"Apa? penjual burger?" airmuka Fawaz kelihatan tegang. Sedikit terkejut Hannah dengan reaksi
Fawaz sebaik saja dia menceritakan siapa Uwais sebenarnya dan bagaimana mereka boleh
berkahwin."Iyalah,penjual burger.." jawab Hannah bersahaja. Ketika itu dia dan Fawaz sedang bersarapan. Terlintas fikiran Hannah mengingati Uwais. Kesiannya Uwais aku tu, tak sempat nak sarapan..
"Penjual burger?" tanya Fawazlagi. Nampak benar dia tak percaya. Hannah mengerut dahi. Berapa kali aku nak cakap? takkanlah aku sebut penjual burger bunyinya penjual tempe pulak? apa-apa ajalah abang Fawaz ni.. yang dia sentap sangat tu kenapa?
"Iya abang Fawaz, siang dia mengajar di sekolah..malam dia berniaga burger.."
"Macamana pulak Hanny boleh kahwin dengan lelaki macam tu? abang kenal Hanny, lelaki low kelas macam tu, tak tersenarai pun sebagai kawan, suami apatah lagi...CEO kahwin dengan penjual burger? abang tak sangka citarasa Hanny dah sama macam Maira.." Fawaz senyum sinis. Dia memang tak boleh terima adiknya Maira berkahwin dengan As'ad yang hanya kerani
cabuk sekolah."Kenapa? CEO mesti kena kahwin dengan CEO jugak ke?" Hannah tak puas hati dengan sindiran Fawaz. Bila dia fikirkan balik, dulupun dia berfikiran yang sama dengan Fawaz..setiap hari bila dia pandang Uwais rasa macam pandang sampah tepi jalan...kalau bertengkar mesti nak menghina pekerjaan Uwais,padanya penjual burger tidak layak untuknya yang datang daripada keluarga ternama.
"Maksud abang , dah takde lelaki lain ke? takkanlah dah terdesak sangat?"
"Abang Fawaz... mahunya tak terdesak kalau seminggu lagi tarikh nikah Hanny dengan Muiz tu, tiba-tiba dia kena tangkap khalwat... masuk surat khabar pulak tu..malu abang tahu tak! dah tu, kad jemputan semua dah edar...takkanlah sampai tarikh nikah tu semua orang datang tapi nikahnya tak jadi?"
"Itu lagi satu hal...kalau abang tahu itu sebabnya Hanny tak jadi nikah dengan Muiz..masa di Dubai that day, abang kerjakan dia cukup-cukup.." Fawaz menghentak meja dengan penumbuknya.Hannah telan liur,Uiks...lebih-lebihlah pulak abang Fawaz ni..
"Kalau iyapun dah terdesak sangat...kenapalah Hanny kahwin dengan lelaki macam tu? takde masa depan tahu tak? orang kalau nak cari suami,carilah yang stabil.." Fawaz merenung Hannah. Macam aku ni baru betul.. yang terbaik ada depan mata tak nampak tapi penjual burger tu dia boleh pulak terima?
"Abang Uwais tu Tuk Ayah yang pilih..." cerita Hannah lagi.
"Habis tu..kenapa tak bantah?"
"Nak bantah apa, Tuk Ayah cakap dia dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi dah..abang Fawaz kan tahu,masa di UK dulu,Hanny bertunang dengan Muiz tak cakap dengan Tuk Ayah..balik Malaysia aja, Tuk Ayah marah-marah bila dapat tahu hal tu, terus dia paksa Hanny nikah cepat dengan Muiz tapi lain pulak kisahnya... rancang dengan orang lain tapi jadinya dengan orang
lain..""Salah siapa? Hanny memang saja cari pasal... elok-elok Tuk Ayah nak jodohkan kita.. Hanny tak nak..pilih Muiz tu kononnya sebab dia anak orang ternama..ada title "Tengku"..tapi sekarang apa jadi? dapat suami penjual burger... "Hannah hilang kata-kata.Dia memang cuak kalau Fawaz ungkit tentang keinginan Tuk Ayah yang dulu nak jodohkan mereka berdua.
Dia sayang dan hormatkan Fawaz kerana lelaki itu adalah lelaki kedua yang sentiasa ada bersamanya selepas Tuk Ayah.Dia tidak ada ayah untuk
bermanja, Tuk Ayah pula jauh di Malaysia.Bersama Fawaz dia rasa terlindung dan selamat.Sebut sahaja apa yang dia mahu,tidak pernah Fawaz gagal untuk dapatkan..setiap kali hari lahirnya,Fawazlah orang pertama yang akan mengucapkannya..Fawaz sentiasa mendahului sesiapa sahaja.Sekalipun ketika dia memilih Tengku Muiz..Fawaz tetap juga setia menjaganya..Cuma bila dia memutuskan untuk bertunang dengan Muiz..Tiba-tiba Fawaz
menghilang tanpa berita..

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...