Suami Yang Kubenci 21

51.8K 1.7K 45
                                        

"Hannah...boleh saya masuk?" Uwais berdiri di muka pintu bilik tidur Hannah.Sebaik saja sampai di rumah mewah itu,Hannah terlebih dahulu memasuki bilik tidurnya.Dia pula pergi ke belakang rumah untuk mengambil beg pakaian Hannah yang disoroknya di dalam stor semalam.

"Masuk ajalah..." jawab Hannah mendatar.Uwais rasa hairan pula dengan perubahan mendadak sikap Hannah.Nampak seperti Hannah marahkan sesuatu.Apa yang dia dah buat? agaknya,Hannah masih marah pasal beg pakaian di tangannya itu.

"Saya nak pulangkan beg awak ni...Sebenarnya,memang saya sorokkan..kat stor belakang rumah"
beritahu Uwais. Hannah yang sedari tadi sibuk memeriksa e-mail melalui PDAnya menoleh pada Uwais.Rasa marahnya pada Uwais masih belum hilang.Bukan pasal beg pakaian yang dipulangkan Uwais itu tapi kerana sikap berahsia lelaki itu padanya.Kenapa nak berahsia sangat pasal surat yang diberikan Cikgu Batrisya?

"Hmmm...letak ajalah kat mana-mana" jawab Hannah dan terus memeriksa kotak e-mailnya. Dia tekun meneliti beberapa soft copy laporan kewangan yang dihantar Maira melalui e-mail. Kemudian mengemaskini beberapa perubahan jadual sepanjang minggu akan datang yang banyak berubah kerana beberapa appointment masih berstatus KIV..

Tumpuan Hannah sepenuhnya hanya pada PDA sebesar telapak tangan itu.Uwais garu kepala..kenapa dia buat muka selamba aja? biasa tu mesti dia marah-marah...Uwais mendekati almari pakaian.Seperti tadi Hannah yang duduk di atas katil itu masih tak pedulikan kewujudannya di bilik itu.Uwais langsung tak suka situasi sepi begitu.Betapa susahnya dia nak tarik perhatian isterinya ini,tak kisahlah nak bertekak ke,nak kena cubit ke..pukul..baling..asalkan Hannah ada interaksi dengannya..dia betul-betul tak faham kenapa Hannah bersikap dingin sama seperti pertama kali mereka berjumpa dulu.Pagi tadi okey aja...apasal sekarang dah macam patung cendana pulak aku tengok. Hmm..aku tahu, mesti sebab dia tengah sibuk buat kerja pejabat yang tak siap lagi kut..dia perasan sangat,Hannah dan PDA jenama Apple itu memang tak dapat dipisahkan.Kalau aku ada doraemon dah lama aku mintak alat supaya boleh bertukar jadi PDA..bolehlah selalu dapat perhatian Hannah ni..heheh..

Aku ni sebenarnya nak kena pindah balik ke tidak ni? dari tadi dia asyik dengan benda alah tu...kalau aku stay nanti dia kata aku nak ambil kesempatan..biasalah tu! aku ni lelaki..normal pulak tu.Takkanlah aku dengan rela hati nak duduk bilik berasingan dengan isteri sendiri? "ambil kesempatan" dengan isteri sendiri takkanlah berdosa..tak boleh jadi,takkan aku nak buat poyo aja dalam bilik ni..

"Hannah,saya nak buka almari boleh? Tanya Uwais.Hannah mendongak dan memandangnya dengan wajah tanpa perasaan.Nak kata marah..airmukanya tenang sahaja. Buka ajalah Uwaisku sayang...nak buka almari pun kena ada kebenaran ke? dari tadi tercegat kat situ kenapa? tak reti-reti nak pergi mandi ? emmm...tapi bukan aku ke yang patut sediakan dia tuala dengan pakaian bersih? kalau aku buat macam tu kan nampak macam aku ni nak tarik perhatian dia....hmmm..tak naklah!

"Boleh tak?" Uwais tanya lagi bila Hannah kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

"Hah? emm..buka ajalah.." jawab Hannah.

Uwais segera membuka almari dan diambil semua pakaian-pakaiannya yang bersangkut.Dalam hati dia berharap Hannah memerhatikan perbuatannya itu.Bukanlah dia nak sangat pun buat begitu,sekadar untuk mendapatkan jawapan pasti dari Hannah..terus tinggal di bilik itu atau pindah semula ke bilik tetamu di tingkat bawah?

"Awak nak buat apa tu?" Hannah baru teringat yang Uwais hanya tinggal sementara sahaja di biliknya .Itu permintaannya 2 hari lepas.Sekadar untuk lakonan semata-mata .

"Pindah semula ke bilik saya lah...kan kontrak saya dah tamat...mak pun dah balik.." Uwais ukir senyum tapi dalam hatinya sangat mengharapkan Hannah menahan dia dari berpindah semula.

"Oh..haah..saya pun dah lupa.." Hannah sekadar angguk.Aik? takkan itu aja? tak nak halang abang ke sayang? tak kasihankah kau pada lelaki tampan kat depan kau ni Hannah oi... pernah tak kau fikir,takkanlah sampai tua kita nak macam ni? kalau aku kata dia ni tak bijak...ada Master..CEO lagi..tapi apasal perkara penting macam ni dia boleh buat bodoh aja? pagi tadi kau dah buat aku perasan yang kau suka kat aku..tapi sekarang,dah bertukar pulak?

Hannah mengerling Uwais yang masih terkial-kial mengeluarkan pakaian dari dalam almari besar itu.Dia terasa hati dengan tindakan Uwais itu.Amboi...belum setengah jam sampai rumah dah sibuk nak pindah! panas sangat ke kalau tinggal kat dalam bilik ni dengan aku? ada ke aku suruh dia keluar dari bilik ni?..hiii...tak suka tau! nak sangat pindah kan? pergilah!!! tak payahlah nak tayang muka handsome tu kalau memang sengaja nak sakitkan hati aku...tak cukup nak berdrama korea dengan Cikgu Batrisya plus pulak lagi dengan surat misteri tu..sekarang,nak lagi tambah sakit kat hati aku ni?
Uwais hampa bila Hannah masih terus dengan kerjanya.Hmmm..memang dah nasib aku agaknya.Wahai Hannah pujaan hatiku... boleh tak kau cakap yang kau nak aku tinggal terus dalam bilik ni? takkanlah sikit pun kau takde perasaan kat aku? Akhirnya terpaksa jugak Uwais melangkah ke muka pintu.

"Awak....." panggil Hannah.Uwais segera berpaling.Dia panggil aku kan? harap-harap dia tak bagi aku keluar..

"Ya?" Uwais tayang muka paling handsome.Menanti dengan penuh harapan...

"Keluar nanti tutup pintu ya..." dan seperti tadi..Hannah tetap setia pada PDA di tangannya.Warrghhhh!!!!!! aku makan jugak dia ni karang...penat aja senyum kat dia..ada ke itu yang dia suruh...bukan setakat tutup pintu,nak aja aku pecahkan pintu ni!!!

Dengan berat hati.Uwais keluar dan menutup pintu bilik itu.Sebaik saja Uwais keluar,Hannah mencampakkan PDA.Melantun gajet itu di atas katil. Apasal dia keluar jugak? kenapa dia tutup pintu tu? tak boleh ke dia cakap yang dia nak tinggal terus dalam bilik ni? memang tak payah pakai talian hayat, sure aku bagi dengan rela hati..tapi langsung dia tak tanya!! Ieeeeee....tak suka! tak suka! tak suka!

Hannah mencapai teddy bear di atas katil.Mahu melepaskan kemarahannya pada Uwais.Terus dibalingnya ke muka pintu..tak dapat Uwais pintu yang ditutup Uwais pun jadilah..sebiji...sebijik lagi...tak puas hati jugak..ambil lagi, dan baling lagi..sekuat hati dan...pintu dikuak dari luar..

"Aduh!!!!"

Tepat ke muka Uwais yang muncul semula secara tiba-tiba.Hannah gigit jari.omg!!

"Apa awak ni? main baling-baling...Ya Allah, bersepah-sepah teddy bear ni kenapa?"Uwais yang mahu mengambil beberapa barangan yang masih tinggal terkejut dengan keadaan teddy bear yang bersepah sana sini.

"Errr...saja suka-suka..saya buat senaman balingan tadi,mana saya tahu awak masuk balik.. yang awak masuk semula tak bagi salam kenapa? kan dah kena" Hannah segera mencipta ayat "cover". Padan muka! siapa suruh awak keluar dari bilik ni? dapat isteri cantik macam aku ni pun takkan tak tergoda kut? perlu ke aku yang kena goda dia dulu?...sorry to say la Uwais..bab-bab menggoda ni aku memang failed!

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang