Suami Yang Kubenci 27

58.3K 2K 62
                                        

Uwais mematikan enjin kereta sebaik sahaja mini cooper itu diparkir.Matanya terarah pada beberapa orang pelajar perempuan berseragam putih biru yang melewati keretanya.Waktu masih awal pagi ketika itu.Suasana sekolah mula dibanjiri dengan beberapa kereta yang keluar masuk di perkarangan sekolah.

"Abang, Anis masuk kelas dulu ya?" Anis yang duduk di sebelah sudah membuka pintu kereta.Uwais angguk sahaja.Dia masih bersandar di kerusi bahagian pemandu dan langsung tidak berniat untuk keluar dari kereta.Mata Uwais hanya memerhatikan Anis menghilang di sebalik bangunan bercat kuning putih itu.

Uwais menguap dan pantas tangannya menutup mulut.Sebenarnya dia masih lagi rasa mengantuk kerana tidurnya yang tidak lena malam tadi. Balik sahaja dari gerai burger,dia hairan bila melihat rumah gelap gelita.Hatinya rasa tak sedap kalau-kalau berlaku bekalan elektrik putus sedangkan Hannah takut berada dalam gelap.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah terus dipanggilnya Hannah tapi tidak berjawab.Bila dia memetik suis lampu ternyata bekalan elektrik ada seperti biasa.Barulah dia sedar yang rupanya Hannah betul-betul keluar dari rumah.Ke mana dia tak pasti.Kalau Hannah balik ke rumah Tuk Ayah ternyata Hannah memang telah menyahut cabarannya.Memang keras kepala dan tak nak mengalah... sanggup pulak dia tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah besar tu..

Uwais mengeluarkan Handset Nokia C3 dari dalam saku seluarnya.Dah banyak kali dia call Hannah tapi tak berjawab.Memang sengajalah tu! paling dia geram bila dihantar sms bertanya ke mana Hannah pergi boleh pula dibalas dengan teks yang menyakitkan hati.

Awk ni sp? do I know u?
Padahal Hannah memang ada nombor talian prabayar miliknya.Kalau aku dapat dia nanti siaplah... Uwais cuba lagi mendail nombor talian Hannah tapi tetap tidak dijawab.

"Takpe...takpe... tak nak angkat ya? " Uwais mengurut goatee.Berfikir-fikir di mana kedudukan Hannah... mustahil Hannah berani balik rumah Tuk Ayah kalau dia tak ikut sekali.Pelik... takkan dia pergi tidur kat hotel kut? kat rumah mak aku pun takde... manalah isteri aku ni?

Uwais keluar dari perut kereta. Dia melihat kea rah pintu pagar sekolah.Matanya membulat bila ternampak sebuah kereta mercedez Benz 64 K yang berhenti di perkarangan sekolah.Dia memang kenal kereta tu.Salah satu daripada kereta milik Tan Sri Idris. Namun begitu,Uwais nampak bukan Tuk ayah yang berada di sisi kereta mewah itu tapi isterinya Hannah Maryam.Kelihatan Putera dan Mastura bersalaman dengan Hannah.

Tanpa berlengah Uwais bergegas mengatur langkahnya ke arah kereta itu. Walau macamanapun dia mesti berjumpa dengan Hannah. Mungkin kerana dia terlalu gopoh dan tanpa sengaja dia terlanggar Cikgu Batrisya yang entah dari mana tiba-tiba muncul bersama sekotak kertas soalan peperiksaan.
Berterabur semua kertas soalan peperiksaan di atas jalan.

"Sorry..sorry Sya, abang tak sengaja.." Uwais segera membantu Batrisya mengutip kertas soalan yang jatuh.Beberapa orang pelajar yang lalu lalang turut membantu.

"Ya Allah, kenapa kalut sangat ni Cikgu Uwais?" Batrisya tersenyum melihat Uwais yang kelam kabut mengutip kertas.Uwais membantu Batrisya menyusun semula kertas soalan itu. Sehelai daun gugur dan jatuh di atas kepala Cikgu Batrisya yang bertudung biru hari itu.Spontan
Uwais mengambil daun itu dan dibuangnya.

"Ada sesuatu atas kepala Sya.." beritahu Uwais.Dah macam iklan syampoo aja aku rasa.

"Ya ke?" Batrisya menyapu perlahan bahagian kepalanya yang ditutupi tudung.

"Abang dah buangkan.."
Uwais senyum juga sekadar menutup malunya kerana kekalutannya tadi.Dia memandang lagi ke arah kereta Mercedes Benz .Kali ini dadanya berdegup kencang bila matanya bertemu pandang dengan Hannah. Alahai....dia nampak aku dengan Batrisyalah pulak..

+++++++++++++++++++++++++

"Petang ni kitorang ada aktiviti kokurikulum, Along atau Abang Din yang nak ambil kitorang hari ni? Putera bertanya pada Hannah yang sedang membetulkan tali lehernya.

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang