Suami Yang Kubenci 25

53.7K 1.9K 31
                                    

Uwais keluar dari bilik usai menukar pakaian dan solat Asar. Selepas minum petang tadi, dia segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri.Sementalah pula sewaktu di meja makan tadi Hannah tidak langsung bersuara selepas dia memutuskan untuk menolak tawaran bekerja di syarikatnya.

Uwais tahu Hannah sedang marah.Dia perasan situasi itu bila tiada lagi senyuman di bibir Hannah.Untuk mengelak daripada berlaku pertengkaran dia bertindak untuk masuk saja ke biliknya.

Sebaik melewati ruang tamu,Uwais melihat Hannah sedang duduk di ruang tamu.Hannah sedang merenung sampul surat coklat yang dipulangkannya tadi. Aku dah buat dia kecil hati ke ? alahai...kesian pulak aku tengok, macamanalah aku boleh tertinggal fail tu pagi tadi?

"Saya tak faham kenapa awak tolak tawaran sebaik ni... awak sedar tak yang awak dah kira beruntung sebab dapat peluang untuk bina kerjaya awak.. di luar sana, ada berapa ramai lagi graduan yang menganggur? " Bicara Hannah bila mata mereka bertentangan.Ini yang aku tak sedap hati ni,tengok pada gaya airmuka dia yang serius , memang nak ajak bertengkarlah tu...

"Tapi saya bukan penganggur Hannah,saya masih juga bekerja kan.." Uwais bersuara perlahan dan lembut sekali.

"Huh,jual burger tu? itu yang awak banggakan sangat..atau kerja jadi guru ganti yang entah berapa bulan tu? takkanlah awak takde cita-cita nak lebih maju dengan kerja ya yang lebih baik?" Hannah sudah bangun. Uwais dapat rasakan kalau dia terus berada di ruang tamu itu,Hannah pasti akan terus memprovoknya sedangkan dia memang tidak mahu lagi ada isu untuk bertengkar dengan Hannah.

"Memang saya nak jadi orang yang berjaya, tapi dengan usaha sendiri...boleh tak kalau awak bagi saya ruang dan peluang? Uwais mengatur langkah untuk keluar tapi Hannah bertindak berdiri di depannya.

"Peluang? surat tawaran ni, bukan satu peluang ke? ..awak fikir dengan jual burger tu awak boleh kaya? setahun pendapatan awak belum tentu menyamai sebulan gaji sayalah.." Hannah mula melepaskan geramnya. Dia takkan puas hati selagi Uwais tak memberikan alasan yang kukuh kenapa tawarannya ditolak?

Uwais bungkam. Terasa panas telinganya bila ayat berbaur angkuh itu ditujukan padanya. Hannah tetap sama saja, rasa sombong dalam jiwa isterinya ini memang susah untuk dibuang..bagaikan karat pada besi yang sukar untuk dihilangkan.

"Saya tahu, memang saya takkan setanding dengan awak..Hannah, itu syarikat awak... kedudukan awak di sana sebab itu hak awak..dunia awak.. tapi bukan dunia saya, saya tak nak bekerja di syarikat awak bahkan mana-mana syarikat pun, saya pun ada cita-cita saya sendiri, boleh tak awak faham?"

"Memang saya tak faham! awak terima tawaran kerja dengan gaji yang murah tu dan tolak tawaran saya, kenapa? gaji lima ribu yang saya tawarkan tu tak memuaskan awak ke? okey, fine! berapa yang awak nak syarikat saya gajikan awak? 10 ribu? cukup? "

"Hannah... saya tak nak...tolonglah, jangan paksa saya boleh tak?" masih lagi Uwais lembut berbicara sekalipun hatinya mula disapa amarah.Kenapa Hannah selalu meletakkan nilai dirinya dengan duit?

"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais... awak memang tak adil!!" marah Hannah,dia mahu Uwais sedar,dia lakukan semua tu kerana dia mula sayangkan Uwais.Tak bolehkah Uwais terima tawarannya juga kerana rasa yang sama.Atau...sebenarnya Uwais memang tiada perasaan padanya,hanya sikap tanggungjawab sebagai suami..manalah tahu,Uwais tolak sebab mahu sentiasa bertemu dengan Batrisya.. .Uwais tak jadi keluar dari rumah.

Suara Hannah yang meninggi padanya tadi buat langkahnya mati. Ini memang dah melampau! aku kalau sabar pun ada batasnya.

"Tak adil? awak kata saya tak adil? selama ni,apa yang berlaku dalam perkahwinan kita memang tak pernah adil Hannah... Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami?"Hannah diam. Terkejut sebenarnya bila Uwais meninggikan suara.Tak suka kena marah macam ni!

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now