Hannah melihat wajahnya di cermin.Dia mengeluh bila perasankan matanya yang kelihatan sedikit bengkak .Kenapalah dia menangis malam tadi? tapi nak buat macamana..perasaan sedihnya tidak dapat dibendung.Sampai hati Uwais...ikutkan rasa kecewanya semalam memang menyakitkan hatinya sendiri.Kenapa? kenapa? kenapa? kalaulah Uwais tu tahu aku menangis sebab dia malam tadi..jatuhlah airmuka aku..bodohnya kerana semalam dia meletakkan harapan yang Uwais akan datang membantunya.Semuanya sebab perasaan yang mula bertandang sejak di rumah Tuk Ayah tempohari. Bukan mudah untuk dia mengakui semalam dia memang berharap dan nampaknya tujuan Uwais nak balas dendam padanya memang tersangat berjaya dengan cemerlang!
Hannah mencapai botol SK 11 dan disapukan pelembab itu ke wajahnya,dengan bantuan kosmatik dia berjaya menghilangkan kelesuan di wajahnya tadi.Dia tak nak Uwais perasan yang matanya bengkak kerana menangis.Tak mungkin dia akan bagi markah tambahan untuk lelaki itu.Takpe..semalam hari kau Uwais..hari ni..esok,lusa sampai bila-bila..semuanya hari aku!
Dia sudah bersedia untuk ke pejabat hari itu.Pagi Jumaat itu dia rasa kurang berminat untuk ke pejabat.Tapi kalau dia tinggal di rumah pun buat apa? tak kuasa dia nak menghadap muka Uwais yang dah macam burger tu..kalau aku boleh makan..dah lama aku makan!
Hannah menuruni anak tangga.Matanya melilau mencari kelibat Uwais.Mintak-mintak dia takde kat dapur..dia bercadang untuk bersarapan.Kebiasaannya Uwais akan keluar dari biliknya selepas dia pergi kerja.Jarang sekali mereka bertembung pada waktu pagi kerana Uwais selalu berniaga pada waktu malam dan tidur pada sebelah siang.
"Hah..awak dah nak pergi kerja ke?"Hannah hampir saja terjerit bila bertembung dengan Uwais di anak tangga berhampiran ruang untuk ke dapur.Alahai..macamana awal pulak dia bangun hari ni?
Hannah tak menjawab.Dia menuju ke almari kasutnya.Sesekali matanya mengerling Uwais yang mundar mandir seperti tiada arah tujuan itu.
"Awak tak nak sarapan ke? saya dah siapkan sarapan awak..saya dah potongkan buah-buahan untuk awak Hannah..malam tadikan awak tak makan..err..awak tak lapar ke? Uwais berharap Hannah akan bercakap dengannya.Malam tadi puas diketuk bilik Hannah dengan tujuan memujuknya tapi yang dia dapat Cuma sebiji bantal yang dibaling ke mukanya sebaik saja pintu dibuka dan ungkapan "Get Lost! "
Hannah masih buat tak tahu.Dia sudahpun menyarung kasut.Nak ambil hati aku konon...kalau kau potong semua buah-buahan dalam peti ais tu pun belum tentu aku makan..ingat aku ni burung ke apa nak makan buah aja kerjanya?
"Hannah..."Uwais memanggilnya tapi Hannah terus sahaja keluar dan menghidupkan enjin kereta.Uwais hanya mampu memandang kereta Audi A4 itu berlalu pergi.Macamana lagi dia nak buat,dah direndahkan semua egonya sebagai lelaki malahan tidak sekalipun dia menggunakan kuasanya sebagai suami..tapi Hannah masih juga dengan perangainya.Mujurlah dia bukan lelaki panas baran,kalau tidak..tahulah nasib kau Hannah Mariam.
Telefon rumah berbunyi.Tidak mahu terus melayan perasaan Uwais segera mengangkatnya."Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..Uwais ya?"
"Mak...ada apa mak call pagi-pagi ni mak? "Uwais agak cemas.Tidak pernah ibunya itu menelefon seawall pagi begitu kecualilah pada hari Ahad.
"Takdelah, yang kau cemas aja kenapa? mak Cuma nak beritahu yang mak nak ke rumah kau..ambil mak petang ni ya? pasal adik kau pergi ke KL..katanya ikut kem motivasi..mak fikir,daripada mak tinggal sorang aja..lebih baik mak pergi rumah kau..dapatlah mak rapatkan diri dengan menantu mak tu hah.."
"Mak nak datang Bukit Istana ni?"
"Iya...kenapa? tak boleh?"
"Boleh..apa pulak tak boleh mak...petang ni Uwais ambil mak ya?" di fikiran Uwais sudah membayangkan wajah Hannah nanti bila tahu yang mak mertuanya nak datang!
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
रोमांस"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...