa pulak mak? kan mak baru datang semalam?" Hannah bertanya.Tapi separuh perasaannya rasa lega.Tak payahlah penat-penat nak
berlakon...lagipun,adanya Uwais satu bilik dengannya..takut jadi lain pulak nanti..malam tadi aja dia rasa nak tercabut jantung.."Takpelah...lagipun mak tak biasa tinggalkan rumah lama-lama.." jawab Sarimah.
"Macam ni mak,kalau mak nak balik..kita balik ajalah..bukan rumah mak jauh pun,elok juga kami yang temankan mak kat rumah tu sementara Anis belum balik dari KL..lagipun,Hannah ni belum lagi ke rumah mak..lepas majlis perkahwinan dulu tu,terus sibuk nak pindah ke rumah ni sebab urusan kerja dia..."Uwais sudah memainkan buah caturnya.Yes...tiba-tiba mak aku buka ruang untuk kembangkan lagi idea aku yang bernas ni.
Hannah yang sedang mengunyah roti tersedak.Apa??? temankan mak kat rumah sana? what do you mean by that hah Uwais??? penjual burger ni memang tak habis lagi nak cari pasal...
"Kenapa ni sayang? makan sampai tersedak..cuba makan perlahan-lahan..kunyah 44 kali baru telan...minum air ni.."Uwais tanpa berlengah menghulurkan gelas berisi jus oren yang sudah tinggal separuh.Hannah segera minum hingga habis.Dan senyuman Uwais makin melebar...sampai habis kau minum? cornfirmed jadi isteri solehah lepas ni...
"Bagus juga tu...korang berdua tidur di rumah mak pulak malam ni ya? boleh Hannah?"Hannah rasa nafasnya hampir tersekat.Tidur kat rumah kampung tu? maksudnya...tidur dalam bilik Uwais?? OMG!!!
"Bolehlah mak..apa pulak tak boleh..Hannah ni,hari-hari merengek ajak saya balik tidur di rumah mak..hari minggu macam ni,elok sangatlah..kan sayang?"Uwais pula yang cepat-cepat bersetuju.Dari pandangan mata Hannah dia dapat rasakan betapa marahnya Hannah tapi aku peduli apa? mak kan ada? tak takut pun...marahlah kalau berani..siaplah kau,sampai kat rumah aku nanti,aku buli kau cukup-cukup...kita tengok,kau berani tak buli balik?
"Emmm...kami tidur rumah mak malam ni..Hannah memang teringin sangat nak pergi rumah mak tu.."Jawab Hannah dengan suara perlahan dan nyaris tak terkeluar pun.... kena tidur dalam bilik Uwais ke? Aku Tak Nak!!!!!!!!!! jeritnya dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...