Special Entry yang pendek dan ringkas daripada Suami Yang Kubenci ini adalah kesinambungan cerita daripada Novel Suami Yang Kubenci yang ditulis dan dikarya khas oleh saya kepada mereka yang sudi baca, singgah di wattpad saya, follow saya, vote, comments, dan bagi support kat saya. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada korang semua yang menjadi pendorong semangat saya untuk meneruskan karya Novl Suami yang Kubenci daripada Kak E-man Sufi. Saya mohon maaf kepada korang semua kerana tidak dapat meneruskan chapter yang baru untuk Novel Suami Yang Kubenci dan saya ingin menebus semula kesilapan saya dengan mencari idea yang tak seberapa dalam menyiapkan Special Entry daripada Novel Suami Yang Kubenci. Moga korang semua terhibur dan jangan lupa berikan komen dan vote Special Entry Suami Yang Kubenci.
Vote,vote,vote and comment,comment,comment 😘
------------------------------------------------------------------------------------------
40 hari selepas berpantang anak ketiga, Haraz Naufal...
Bangun pagi,Uwais tersedar dek merasa ada benda yang panas di lehernya dan sepertinya ada benda yang menghempap kaki dan pinggangnya. Dia menoleh ke sebelah, dilihat isterinya seakan sedang mencium lehernya,tangan isterinya erat terletak di pinggangnya dan kaki isterinya elok mengepit kakinya.Hailaaa...Isteri aku ni......anak dah 3 pun gaya tidonya mengalahkan anaknya. Nasib baik aku sayang....
" Ni kalau aku buat sesuatu mesti dia tak sedar ni." Monolog Uwais dalam hati dan tersenyum 'jahat'.Hahaha..... Dia bermain dengan wajah isterinya yang sedang lena itu dengan jarinya. Tido mati betul isteri aku ni.Bermula dari dahi kemudian jatuh ke sepasang mata isterinya yang menggoda,sejurus itu, jatuh pula di hidung mancung isterinya dan pipinya yang putih kemerahan dan gebu. Terakhir....jarinya terhenti di bibir seksi dan mungil isterinya. Bibir nilah yang selalu marah dia dulu, selalu tengking dia dulu dan kini dia rasakan seperti mimpi, isterinya tidak pernah jemu mengungkapkan 'I LoVe YOU' kepadanya.
Perlahan di wajahnya didekatkan dengan wajah isterinya.Bibir mungil isterinya dicium lembut.Lama.
Hannah yang masih lena, terasa seperti ada benda lembut di bibirnya.Dia dah agak siapa yang buat.Hailaaa...suami aku ni tak menyempat.Mentang-mentanglah aku dah habis pantang, mulalah tu perangai ulat bulu dia naik. Tak pe...kita biarkan je Encik Uwais ni syok sendiri. Hannah menyambung tidurnya yang pura-pura.Dalam hati,rasa sayangnya kepada Uwais bertambah-tambah kerana dari tadi jantungnya berdegup kencang macam bawa kereta fast & furious je.Hahaha..sempat nak melawak ye...
Uwais melepaskan kucupan lembut di bibir mungil isterinya itu. Dia pelik melihat isterinya yang masih belum terjaga meskipun dia mengacau. Ini mesti dia rancang nak kenakan aku pulak ni. Uwais tersenyum nakal + jahat. Dia merapatkan wajahnya ke leher jinjang milik isterinya. Dia menggeselkan hidungnya di leher isterinya. Dia dapat rasakan yang isterinya sedang berdebar dan menahan geli. Hahaha....Ohhh...sayang, nak kenakan abangkan? Kita tengok siapa yang terkena. Dia mencium leher isterinya lembut. Lama.
Hannah dah rasa lain macam. Dia cuba untuk menarik perhatian Uwais dengan menggumam.
" hmmmm....mmmmmm." Hannah saja menggeliat supaya Uwais sedar.
" Sayang.... Wake up....solat subuh...." Uwais berhenti mencium leher isterinya dan segera mengejutkan Hannah untuk solat subuh.
" Sayang.... Cepat bangun. Karang abang buat lebih daripada tadi." Dia mengusap pinggang ramping isterinya. Uwais mendekatkan bibirnya di telinga Hannah dan dia berbisik. Hannah terus membuka mata apabila suaminya sudah mengugutnya. Dia senyum malu kepada Uwais.
" Abang tahu sayang sedar dari tadi.Dah..... Stop acting....cepat bangun." Sejurus dia berbisik di telinga isterinya,dia menggigit lembut telinga Hannah kerana geram akan kenakalannya isterinya yang pura-pura tidur.
" Selamat pagi, abang." Hannah tersipu malu mengungkapnya. Nampak sangat yang dia tersangat nakal mengenakan suaminya tadi.
" Selamat pagi, sayang...." Uwais mencium dahi Hannah lembut setulus ikhlas kasih sayangnya kepada isterinya.
" Dahlah, pergi mandi. Ke nak mandi dengan abang sekali? Abang on je,sayang. " Uwais geram dengan isterinya yang masih mahu memeluknya erat bagai tak nak dilepaskan.Dahlah aku ni tak berbaju.
Melting tahu...." Eee... Siapa entah nak mandi dengan dia? Kerjanya nak mengusik orang saja. " usik Hannah. Dia mengepit hidung Uwais dengan dua jarinya.
" Auchhh...sakitlah sayang. Karang abang gigit karang tak subuh kita pagi ni. " Uwais menggosok hidungnya yang agak sakit itu. Uishhh...jangan main-main sama tangan Hannah, esok lusa boleh patah tubuh badan aku ni dia kerjakan. Sakit wohhh...
" Haa... Tengok itu, usik lagi. Tak mau kawe denge abe lagi dohh..." Keluar terus loghat Kelantan Hannah.
" Amboi Hannah lebih-lebih plak ko nak touching dengan suami tercinta engkau ni. Engkau sendiri tak boleh kalau tak berkepit dengan dia. ni pulak ada hati nak merajuk sakan. " monolog Hannah sendiri.
" Hahaha.... Merajuklah sangat sayang buchuk abe sore ni. Abang nak mandi pun dia tak bagi inikan pulak nak merajuk dengan abang. Manja ya....sayang abang ni. " Uwais menggosok perlahan kepala isterinya tanda kasih sayangnya yang melimpah kepada isteri tercinta.
" Sayang dah lambat nak solat ni. Mohlah kita mandi sekali. Jimat air,tenaga dan masa kan Puan Hannah Maryam lagipun nanti anak-anak kita terjaga, sayang oii." Uwais mencempung isterinya dan dibawa ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kerja dia memang suka menyakat Hannah. Kalau sehari dia tak menyakat memang tak boleh sebab dia sudah hanyut dengan cinta kepada isterinya itu.
" Abang....nakal erkk.." Hannah merangkul leher suaminya yang sedang mencempungnya sambil menggigit bahu suaminya lembut.
" Tak sakit pun. Abang kan dah sado. " Choii... Tapi memang betul. Selama Hannah berpantang melahirkan anak mereka yang kembar dulu, Mumtazul Hayat dan Nafisatul Ilmi ,dia rajin pergi gym. Maklumlah, anak-anaknya manja asyik nak didukung walaupun umur dah 2 tahun mengalahkan baby mereka, Haraz Naufal yang rajin tidur ketika mereka sekeluarga keluar berjalan-jalan. Itu yang selalu mereka letakkan Haraz Naufal dalam baby stroll.Sepatutnya Mumtazul Hayat dan Nafisatul Ilmi dah boleh jalan sendiri tapi tulah ikut perangai siapa entah. Isterinya pun dua kali lima jugak. Nasib baik semua dia sayang.
" I love you, abang." Bisik Hannah lembut ditelinga Uwais.
" I love you so much,Sayang." Balas Uwais lembut di telinga Hannah dengan suara yang menggoda dan romantik.
Dulu, suamiku ini yang kubenci. Kini,tidak lagi kerana dialah Suami yang kucintai sampai ke Jannah. InsyaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------------
Maaflah, sekiranya Special Entry Suami Yang Kubenci ini tidak kena dengan selera anda semua. Saya mohon maaf atas kekurangan saya dalam pembikinan Special Entry Novel Suami Yang Kubenci ini.
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
Romantik"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...