Suami Yang Kubenci 33

58.3K 2K 139
                                        

Sarimah yang sedang menonton sinetron di kaca TV menjenguk melalui tingkap apabila mendengar bunyi deruan enjin kereta di halaman rumah.Dia mengukir senyum bila melihat kereta mewah menantu kesayangannya sudah berhenti di laman rumah.Hannah? mimpi apa pulak menantu aku datang tengahari buta ni.. Dia segera bangun dari kerusi dan membuka pintu utama rumahnya.

"Assalamualaikum mak.." Hannah memberi salam sebaik sahaja dia menutup pintu kereta.

"Waalaikumussalam..." Sarimah menyambut kedatangannya.Seketika mereka berpelukan dan seperti kebiasaan Sarimah akan mencium kedua pipi menantunya itu.

"Tak kerja ke hari ni? " Tanya Sarimah sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah.Lihat pada pakaian santai menantunya itu,dia tak rasa Hannah baru balik dari pejabatnya.

"Cuti.." jawab Hannah lalu duduk di kerusi.

"Kenapa? sakit ke? hah...tak sedap badan ya? ada rasa mual-mual dah ke?"

"Ish..takdelah mak..belum lagi.."cepat-cepat Hannah geleng.Mak mertua aku ni pun, kalau aku datang aja takde soalan lain nak ditanya..sabarlah dulu Mak ya!

"Manalah tahu dah dapat penyakit buatan orang tu..." Sarimah berbahasa.Hannah berfikir seketika.Penyakit buatan orang? Siapa pulak yang nak mandremkan aku?

"Eh, setakat ni rasanya takde lagi orang yang dengkikan Hannah mak..kalau ade yang sakit hati pun,minta-minta taklah sampai nak buat benda tahyul tu kat Hannah mak.." Sarimah terlongo sekejap.Hmm..apa pulak yang menantu aku ni merepek.Lain aku cakap lain pulak yang dia faham...angguk ajalah..

"Haah..eloklah kalau macam tu" Sarimah tak mahu memanjangkan cerita pasal penyakit "buatan orang" tu. Maklum ajalah,menantunya ni kurang arif dengan kiasan..

"Anis mana mak?"

"Belum balik lagi,ada kelas tambahan katanya.." Hannah angguk.Patutlah Mastura pun tak balik lagi tadi.

"Mak tengok muka Hannah ni sedih aja, kenapa? Uwais mana? tak ikut sekali...ke dia tak balik sekolah lagi.."

"Dah balik,ada kat rumah Tuk Ayah..."

"Hmmm...suara tu macam sayu aja... mak ni orang lama, tengok pada airmuka tu, macam ada yang tak kena, Hannah bergaduh dengan anak bertuah tu ya? "

"Bukan bergaduh mak.."

"Habis tu? "

"Merajuk dengan abang tu...Hannah kecil hati dengan abang Uwais mak"

"Dia buat apa? cakap dengan mak..tahulah mak ajar dia nanti, Oo..berani dia kecilkan hati menantu kesayangn mak ni ya..jaga dia"

"Hari ni Hannah memasak..tapi abang Uwais cakap tak sedap..tu pasal sedih ni mak..sebab tu Hannah datang sini,mak aja tempat Hannah nak mengadu" Hannah berusaha menyedihkan lagi wajahnya.Sempat pulak dia mencapai kotak tisu di atas meja.Sarimah menggeleng.Kesian menantu aku.Uwais ni memang nak kena, isteri dah memasak suka hati dia cakap tak sedap...
agaknya selama ni dia nak komen masakan aku tapi tak berani,dapat
isteri..hah,tunjuk bakat jadi pengkritik ya?

"Dia cakap tak sedap?"

"Sebenarnya,Hannah bukan reti sangat memasak mak.." Hannah berterus terang.Sarimah tetap senyum.Selama ni pun,dia memang tahu dan boleh agak tapi dia faham bukan semua wanita berkerjaya mampu jadi begitu sempurna dalam rumahtangga.

" ewah...dia masak sedap sangat ke? dah pandai jadi pengkritik pulak ya, hah..minta sini handset Hannah.."

"Hah?" Hannah terkebil-kebil.

"Handset, mak nak call Uwais..Handset mak dah habis kredit, tak topap lagi.."

"Kejap mak ya.." Hannah mencari-cari Blackberry dalam tastangan.Kemudian diserahkan pada mak mertuanya itu.Ish...macamana nak guna ni? manalah mak reti,Hannah dailkanlah.." Sarimah menyerahkan semula gajet itu kepada Hannah. Hannah ketawa kecil. Kelakar betul mak mertua aku ni... lebih kurang jugaklah dengan pujaan hati aku tu..anak bertuah mak tu lah..

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang