Suami Yang Kubenci 16

50K 1.6K 26
                                    

Hannah meletakkan beg pakaiannya di sisi kereta mini cooper.

"Ehemm..." Dia berdehem sekadar untuk menarik perhatian Uwais yang sedang memeriksa enjin keretanya itu.

"Ada orang sakit tekaklah pulak..." Uwais nakal mengusik sambil tangannya menutup bonet kereta.

Hannah mengerlingnya.Uwais faham sangat,tak puas hati dengan akulah tu...

"Nak balik kampung yang dekat pun nak kena periksa enjin ke? nampak sangat kereta ni dah nak expired...jangan mati tengah jalan pulak nanti.." sindir Hannah.Mengada betul! nak jugak bawak kura-kura dia ni...aku offer kereta aku tak nak..

"Untuk keselamatan,apa salahnya? "jawab Uwais bersahaja.

"Mak mana?" tanyanya pada Hannah.

"Kat dalamlah..tengah berkemas agaknya"

"Awak pergi tengok mak , tunjuklah prihatin kat mak saya tu...tadi kan dia dah puji awak melangit..."

Hannah tanpa membantah terus masuk semula ke dalam rumah.Uwais mengurut goatie..berfikir seketika.Apsal dia tak membantah erk? menjadi sangat ke petua tadi tu? tak sangka pulak aku...

Uwais mahu menghidupkan enjin kereta.Kakinya tersepak beg pakaian Hannah yang diletakkan berhampiran kereta.

"Mak oi..besarnya beg..ini nak tidur semalaman ke atau nak tinggal terus kat rumah mak aku tu? dah macam nak pergi naik haji pun ada.." Uwais menjenguk seketika ke pintu utama.Baik punya timing ni..yakin Hannah takkan muncul buat sementara waktu.

Uwais mengambil beg serbaguna jenama Chanel,diperiksa beg itu.Setelah dipastikan beg serbaguna itu hanya mengandungi barangan kosmetik dan keperluan harian,diletakkan beg itu di dalam kereta.
Kemudian satu lagi beg yang dia pasti berisi dengan pakaian diambil dan dibawa ke belakang rumah.Kemudian diletakkan di dalam stor barangan.

Bila Uwais kembali ke garaj dia lihat Hannah dan maknya sudah berada di muka pintu utama.Cepat-cepat dia mendapatkan kereta dan menghidupkan enjinnya.

"Cepat mak..hari dah nak petang sangat ni..nanti hujan pulak" beritahu Uwais.Lagaknya selamba seperti biasa.Dia susah perasan Hannah seperti tercari-cari sesuatu.

"Iya..tak sabar-sabar pulak ni,apa suka sangat ke kau nak balik rumah mak ni Uwais?" Sarimah hairan juga,biasanya tidaklah begitu teruja sikap anaknya itu.

"Mestilah mak...tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pulak tempat tidur mak.."jawab Uwais.Bahagianya malam nanti dia boleh tidur dengan selesa.Hannah? hahaha...tengoklah nanti,kat mana aku boleh letak budak sombong ni..bawah katil ok tak?

"Cari apa?" Tanya Uwais.

"Beg sayalah...err..beg Hannah mana?"Hannah ketap bibir.Lupa pulak Mak mertua aku ada kat sini...

"Abang dah letak dalam kereta...dah , masuk cepatlah...tak sabar nak balik kampung ni...Oh...Oh..balik kampung..oh..oh..balik kampung..." Uwais menyanyi dengan girang.

Hannah mengerut dahi.Apasal happy semacam aja Uwais ni? ni yang buat aku tak sedap hati ni...manalah tahu,dia tengah rancang nak kenakan aku lagi..bukan boleh percaya dia ni..

"Abang keluar kan dulu kereta..Hannah nak kunci pagar.." Hannah membuang rasa sangsinya jauh-jauh.Satu malam di rumah mertuanya..cepatlah hari esok!

+++++++++++++++++++++++++

"Ini ke bilik awak? tanya Hannah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik Uwais.Bilik itu lebih kurang sama besar dengan bilik stor di belakang rumah mereka.Berdinding kayu dan berlantaikan papan pulak tu.Memang sahlah takde accoundition..Hannah menyinsing lengan blaus yang dipakainya.Bahang panas mula terasa.

"Taklah,kalau awak nak tahu inilah tandas rumah saya,hebatkan? siap ada katil lagi..." Uwais membuka tingkap.Sengaja dia menjawab begitu.Aku tahulah bilik aku tak sebesar bilik dia...tanya pulak lagi..nak hina akulah tu.

"Saya tanya aja,yang awak bagi jawapan bodoh tu kenapa?" Hannah menghampiri rak buku yang diletakkan di sudut tepi berdekatan katil.Dia mengambil album gambar yang disusun di situ.

"Sebab awak tanya soalan bodoh,jawapannya kenalah bodoh jugak.." Uwais segera mengambil album dari tangan Hannah.

"Barang saya hak privacy saya...mana boleh bagi awak tengok"

"Elleh...kedekutlah pulak dia ni,macamlah orang nak tengok sangat.."Geram pulak Hannah.Sebal bila Uwais memulang paku buah keras padanya.

"Hah,nak pergi mana pulak tu? Tanya Uwais bila Hannah membuka pintu bilik.

"Keluarlah,saya tak nak masak kat dalam microwave ni...lagipun,saya belum ambil lagi beg saya dalam kura-kura awak tu"
Uwais mengekorinya.Kura-kura? memang tak sayang mulut dia ni..takpe..takpe..pergilah cari beg tu sayangku Hannah..kalau jumpa..hak..hak..hak..

Uwais ke dapur mencari maknya.Membiarkan Hannah turun ke laman rumah sendirian.

"Buat apa mak?"

"Minum petang...ingat nak buat pisang goreng aja..Hannah mana?"

"Kat depan rumah kut..ambil beg dia"

"Ish kau ni,kenapa tak diangkat sekali beg tu tadi,kasihan menantu mak tu angkat beg berat macam tu"

"Biarlah mak..." Uwais buat tak tahu aja.Beg manalah yang Hannah tu nak angkat mak oi..

"Abang!!" Hannah muncul di ruang dapur itu.Wajahnya kelihatan cemberut.Kan aku dah agak...mesti kejap lagi dia tanya..abang,mana beg Hannah?

"Ada apa sayang..."Uwais senyum.Hannah terpaksa menahan rasa bila mak mertuanya turut ada di situ.Kenapa aku cari beg pakaian aku takde?ieeee...tadi dia cakap dia dah letak beg tu?
"Abang..mana beg Hannah? takde pun dalam kereta? "ikutkan hati dia nak bertanya dengan rasa marah tapi mustahil kalau mak mertuanya ada di situ.Terpaksalah dia bersuara manja..

"Takde? habis tu,yang dekat tangan tu apa? beglah tu.."Uwais menunjuk pada beg Chanel di tangan Hannah.

"Bukan beg ni...kan ada dua tadi..mana satu lagi? semua baju Hannah dalam tu"

"Eh,abang nampak tadi yang ni aja..mana pulak ada dua.."

"Dua..."Hannah menekan sedikit suaranya.Uwais makin galak.

"Entahlah,abang ambil yang inilah tadi,kalau takde tu..dah tertinggallah kut.."

"Hah? tinggal?" Hannah mengawal suara yang hampir saja menjerit.Tinggal ke kau sengaja tinggal? aku dah agak...mesti ada yang dia nak kenakan aku...tak suka tau! harap muka aja handsome tapi menyakitkan hati...
Tanpa dia sedar.Perkataan bencinya pada Uwais dulu sudah bertukar kepada tak suka!

"Apalah yang awak kalut sangat, baju Anis kan ada..awak pinjam ajalah..kan mak?"

"Haah..lagipun,semalaman aja korang berdua kat sini,nanti mak ambilkan kain batik dan baju Anis.."

Hannah tak tahu nak kata apa.Dia angguk saja.Dia kan dah dapat title menantu kesayangan.Mahunya berani dia nak bantah?..

Pinjam baju Anis? seumur hidup aku tak pernah pinjam baju oranglah! baju aku pun pakai dua tiga kali aja setahun..inikan pulak nak pinjam baju orang? no need!!!

Kain batik? ketahuilah wahai ibu mertuaku...sumpah! menantu mak ni tak tahu nak pakai kain tu...habislah aku macam ni!!!

Yes!yes!yes! nak aja dia melonjak gembira. Uwais menahan tawa bila maknya menyebut pasal kain batik...

Hannah dan kain batik? memang tak sinonim langsung..tak dapat dia bayangkan macamanalah Hannah nak pakai kain tu? biarkan dia rasa...aku nak tengok,dia nak tanya mak macamana nak pakai atau dia main taram aja pakai kain batik tu...

Maaflah Hannah bukan aku sengaja nak kenakan kau...sebab kau memang tak boleh ditegur,ini ajalah caranya untuk aku bawa kau supaya jadi manusia yang sederhana...tak salah jadi silverspoongirl sayang...tapi sederhana kan lebih baik...

Terima Kasih Mak! maklah watak paling penting dalam lakonan kami.

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now