M^^F
Sorry lambat update.....
Saya busy buat revision lately ni sbb tak lama lagi nak exam...
Btw,keep reading,voting and leave the comments...---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku tengok kau ni asyik termenung aja daripada tadi... ada masalah ke?" Maira menyentuh bahu Hannah yang sedari tadi melamun.Sampaikan semua yang hadir dalam mesyuarat pagi itu sudah keluar pun Hannah masih lagi duduk di kerusinya.
"Kau cakap apa tadi?" Hannah memandang Maira.Kemudian matanya melihat sekeliling ruang bilik mesyuarat.Dah kosong? bila diorang keluar?
"Semua dah keluar,aku pun dah nak keluar ni..kau tu,nak bertapa dalam bilik ni ke?" Maira mengusik.
"Aku tak perasan pulak semua orang dah keluar.."
"Macamana nak perasan kalau kau tu jauh sangat termenungnya...hah, biar aku teka..kau ingatkan abang sayang kau tu ya..apa kau panggil dia? Si Penjual Burger..kan?"
"Takdelah! "Hannah menafikan walaupun tekaan itu seratus peratus betul.
"Aku hairanlah dengan kau ni..dah tinggal serumah pun takkan takde feel lagi?"
"Malaslah aku nak layan soalan kau ni"
"Malas ke malu..." Maira masih membuat provokasi.Wajah Hannah yang sudah merona merah itu jelas sekali kerana usikannya tadi.
"Kita ni bukannya orang lain..walaupun sepupu tapi dah macam adik-beradik... tak payahlah kau nak berahsia pasal perasaan kau tu lagi,orang kalau dah asyik termenung tu namanya angau..mengaku ajalah,dengan aku kau simpan aja ego kau tu..apa kata kalau kita bercakap dari hati ke hati..." Maira memainkan buah caturnya.Hannah lama berfikir.Betul jugak.Dalam banyak-banyak sepupu yang aku ada,dia ni aja spesis yang boleh dipercayai..
"Emm..kalau aku tanya sesuatu boleh?"
"Tanyalah..anggaplah aku ni sebagai kaunter pertanyaan..tanyalah? Maira teruja.Hannah mengerut dahi.Overlah pulak Maira ni...
"Macam ni,katakanlah...bukan betul tau! konon-kononlah kan, emmm...kau nampak Abang As'ad kau tu dengan perempuan lain, apa kau rasa?"
"Abang As'ad dengan perempuan lain? kau nampak di mana?"
"Kau ni,kan aku kata tadi..konon-kononnyalah..bukan betul pun.."
"Oh, kau pun satu..kalau ya pun nak buat contoh janganlah guna suami aku tu..Tapi takpe,biar aku jawab pasal kau dah tanya kan? kalau dengan Mak Cik-Mak Cik aku tak hairan pun,lainlah kalau dengan anak dara yang cun melecun..mestilah aku cemburu tahap gunung berapi nak meletup.."
"Maksudnya kau cemburulah ya?"
"Apalah sengal sangat kau ni,dah nama isteri kalau nampak suami dengan perempuan lain mestilah cemburu..itu tandanya sayang,takkan aku nak biar aja..takde maknenya aku nak tengok aja..nak bertepuk tangan lagilah mustahil..Yang kau tanya soalan macam ni kenapa? Ooo...ini mesti kau nampak Uwais dengan perempuan lain ya? cantik tak perempuan tu?Hannah tak menjawab.Cantiklah jugak...tapi cantik aku lagilah...
"Diam tu betul la kan? dah tu,kau tak tanya dia siapa perempuan tu? itulah kau...ada suami kau tak suka,kau abaikan dia..sekarang kan dah ada yang nak pikat suami kau yang handsome tu.Kalau aku jadi perempuan tu pun memang takkan lepas peluang.. nak pulak kalau tahu yang lelaki tu diabaikan isterinya..
"Ieee...kau ni memang batu apilah! saja je nak bakar hati aku kan? ada ke aku cakap yang Uwais tu dengan perempuan lain? pandai aja kau kan...dah, pergi buat kerja... nak muntah pulak aku dengar ayat kau tu,macam perempuan miang tahu tak.." marah Hannah.Maira ketawa kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...