Suami Yang Kubenci 30

69.5K 1.9K 61
                                    


Maaf lambat update.
Teruskan membaca,vote dan komen Suami Yang Kubenci.
Sorry n Thank you :)

------------------------SUAMI YANG KUBENCI 30-----------------------

Wajah tampan itu direnung lama.Hanya dalam jarak sejengkal sahaja.Hannah menyentuh dahi Uwais yang masih lena dengan hujung jari telunjuknya,merayap hingga ke batang hidung Uwais yang mancung terletak.Hannah senyum bila Uwais langsung tak sedar. Lenanya dia tidur? Hannah mencapai alat kawalan lampu meja tepi katil.Dia meningkatkan lagi kecerahan lampu,Hmmm..barulah boleh nampak jelas muka suami aku ni.. Mengingatkan apa yang berlaku malam tadi buat dia rasa tersipu malu.

Tanpa paksaan dia menjadikan dirinya bidadari buat Uwais di syurga,dan pujaan hati Uwais di dunia nyata mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa paksaan dia menjadikan dirinya bidadari buat Uwais di syurga,dan pujaan hati Uwais di dunia nyata mereka.Kali pertama dia rasa hatinya tenang untuk disentuh seorang lelaki. Dan saat dia membuka kelopak matanya pagi ini, dia tidak merasa menyesal untuk mengakui,kini dia mahu menjadi isteri Uwais dalam erti kata sebenar.Bukan lakonan mahupun untuk menjaga kepentingan peribadinya. Hannah merapatkan wajahnya ke telinga Uwais.

"I love You...." ungkapnya.

Namun Uwais tidak mendengar ungkapan itu,biarlah.. susah untuk dia mengaku berdepan..namun lebih susah untuk dia pendamkan, mungkin dengan cara itu dia akan rasa lebih lega..

Laungan Azan kedengaran. Uwais mula sedikit bergerak, mungkin kerana suara azan itu buat Uwais tersedar.Hannah tak tahu nak buat apa. Spontan Hannah berbaring dan melingkarkan tangannya pada pinggang Uwais. Tak nak lah dia tahu yang aku lebih dulu tersedar tadi.. Hannah memejamkan matanya.Berpura-pura tidur.

Uwais membuka mata.Lama matanya terkebil-kebil memandang syiling. Kenapa aku rasa tenang sangat pagi ni? Oh ya, malam tadi aku dengan Hannah kan dah...

Dia berpaling dan melihat Hannah sedang lena.Kenapa tadi aku rasa macam dengar suara dia berbisik kat telinga aku ya? aku dengar dia cakap I love you..aku mimpi ke tadi? Uwais rasa mungkin dia bermimpi sahaja.Hannah susah nak luahkan perasaannya.Tapi kalau tunjuk lagak tu memang takde orang lain boleh lawan..Hannahlah orangnya..

Uwais senyum sorang-sorang. Hmmm..sekarang, sayang dah betul-betul jadi hak abang kan? dia takkan lupa saat indah malam tadi. Terima Kasih Ya Allah kerana mempermudahkan segalanya.Dia tak pernah menyesal memiliki Hannah sebagai isteri,sekalipun sifat Hannah banyak yang tidak kena..dia senang hati dan berlapang dada menerimanya, tiada manusia yang sempurna..kalau Hannah umpama api, dia akan menjadi air yang akan memadamkan bahangnya.

Menjadi suami yang baik bukan mudah..dia sendiri tidak memiliki kesempurnaan akhlak rasulullah sehingga mengimpikan isteri semulia Aisyah Humaira'..Hannah Maryam sudah cukup buatnya. Kesabaran yang selama ini membuahkan hasil.Walaupun memakan masa yang lama tetapi tetap ada keindahan dan kemanisan dari kesabaran itu.

Dia tidak perlu mencaci atau memaki seorang isteri yang sentiasa merendahkan dirinya.Baginya, lelaki yang menghina seorang wanita yang dijadikan Allah sebagai pelengkap dalam hidupnya tidak ubah menghina diri sendiri. Perempuan itu asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki..jika dihina dan dicaci bukankah sama seperti menghina diri sendiri?

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now