Suami Yang Kubenci 24

52.7K 1.7K 34
                                        

M.TQ :)

Akhirnya,selesai exam saya dan korg bolehlah smbg membaca :)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hannah menekan-nekan alat kawalan jauh astro.Argghh...bosannya ! Tiada satu pun channel yang menarik minatnya untuk menonton.Dia merenung Blackberry di atas meja.Mana Uwais ni? dah pukul 4.30 petang pun tak balik lagi? Bukan sessi persekolahan tamat pukul 1 petang ke? Hari tu dia bekerja setengah hari sahaja.Teruja sangat nak beri Uwais surat tawaran syarikatnya sampaikan semua temujanji dan mesyuarat pada sebelah petang disuruhnya Aisyah KIV sahaja.

"Hmmm...ni yang buat aku rasa syak yang bukan-bukan kat dia ni, entah-entah dia pergi dating dengan cikgu tu tak?" omelnya sendirian.Terbayangkan wajah Cikgu Batrisya yang lemah gemalai itu buat dia tak senang duduk.Dia sudah bosan menunggu Uwais yang masih juga belum pulang.Dia paling tak suka menunggu sesiapa bahkan untuk dia berbuat begitu bukanlah satu perkara yang mudah tapi hari itu dia dengan rela hati membuang rasa egonya itu semata-mata untuk Uwais..Hmmm usahkan dia,kura-kura dia tu pun tak muncul-muncul jugak.Takkanlah kura-kura tu mogok kat tengah jalan kut?

Baru sahaja Hannah nak mencapai Blackberry di atas meja, telinganya menangkap bunyi deruan enjin motosikal di luar rumah.Hannah segera bangun dan keluar.Dia lihat Uwais sedang turun dari motosikal EX5. Dah balik pun...suka!

"Hmmm...pergi kerja naik kura-kura balik rumah naik unta pulak ke?" usiknya seraya memandang motosikal Uwais yang sudah agak lama itu.

Uwais yang kelihatan penat hanya memandang sahaja Hannah mendekatinya.Aku ni sudahlah penat..ada dia nak tanya? dah tu..siap perli lagi.. kura-kuralah..untalah..ingat apa, aku bukak zoo dalam rumah ni? nasib baik hari ni aku rindu kat kau, macamanalah seharian kat sekolah tu pun aku boleh teringatkan kau ?

"Awal awak balik? " Uwais meletakkan topi keledar dalam raga motosikal. Memang dia dah perasan kereta Hannah ada di garaj, hairan juga...isterinya ini seorang yang "gila kerja" tapi kenapa awal pulak Hannah balik?

"Saja..tiba-tiba hari ni saya dapat penyakit malas nak kerja..emmm..mana kura-kura awak?" Hannah ukir senyum.Uwais terpana sekejap, Hannah memang punya senyuman yang menawan cuma Hannah susah nak senyum..Uwais yang tadi memang kurang senang dengan gelaran "kura-kura" itu tak jadi nak marah.Macam kena pukau pulak!

"Kura-kura saya sakit..." jawab Uwais. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.Hannah mengekorinya.Uwais masih tak faham.Dia balik awal... lepas tu, mood dia nampak baik sebab dia murah senyum dengan aku..lagi satu, bukan ini first time dia sambut aku balik ke? selama ni mana pernah dia buat macam ni...Apsal aku rasa macam ada kelainan pulak hari ni ya?

"Oh...sebab tu awak ambil unta tu kat rumah mak ya?"Suara Hannah kedengaran manja.

"Iya sayang.... kalau tak macamana saya nak balik,kura-kura tu rosak di sekolah.." Uwais duduk di sofa.Hannah duduk di sebelahnya.Siap menopang dagu memandang Uwais.Senyuman masih tak lekang di bibirnya.Uwais rasa makin hairan.. mata Hannah yang coklat itu direnungnya.Apasal aku rasa dia nampak lebih cantik dari hari-hari biasa ni? tadi aku panggil dia sayang pun dia macam okey aja,kalau tak..macam nak termuntah dengar aku panggil macam tu..siap bagi jelingan maut lagi.

"Kalau rosak di sekolah...awak balik ke rumah mak naik apa? awak tumpang Abang Din ya? " tanya Hannah.Sejak mereka bernikah,Anis pulang dari sekolah dihantar oleh Abang Din yang menjemput Putera dan Mastura.Lagipun sejak mereka tinggal di rumah sendiri,Uwais tidak lagi mengambil Anis dari sekolah seperti dulu lagi.

"Tumpang Abang Din? taklah... diorang tu dah balik masa kereta saya rosak.."

"Habis tu? awak jalan kaki? "

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang