"Senyum-senyum macam tu...nak perli saya la tu kan? ini semua rancangan jahat awak kan? nasib baik saya kat rumah awak, kalau kat rumah kita saya takkan lepaskan awak.."
Hannah memarahi Uwais sebaik saja dia mendapatkan Uwais yang sedang memetik gitar di bawah pokok mempelam.. .
Sudahlah susah nak berjalan pakai kain batik ni,kena pulak tanggung malu sebab terpaksa mengaku depan mak yang aku ni tak tahu nak pakai kain batik ni..iieee,takde hatilah aku nak jadi orang kampung! tak cukup kain batik kena pulak pakai baju kurung kedah yang dicadangkan mak mertuanya itu..
"Elok sangatlah kalau awak tak nak lepaskan saya..."Uwais sengeh.Hannah melepaskan nafas lemah.Aku cakap lain dia faham lain...geram betul aku dengan dia ni..
Uwais yang duduk di pangkin bawah pokok itu memberi ruang supaya Hannah duduk di sebelahnya..
Tapi Hannah buat tak tahu, rela berdiri saja sambil tangannya memetik dan mengoyakkan daun mempelam. Tak nak duduk sudah...degil! buatlah perangai ego tu...
Ada ke patut dia cakap aku buat rancangan jahat kat dia..memang tak boleh beza yang mana baik yang mana jahat agaknya isteri aku ni..okey apa,pakai kain batik dengan baju kurung kedah...comel aja aku tengok..macam ni barulah isteri aku,nampak sikit anak orang Melayu..ini tak,sibuk nak ikut cara orang barat..
Namun Uwais akur bila memikirkan mungkin juga bukan salah Hannah kerana sejak remaja lagi dia sudah dihantar belajar di luar negara.
Sementalah pula,kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan.Itu yang dia tahu dari Tan Sri Idris sendiri..
Hannah jadi begini kerana tiada orang tua yang boleh mengajarnya tentang adab budaya,yang boleh menegurnya bila salah..yang perlu mendidiknya tentang agama.
Suasana hidupnya pula bukan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sedangkan yang tinggal di dalam Malaysia pun boleh tersasar dan melupakan budaya dan agama apatah lagi Hannah Maryam...jadi kalau bukan dia,siapa lagi yang boleh membentuknya..ini bukan rebung,tapi dah jadi buluh..kalau dia berkasar dah tentu patah..satu pilihan saja yang dia ada..bersabar dan jangan putus asa! setiap orang buat silap..
Dia pun selalu buat silap,tapi setiap orang berhak untuk diberi peluang untuk berubah..siapa dia untuk menghukum Hannah? ketika dia mengakad Hannah sebagai isteri,amanah telah diletakkan di bahunya,baik atau buruk ini isterinya..
Ibu bapa yang membentuk anak sama ada menjadi umat yang taat pada agama atau tidak.Dan Hannah sudah tiada ibu bapa, yang Hannah ada cuma dia yang bergelar suami..walaupun dia suami yang dibenci..
Uwais tahu Hannah mungkin tak selesa.
Tengok airmuka Hannah yang mencuka pun boleh agak.Tapi depan mak aku bukan main lagi dia senyum..maknenye,dia memang mahal senyum dengan aku aja..memang tak pandai cari pahala dia ni..
"Awak nak marah sangat kenapa? kan elok pakai macam ni..saya tak nampak ada yang tak kena pun? makin cantik adalah.."
Uwais sedikit memuji.Manalah tahu,boleh menyejukkan hati Hannah.Tapi apasal aku rasa yang dia bukan marah tapi macam..merajuk? aku ni bukan faham sangat perangai orang perempuan ni...
"Cantik apanya,macam orang kampung tahu tak? saya mana pernah pakai macam ni..awak memang tak adil! awak paksa say buat benda yang saya tak suka! suruh makan sambal petai,tempoyak semua tu..tak cukup tu,awak sengaja nak suruh saya pakai semua ni...awak takde hak nak ubah cara hidup saya Uwais..kalau saya nak ubah awak,apa awak rasa,tak suka kan?"
Bertubi-tubi Hannah melepaskan perasaan tidak puas hatinya hingga Uwais hilang bicara.
Uwais menarik nafas.Susah kalau bercakap dengan orang pandai tapi kurang bijak ni...
ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...
