Sayup-sayup kedengaran suara azan subuh.Uwais terjaga,sebaik dia membuka mata,pandangannya tertancap pada seraut wajah yang begitu hampir dengan wajahnya.Matanya langsung tak berkelip.
Diperhatikan raut wajah Hannah yang masih tidur.Uwais tersenyum bila menyedari Hannah yang tidur dalam keadaan mengereng ke kanan itu sedang memeluk pinggangnya.Agaknya dia ingat aku ni teddy bear gergasi kat bilik dia tu ke?
Hannah..Hannah..patutlah lena sangat tidur aku malam tadi walauun dalam terang macam ni..sampaikan elektrik dah ada pun aku boleh tak sedar? Jangan ambil kesempatan konon..aku ke dia yang tengah ambil kesempatan nih..kalau dia sedar ni,maunya dia tolak aku sampai jatuh katil..bahaya nih,baik aku bangun cepat.
Uwais cuba bergerak untuk bangun tapi pelukan Hannah itu buat pergerakannya terbatas.Macamana aku nak bangun ni? Tiba-tiba Hannah sedikit bergerak dan spontan Uwais berbaring semula dan berpura-pura tidur.
Hannah membuka mata.Serta merta matanya membulat bila menyedari tangannya bukan lagi memuat tangan Uwais seperti malam tadi tapi dah sampai tahap memeluk pinggang lelaki itu.Arrgghh!! malam tadi aku tidur macam ni ke? Aku peluk dia ke? Macamana aku boleh lena tidur dalam gelap malam tadi? Agak-agak dia sedar tak?
Hannah segera melepaskan pelukannya.Dia bangun dan duduk sambil memerhatikan sekujur tubuh Uwais yang masih lena.Langsung dia tak perasan sebenarnya,Uwais hanya berpura-pura tidur..
Hannah menyelak rambutnya,dia menopang dagu dan memerhatikan wajah Uwais.Nasib dia tidur,harap-haraplah dia tak sedar yang aku tidur peluk dia malam tadi.Macamana boleh terpeluk ni? Alahai..malunya,kalaulah dia tahu manalah aku nak sorokkan muka aku...mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan...
Hannah merenung lagi..hmmm...aku tak sedar pulak yang selama ni penjual burger ni handsome.Kalau tak perangai suka cari pasal dia tu,aku rasa dah lama aku sangkut dengan dia ni..nak kata berduit memang tak lah..kerja pun jual burger aja pun..tapi,aku tengok dia ni taat pada agama..pada mak dia..abang yang prihatin..kalau buat salah pun,mesti minta maaf...takdelah teruk pun.Hannah mendekat..dia senyum bila melihat ada parut kecil di dahi
Uwais.Mesti parut budak nakal ni..kalau dah besar panjang macam ni nakal masa kecil dulu lagilah...Uwais yang sebenarnya membuka sedikit kelopak matanya rasa pelik melihat gelagat Hannah yang masih memerhatikan wajahnya.Apa pulak dia pandang kat muka aku ni? Nak buat kajian ke? Aku tak pernah buat plastic surgery la..muka ory ni..
"Tak habis lagi ke awak nak belek muka saya ni? Tahulah saya handsome"
"Arghhh!!..awak sedar rupanya? Hannah terjerit kecil.
Alamak! Macamana boleh terlepas cakap pulak ni? Uwais terus membuka mata dan tersengeh.Muka Hannah sudah merah kerana malu..._____________________________________________________
Uwais yang baru saja turun dari motosikal menghampiri maknya yang sedang berbual dengah Hannah di pangkin bawah pokok mempelam.
"Mak! Cuba mak pandang muka saya ni? Ada apa-apa yang tak kena ke mak?"
"Apa pulak yag tak kena? Elok aja mak tengok? Ada mata,hidung,lubangnya pun cukup..mulut pun tak sumbing...handsome aja anak mak ni.."Sarimah mengusap pipi Uwais yang tersenyum.Lesung pipit di kedua pipi anaknya itu menyerikan lagi ketampanannya..saling tak tumpah dengan wajah arwah suaminya masa muda-muda dulu..
Hannah mengerling Uwais.Tadi dia sedang berbual dengan mak mertuanya yang sedang menyapu sampah.Awal pagi lagi Uwais tidak kelihatan.Sebaik saja dia keluar dari bilik mandi,dia lihat bilik sudah kosong.Bila ditanya pada mak mertuanya itu,rupanya Uwais sudah ke surau.Lega sedikit hatinya kerana tak perlulah dia berdepan dengan Uwais.Pasal kes "kemalangan" atas katil pagi tadi masih lagi tergantung.Apa tidaknya,dek kerana terlalu malu dan bengang dengan Uwais,ditolaknya lelaki itu sampai terjatuh dari katil.Padan muka! Saja nak malukan aku kan..rasakan!
"Bukan apa mak...malam tadi saya mimpi buruk" cerita Uwais.Cerita yang sebenarnya saja direka untuk mengusik Hannah.
"Mimpi apa?"
"Ada harimau tengok muka saya mak...macam nak dimakannya saya..."
'Ish...seram jugak mimpi kau ni ya?'"Iya mak..maunya tak seram...harimau betina pulak tu mak...punyalah takut,sampai saya jatuh katil mak.."
"Nasib baiklah kau jatuh katil,kau pun sedar...kalau tidak,apalah agaknya jadi dengan kau dalam mimpi tu.."
"Agaknya mak..harimau tu teringin nak cium anak mak ni.."Uwais mengekek ketawa.Sarimah pun sama.Hannah memang faham sangat yang Uwais memang sengaja nak sindirnya pasal kes malm tadi.Ada ke patut samakan aku dengan harimau betina?
"Hannah..Uwais ni,dengar boleh..percaya jangan...ada aja lawak temberang dia pagi-pagi macam ni..nak auta mak lah tu.." Sarimah menepuk lengan Uwais.
"Alah mak...Uwais saja nak buat mak happy pagi-pagi ni..."Uwais
mengambil penyapi di tangan maknya."Sayang...tolong mak sapu sampah ni,belum habis lagi ni..tu hah,bawah pokok jambu tu..kan banyak daun"
"Ewah...sedap aja kau mengarah isteri kau ya?"
"Takpelah mak..Hannah ni isteri solehah mak..taat dan sayangkan anak mak ni..rajin pulak tu..sebab tu saya sayang dia mak" Uwais memandang padanya.Hannah tak menjawab,dia sekadar mengambil penyapu lidi yang dihulur.Hmm..semua benda aku buat..sekarang,kena jadi tukang sapu pulak?
Hannah terpaksa menahan rasa.Uwais memang suka membulinya bila ada kesempatan.Nak pulak depan mak dia..sayang konon...entah-entah tipu,depan mak dia bolehlah cakap macam tu..dalam hati dia sikit pun takde untuk aku..alahai...apasal aku pulak yang berharap ni? Tak suka betul macam ni..takkanlah aku dah jatuh hati kat penjual burger ni?
"Korang berdua nak balik pukul berapa?"
"petang nanti mak..kejap lagi saya nak bawa Hannah pergi dusun kita"
"Kau nak buat apa? Kan banyak nyamuk dalam dusun tu"
"takpelah mak..saja,nak buat tadabbur alam atau makna lainnya..menghayati alam sekitar.budak sekolah panggil lawatan sambil belajar..nak perkenalkan pokok-pokok kat dusun tu pada menantu mak ni hah..kalau mak nak tahu,pokok mempelam ni dia tak kenal mak..semalam dia
ingat pokok ni pokok jambu mak.." Hannah yang sedang menguis-nguis daun dengan penyapu lidi rasa nak menjerit waktu tu jugak.Bila masa aku cakap macam tu?Waaaaa....memang saja reka cerita nak kenakan
aku..memanglah aku tak tahu pokok ni pokok apa,tapi aku tak cakap pun pokok ni pokok jambu..tak suka kena buli macam ni! Ingat aku ni bodoh sangat ke? Tak pun..aku CEO tau!"Iya?alahai..kesian menantu mak ni..lama sangat kat luar negara tu ya Hannah?"Sarimah tersenyum saja.Hannah senyum paksa...malu tak dapat nak katalah...Uwais yang duduk di sebelah maknya membuat isyarat goyang ibu jari tanda "padan muka" pada Hannah..Dia angkat kening bila Hannah menghentak-hentak penyapu lidi dengan tapak tangannya.Lagaknya itu
seolah-olah nak aja dikejar Uwais dengan penyapu!
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
Romantizm"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...