"Dum!!Pintu kereta ditutup sekuat hati.
"Hah! mengamuklah lagi,pecahkan sekali cermin kereta ni,kalau tak puas hati lagi awak bakar aja terus kereta saya ni..."
Sindiran itu buat Hannah membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah.Ini dah kira mencabar kesabaran aku..apa,ingat aku tak berani?
Dia menanggalkan kasut tumit tinggi.Tanpa menunggu lama,Hannah menghayunkan kasut LV yang baru sebulan dibelinya itu.
Prang!!!!!
Hannah senyum puas.Kereta warna hijau itu sudahlah buruk dan sekarang dah tak bercermin hadapan lagi...padan muka Uwais!!
Uwais tenganga. Habislah!!! sekali dia buat betul? kereta mini cooper hijau sudah berderai cermin hadapannya.Rasa berpinau matanya.
"Hannah!!! apa awak buat ni?"
"Awak yang suruh kan? why? you wanna me to burn this car? kejap..saya pergi ambil minyak tanah ya?
"Arrgghhh!!! kenapalah saya dipertemukan dengan perempuan gila macam awak ni!!" marah Uwais.
"Apa awak cakap? perempuan gila?? hallo...not me but you! ingat saya hard up sangat lelaki macam awak ke? kalau tak sebab saya sayang keluarga saya,takdenya saya nak kahwin dengan lelaki macam awak tau..."
"Awak bercakap macam awak tu bagus sangat! awak patut bersyukur saya ambil awak sebagai isteri,kalau tak sebab saya akad awak malam tu,satu dunia akan tahu yang awak tak jadi kahwin sebab tunang terbaik awak tu kena tangkap basah dengan perempuan lain!" jeritan Uwais bergema.Hannah terkedu.Wajahnya memerah.
Kenapa mesti peristiwa seminggu yang lalu diungkit lelaki itu.Aku benci kau Uwais Ukasyah!! kenapa mesti kau? kenapa bukan orang lain? aku lebih rela tak kahwin daripada jadi isteri kaulah! Tapi apa dia boleh buat. Memang malang nasibnya bila orang yang dipuja rupanya penipu dan penggantinya pulak orang yang dia tak suka!
"Cakaplah kuat lagi! biar satu taman perumahan ni dengar...baru awak puas hati dapat malukan saya kan?" Hannah segera masuk ke dalam rumah.Uwais meraup wajahnya.Dia memandang sekeliling.
Lega, bila tiada yang melihat pergaduhan mereka berdua di luar rumah itu.Bukan pertama kali mereka bergaduh.. pantang bertemu,mesti bertikam lidah. Bukan dia tak redha beristerikan Hannah Mariam.Memiliki isteri secantik Hannah,bahkan datang dari keturunan yang baik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki.Hakikatnya,cantik saja tidak
cukup..Uwais merenung kereta antik miliknya.Dicangak-cangak duit yang tinggal dalam akaun bank.Paling tidak dia perlukan 400 ringgit untuk baiki kerosakkan itu.
Mata Uwais terpandang kereta Audi milik Hannah.Ikutkan akal jahatnya,nak saja dia pecahkan cermin hadapan kereta mewah itu.Lagipun,Hannah tentu tidak bermasalah untuk membaikinya.Maklum saja,sebagai CEO syarikat milik keluarga,gaji Hannah berkali - kali ganda berbanding perdapatannya.Itu salah satu factor kenapa isterinya yang "solehah" itubegitu angkuh di hadapannya.
Uwais mendekati kereta Audi berwarna silver itu.Namun niat jahatnya dibatalkan.Dia tidaklah seteruk itu.Baik buruk Hannah pun masih lagi bergelar isterinya.
"Tapi kalau macam ni okey kut..." Uwais senyum sambil tangannya membuka nat tayar kereta itu.Dikeluarkan semua angin dari dalamnya.
"Uwais!!!"
Hannah mengetuk pintu bilik Uwais sekuat hati. Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri semenjak seminggu yang lalu tapi tidak rela dia menjadi isteri dengan erti kata sebenarnya pada lelaki murahan seperti Uwais.Bukan sedikit wang yang datuknya bayar supaya lelaki itu
mengahwininya.Kalau tak disebabkan terdesak dia pun tak hingin bersuamikan seorang penjual burger."Apa hal awak ni? pagi-pagi lagi dah kecoh!" Uwais sudah tersembul di muka pintu.Lelaki itu tidak berbaju,hanya memakai seluar pendek sahaja.Hannah sedikit malu melihat keadaan Uwais yang sebegitu.Tapi..boleh tahan juga seksi badan dia..ish! apa yang aku merepek ni?
"Awak pancitkan tayar kereta saya ya?"
"Kalau betul kenapa?" wajah Uwais macam orang tak bersalah.Rambutnya yang tercacak macam kena elektrik digaru-garunya.
"Saya nak awak tukar tayar kereta tu sekarang..sebab awak,saya dah lambat pergi kerja pagi ni tau"
"Tak tahu.." Uwais mencebir.Dia kembali menutup pintu bilik.
"Hey!! Uwais!!..tukar tayar kereta tu "
"Awak buatlah sendiri..saya nak tidur!" terdengar laungan Uwais dari dalam bilik.
Hannah rasa nak menjerit sekuat hati.Sudahlah pagi tu dia ada meeting,mana dia nak letak muka kalau dia sampai lewat.Mahu tak mahu,dia terpaksa naik teksi pagi itu.Kali ni,awak menang Uwais..tengoklah nanti! sejak bergelar isteri Uwais,hidupnya tak pernah lagi aman...mulai hari ni,dia takkan makan burger lagi! itu salah satu daripada kempen anti Uwais Ukasyah..Si penjual burger.
![](https://img.wattpad.com/cover/31392670-288-k573746.jpg)
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...