Suami Yang Kubenci 13

49.6K 1.6K 11
                                    

"Dari tadi saya tengok awak terkial-kial kupas isi petai tu kenapa? " Uwais menegur bila Hannah masih belum selesai menghabiskan walau sepapan petai pun.

"Susah awak tahu tak? dah lah benda ni bau busuk..ieee..awak tak geli ke makan benda berbau macam ni?" Hannah muncung panjang.Rasa nak aja dia putus asa.Tapi kalau dia tak buat,sampai bila pun tak siap sebab Uwais memang tidak mahu membantu.Dari tadi taunya mengarah itu ini..

"Eleh...kalau bercakap asyik nak berlagak aja...berbaulah,busuklah...kalau benda ni teruk sangat,Chef Wan takkan perkenalkan masakan ni sampai ke luar negara tau?.."Hannah mencebir.Dia mengajuk-ngajuk cara Uwais bercakap.

"Hah..buat mukalah tu..elok sangatlah ajuk orang macam tu..tak nak tolong ajar baru tau,biar awak buat sendiri..."

"Tak naklah...ini pun dah lambat tau..apa tak awak aja yang buat kerja boring ni?" Hannah mengeluh.Uwais mendekatinya.Menggeleng bila melihat hanya berapa ulas saja isi petai itu yang baru dikeluarkan dari kulitnya.

"Mari sini saya tunjuk cara nak buat kerja awak ni jadi cepat..,ambil pisau belahkan separuh macam ni..lepas tu barulah awak buka belahan ni dan keluarkan isinya..faham? hah,buat tengok?" Uwais sudah mengeluarkan sepapan isi petai kurang dari 30 saat. Hannah mengerut dahi.Macamana dia buat tadi? cepatnya?

"Buatlah..macam saya buat tadi.." arah Uwais.Huh,sekarang giliran aku pulak tunjuk kuasa.Hannah mengambil pisau yang dihulur.Wajahnya mencuka.Mahu tak mahu dihiris juga kulit petai itu.

"Auch!!!" Hannah terhiris jarinya sendiri.Uwais terkejut bila darah kelihatan mengalir dari jari telunjuk Hannah.Apalah isteri aku...guna pisau pun tak pandai ke?

"Kan dah luka..awak punya pasal la ni,luka jari saya..."Hannah menyalahkan Uwais.

"Eh..jauhkan jari awak dari petai tu,kena darah nanti tak pasal-pasal saya jadi raja bersiong pulak.."sempat pulak Uwais mengusik.Orang tengah sakit dia boleh buat lawak bodoh tu,ada jugak yang kena hiris macam kulit petai ni karang...

"Tak naklah buat kerja macam ni.." Hannah seperti merajuk.Uwais sengeh.

"Sikit aja pun..ada ke setitik darah yang keluar,alasanlah tu.."

"Sakit tahu tak? " marah Hannah lagi.Dia sudah meletakkan pisau di atas meja.

"Apa yang kecoh-kecoh sangat kamu berdua ni? sampai ke ruang tamu mak dengar bisingnya.Sarimah muncul di dapur itu.Uwais sedikit kalut.Alahai...mak ke dapurlah pulak..habislah kalau mak tahu isteri aku ni tak pandai memasak..

"Takde apa mak..ni hah,Hannah jari dia putus mak"

"Hah? putus? kenapa pulak?Astaghfirullah..."Uwais tepuk dahi.Apa pulak aku cakap putus?Hannah sudah membulatkan matanya.Putus? bila masa pulak jari aku putus..

"Mari mak tengok?" Sarimah sudah mendekati Hannah.

"Eh..takde apa mak..sikit aja,terluka tadi..." Hannah menggeleng.Dia segera mencari kotak first aid dalam rak cabinet dapur.

"Macamanalah boleh terluka ni? Sarimah mendekati meja.Dia lihat ada seikat petai di situ.Agaknya,manantunya sibuk buat kerja dapur dan terluka sewaktu menggunakan pisau.

"Salah saya mak..."Uwais membuat pengakuan.Dia segera mengambil kotak first aid dari tangan Hannah.Segera dia mencari pembalut luka di dalamnya.

"Saya nak tolong Hannah tadi..tapi dia tak bagi,masa saya cuba ambil pisau dari tangan dia entah macamana boleh terkena jari dia pulak.." jawapan Uwais itu buat Hannah terharu.Apsal pulak dia tipu mak dia macam tu? kan aku sendiri yang lukakan jari tadi..wajah Uwais yang tekun membalut luka dijarinya direnung.Dalam jarak yang rapat sebegitu,dia meneliti wajah lelaki itu..handsome jugak dia ni...

"Itulah,suka sangat menyibuk..kan dah luka jari Hannah tu..."Marah Sarimah.Geram pulak bila kecuaian Uwais itu menyebabkan jari menantunya luka.Hannah yang tadi ralik membelek wajah Uwais terkejut dengan sergahan mertuanya itu.Uiks...boleh tahan garang mak mertua aku ni..patutlah Uwais ni tahan maki..aku kutuk dia hari-hari pun buat muka selamba aja..

"Sikit aja mak.."Hannah seakan membela.

"Iyalah tu..nasib baik tak putus jari tu..sudah,biar mak aja buat kerja kat dapur ni.."Sarimah sudah mencapai pisau di atas meja.

"Tak payah mak...biar saya ajalah yang masak..mak dengan Hannah pergi duduk kat depan..ambil wudu' ke..kejap lagi nak maghrib kan? 20 minit lagi,saya jamin...semua dah terhidang atas meja..

"Betul ni? nanti kau jangan salahkan mak dengan Hannah pulak kalau kau penat.."

"Takdelah..demi mak yang saya sayang...apa pun anak mak ni sanggup buat" Uwais mengambil hati.Senyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Mak aja? isteri kau tu?"

"Emm..lupa pulak..untuk isteri kesayangan abang..biarlah abang yang masak ya? kesian isteri abang ni..sakit lagi tak? Uwais berpura-pura meniup jari Hannah yang dah siap berbalut.Hannah rasa lega...Thaks God!..bukan aku yang suruh..kau sendiri yang offer diri..

"Betul ke ni bang? nanti susahkan abang pulak" Hannah senyum .Manja sungguh suaranya.Siap disentuh lembut pipi Uwais.Kenalah buat real,nanti mak mertua aku perasan pulak yang tadi aku bertengkar dengan anak dia.

"Iya sayang..."

"Suka hati kaulah Uwais..mak nak ke bilik" Sarimah pergi.Hannah cepat-cepat menarik jarinya yang masih dalam genggaman Uwais tadi.

"Sukalah kan sebab awak tak payah masak?" Uwais mengeluarkan semua barang-barang dari dalam peti ais.Hannah pula menyimpan semula kotak first aid.

"Salah saya ke? awak yang offer diri.." Hannah senyum bahagia.Lega rasanya,nasib baik tak kantoi..

"Tapi...awak jangan ingat boleh terlepas..kira cukup baik saya nak tolong cover awak tadi tau? ingat apa yang saya cakap tadi benda baik ke? awak dah buat saya tipu mak saya...tak pasal-pasal saya dapat dosa.."

"Saya tak suruh pun awak menipu mak awak.." Hannah menanggalkan apron dan dibaling pada Uwais.

"Oh,jadi awak relalah kalau tadi mak saya tahu yang awak ni cemerkap buat kerja dapur?" Uwais tak puas hati.Sopannya perangai..tak boleh ke bagi apron ni elok-elok?

"Okey..okey...saya tahulah awak dah tolong saya..awak boleh suruh saya buat apa saja tapi bukan ucapan terima kasih sebagai balasan.." Hannah masih juga dengan perangai egonya.Uwais tak tahu nak kata apa dengan perangai degil Hannah itu.Aku tak pernah jumpa manusia macam dia ni...nak cakap terima kasih pun susah? jatuh ke maruah kau kalau cakap terima kasih hah? ieee...nasib baik aku ni ada sifat belas kasihan ,kalau tidak aku biar aja dia ni kantoi tadi...biar padan dengan muka.

"Saya pegang janji awak ni...jangan menyesal? "Uwais menduga.

"Cakaplah..awak nak saya buat apa?"

"Saya nak..."Uwais senyum penuh makna..Hannah mengerut dahi.Apsal dia senyum macam orang jahat? jangan-jangan dia nak...Tiba-tiba dia rasa menyesal! bodohnya,kenapalah aku pandai-pandai buat janji?
Uwais lalu di sebelahnya dan membisikkan sesuatu.

"What?? " Hannah tak sanggup..sungguh! dia tak rela...

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now