Suami Yang Kubenci 26

61.6K 1.7K 27
                                        


Mastura mencuit Putera yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya.

"What?" marah Putera. Daripada tadi lagi kakaknya itu asyik mencuit-cuit.Nak buat kerja sekolah pun tak senang...

"Syhhhh...perlahanlah sikit suara tu.." Bisik Mastura.

"Apa dia? Angah ni nak study ke nak berborak? nampak dek Along nanti,Putera jugak yang kena marah.."

"Nak cakap pasal Alonglah ni..." jawab Mastura.Matanya terarah pada Hannah yang duduk menonton TV di ruang tamu.Kalaulah boleh dikatakan menonton sedangkan siaran TV itu ditukar setiap 5 saat...

"Haah la, dari petang tadi lagi Putera nak tanya Angah..apasal kuku besi ni balik sini sorang-sorang ya? apasal Abang Long tak ikut?"

"Tau takpe...tengoklah tu,dari tadi dia asyik tekan remote control tu..macam nak lepas tension aja Angah tengok.."

"Tu la pasal Angah, kalaulah TV tu ada otak..dah lama gila..." Putera menahan tawa.Dia menutup mulutnya kerana takut tawanya meledak.Mastura senyum sahaja.

"Nasib baik Tuk Ayah takde,kalau tak dah lama kena soal siasat tu..." tambah Putera lagi.

"Korang berdua ni study ke mengumpat? jangan ingat Along tak nampak yang korang tengah berborak kat meja tu..."

Putera dan Mastura terus menghadap buku bila suara Hannah kedengaran .

"Mana ada berborak Along...Putera tanya Angah pasal jawapan soalan latihan ni..." Ni la yang aku tak suka bila Along balik.Mesti kena paksa siapkan kerja sekolah,study..Tuk Ayah takde ni, baru bercadang nak pergi melepak kat luar...memang takde harapanlah!

Hannah merenung kedua adiknya dari jauh.Memang dia perasan kedua adiknya itu sejak di meja makan lagi asyik pandang-memandang, pelik agaknya kerana petang tadi dia balik sendirian.Sampai Mak Awa pun
bertanya, kenapa Uwais tak balik sama tapi dia malas nak jawab soalan itu.Didiamkan sahaja.Mujurlah Tuk Ayah takde,kalau tak mesti dia terpaksa mereka banyak alasan.

Hannah menutup TV.Bukan dia nak tengok pun,jarinya pun dah penat menekan alat kawalan jauh.Dia geram sebenarnya...sekarang dah hampir pukul 11 malam...usahkan satu panggilan,satu sms pun Uwais tak hantar.Belum balik rumah lagi kut...

Hannah senyum sendirian,agak-agaknya macamanalah cara Uwais nak pujuk dia nanti..tapi nak ke dia pujuk aku? dia tu bukannya romantik pun..ajak dating pun dekat dusun..luahkan cinta pun dalam keadaan marah.. entah-entah dia buat tak tahu aja.. Mana Uwais ni? cepatlah datang
pujuk aku..

"Angah, tengok tu...Along senyum sorang-sorang...ieee, biar betul Along ni, dah macam orang angau aja.." Putera mencuit Mastura pula.Keduanya memandang ke arah Hannah yang duduk di sofa sambil menopang dagu.Pandangannya entah ke arah mana mereka pun tak pasti.

"Haah la... macam berangan aja tu...hah, mesti dia teringat kat abang Uwais kut.."

"Agaknya, Angah... orang kalau bercinta memang jadi macam tu?"

"Entah...manalah Angah tahu,bukan pernah bercinta pun.."

"Tak pernah ke? kesiannya Angah, takkan takde yang usha kut..."

"Banyak...tapi semua poyo buat apa, lainlah yang minat Kat Angah tu handsome macam Abang Long tu..tapi kan, Angah peliklah.."

"Pasal apa?"

"Angah ingat lagi masa first time Along tu jumpa dengan Abang Long..Ya Allah, punyalah garang Along tu marah-marah kat Abang Long..lagi satu masa Angah bawa Along pergi makan kat gerai Abang Long..memang dasyat diorang tu bergaduh.. tak sangkalah pulak jadi suami isteri..kan?"

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang