Suami Yang Kubenci 28

61.7K 1.8K 50
                                        

"Kenapa ni? dari tadi lagi Mak Awa tengok, macam ada yang tak kena aja? Hannah ada hilang barang ke?" Tanya Mak Awa bila melihat Hannah sejak tadi ke hulu ke hilir di halaman rumah.Dia yang sedang memotong daun pokok bonsai naik pening melihat gelagat Hannah itu.

"Takdelah..." Hannah menggeleng, kemudian duduk di gazebo.Mana diorang ni tak balik-balik lagi? penat aja aku balik awal hari ni.. apa nak jadilah dengan aku ni, sejak akhir-akhir ni asyik malas nak kerja aja..tengok laptop nampak muka Uwais, tengok PDA pun muka dia jugak yang aku nampak.. dah kronik ke aku ni?

"Hannah nak minum petang ke? Mak Awa siapkan.."

"Eh, takpelah Mak Awa... saya nak tunggu adik-adik saya balik, nanti boleh makan sekali.. Itu ayat tersurat, yang tersirat Mak Awa tak tahu, sebenarnya saya nak tunggu abang Uwais saya balik,bolehlah nanti saya tengok muka dia, tak payah minum petang pun takpe..sure kenyang..

"Mastura dengan Putera tu selalu balik lambat kalau hari Selasa dan Rabu..kadang-kadang sampai pukul 6.30 petang.."

"Sekarang dah pukul 6 petang pun,kejap lagi baliklah tu.. bosanlah pulak duduk saja, biar saya tolong Mak Awa siram pokok bungalah ya?" Wah..tetiba rajin pulak hari ni..

"Tak payahlah,nanti basah pulak baju Hannah.."

"Takpelah..saya nak siram pokoklah Mak Awa bukannya nak mandi.."
Hannah sudahpun membuka paip air. Getah paip ditarik dan kemudian pokok-pokok bunga yang ditanam Mak Awa disiramnya.

"Cantiklah pokok bunga mawar ni Mak Awa.."

"Susah nak hidup tu, dulu masa ada arwah mama Hannah, dia suka sangat bunga mawar..macam-macam jenis dia suruh Mak Awa tanam.."

"Tapi sebelum ni saya tak perasan pun Mak Awa ada tanam pokok-pokok bunga mawar ni?"

"Macamana nak perasan,Hannah balik dari UK saja terus tinggal di Kuala Lumpur, kalau Tan Sri tak serahkan syarikat pada Hannah, entah-entah.. Hannah langsung tak menjengah kami kat sini.." Hannah sedikit tersentuh dengan luahan itu. Teruk sangat ke perangai aku ni?

"Tak baik tau Mak Awa cakap macam tu,bukan saya tak nak balik tapi..."

"Iyalah... sini kampung, tak sama macam bandar besar kan? jauh sekali nak sama dengan luar negara tu.. Biarlah Mak Awa berterus terang, sebenarnya Tan Sri kecil hati dengan Hannah sebelum ni.."

"Maksud Mak Awa?" Hannah terkejut.Selama ni dia tak pernah terfikir Tuk Ayah ada memendam rasa dengan perangainya itu.

"Iyalah, balik aja dari luar negara, Hannah beritahu yang Hannah dah bertunang kat sana... takkan Hannah dah lupa yang pada awalnya Tan Sri nak jodohkan Hannah dengan Fawaz?"

"Mak Awa, Hannah dengan Abang Fawaz tu sepupu.. macam dah takde orang lain nak dijodohkan..lagipun, Hannah dah anggap dia tu macam abang sendiri.."

"Tapi dia tak,dari kecil lagi dia dah sukakan Hannah, tengok sekarang ni..sebab dapat tahu Hannah dah bertunang dengan Tengku tu..dia sampai menghilang entah ke mana.. sampaikan kenduri nikah Hannah dengan Uwais pun dia tak balik..

"Emm..Tuk Ayah tu memang suka nak cari jodoh kat Hannah.. mula-mula Abang Fawaz..lepas tu, Uwais.. " keluh Hannah. Tapi pilihan yang kedua ni aku suka!

"Mujurlah dapat yang baik macam Uwais tu, kalau jadi Hannah dengan Tengku Muiz tu dulu? belum apa-apa dah buat hal.. lelaki macam tu yang Hannah nak sangat? Itu dulu Mak Awa! sekarang tak... saya dah stuck dengan penjual burger pujaan hati saya tu.. datanglah seribu yang lebih hebat dari Tengku Muiz pun.. saya nak Uwais jugak! akuinya dalam hati.

"Mak Awa... tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Macamana Tuk Ayah kenal dengan abang Uwais?"

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang