Suami Yang Kubenci 35

83.9K 2.1K 159
                                        



""Wangi tak?"

"Wangi...daun apa ni mak?" Hannah membelek daun yang panjang itu.Daun itu diberikan mak mertuanya supaya dihidu.Ketika itu mereka berada di
kebun sayur yang tidak jauh dari rumah.

"inilah daun pandan...kegunaannya untuk mengharumkan masakan ataupun minuman..banyak lagilah manfaatnya.." Hannah angguk.Dihidu lagi daun pandan itu,memang wangi..Dia melihat beberapa rumpun daun pandan ditanam di kawasan tanah yang sedikit berair.

"Daun ni ke yang mak letak dalam nasi lemak tadi?"

"Iya...hah,pandai menantu mak.." puji Sarimah.Hannah senyum bangga .Bukan senang nak dapat pujian daripada mertua kan?..

"Elok-elok jalan dalam kebun ni, tanahnya lembab sikit..takut terpijak tanah selut,kotor pulak kaki tu nanti" Pesan Sarimah.Maklum sahaja,menantunya itu bukan orang kampung, risau juga dia kalau Hannah tak biasa.
Hannah mengekori mak mertuanya itu.Pelbagai jenis tanaman ada dalam kebun itu.Kalau setakat sayur mentimun,kacang panjang,terung tu dia tahulah juga tapi ada beberapa tanaman yang dia tak tahu namanya..

"Mari tolong mak petik sayur kangkung.."ajak Sarimah.Mak mertuanya itu sudah melangkah ke kawasan berair.Tanaman kangkung yang hidup subur itu ditanam di dalam kawasan seperti saliran air tetapi dijaga dengan bersih.Hannah membelek daun sayuran itu.Tiada langsung kesan
dimakan ulat.Segar dan menghijau.

"Hah,apa lagi...petiklah sayur tu.."
Hannah tanpa berlengah menarik batang kangkung itu,tercabut sampai ke akarnya.Dia terdengar tawa mak mertuanya.

"Sayang oi...bukan macam tu..kalau Hannah buat macam tu,alamatnya..habislah semua sayur kangkung mak dalam kebun ni.."Sarimah memang sengaja nak tengok Hannah pandai ke tidak.

"Tengok sini mak buat...nak petik sayur kangkung bukan susah,kalau buat macam Hannah tadi tu namanya cabut..patahkan dari batangnya macam ni...sebab apa,nanti dari bekas kesan patah tu,boleh tumbuh anak kangkung yang baru..kalau tengok kangkung ni ada dua jenis,satu yang tumbuh merayap,satu lagi tumbuh menegak..ikut kata orang lama macam mak ni,yang merayap ni lebih sedap daripada yang tumbuh menegak bila dimasak..tapi mak rasa,sama aja rasanya..dah namanya kangkung,takkan nak rasa kobis pulak kan" ajar Sarimah.Dia menunjukkan cara memetik sayur kangkung yang betul.Hannah ketawa mendengar celoteh mertuanya itu.

"Oh,macam tu ya mak..." Barulah aku tahu,ish..nak petik sayur kangkung pun kena ada skill rupanya ya? belum cara nak masak lagi...bagi aku,ini rumit daripada kerja kat pejabat..kiranya,Mak mertua aku ni lagi hebatlah daripada aku ya?

"Semua sayur-sayuran ni mak tanam sendiri ya?" tanya Hannah sambil memetik kangkung seperti yang diajar mak mertuanya.Ada yang panjang dan ada juga yang pendek.Belasah ajalah!

"Iyalah,mak boring duduk saja,kat kebun ni la tempat mak melepaskan tension..mahunya tak bosan Hannah,mak ni sorang aja kat rumah bila Anis ke sekolah...Uwais pulak daripada pagi sampai ke malam,kerja memanjang..mengalahkan menteri"

"Takpelah mak,abang kan kerja cari duit..bukan dia buat kerja yang bukan-bukan.." Chewah! sejak bila pulak aku dah jadi penyokong kuat Uwais ni? bukan aku ke yang tak suka kerja jual burger tu? Kalau dah cinta tu,boleh tukar jadi apa aja kan? batu pun boleh jadi emas..

"Hmmm..mak bersyukur,Uwais tu walaupun kerjanya taklah besar mana tapi dia banyak berusaha.Dulu masa ayahnya meninggal..dia berubah mendadak..Mak sendiri rasa bimbang,Uwais tu anak lelaki,rapat pula dengan ayahnya.Masa ayahnya meninggal dulu, setiap petang dia duduk dekat tali air belakang rumah tu.Apa tidaknya, hari-hari dia temankan ayahnya mengerjakan sawah padi kat tanah paya tu..seminggu Hannah, dia menangis kat tali air tu mengenangkan ayahnya.." Sarimah menyeka airmata yang mula membasahi kelopak.Hannah turut rasa sebak.Kasihan abang... dia dapat rasakan kesedihan itu kerana dia sendiri pernah "mengalami kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan.

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang