Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.Hannah bergegas menuruni anak tangga dan mahu menuju ke dapur tapi langkahnya terhenti bila terpandangkan pintu bilik Uwais yang masih tertutup rapat. Dia tidur lagi ke? tanya Hannah dalam hati.
Hannah mengatur langkah ke bahagian dapur kering.Dia mahu menyediakan sarapan pagi kurang dari 15 minit memandangkan dia sudah lewat ke pejabat.Dia paling tidak suka jika terperangkap dalam trafik jam apatah lagi pada pagi Isnin begitu.
"Rajin pulak awak masuk dapur hari ni?" teguran di belakang buat Hannah berpaling.Dia yang tadi sedang mengambil kotak bijirin dari rak cabinet terpegun seketika memandang kea rah Uwais.Maunya dia tidak terpaku begitu.Uwais pagi itu berpakaian kasual.Berkemeja stripe dan berseluar slack,rambutnya juga disikat rapi.Alahai,handsomenya dia pagi ni...tapi apa kes pulak dia nak pakai macam ni?
"Salah ke?" Hannah meletakkan kotak bijirin di atas meja.Kemudian dia menuang susu coklat ke dalam gelas di hadapan Uwais.
"Takdelah...baguslah,hah...tak nak tanya saya nak sarapan apa pagi ni? Uwais sengeh.Saja nak bermanja tapi tak tahulah dia nak layan ke tidak..semalam dah takde peluang,manalah tahu pagi ni dia bertuah.
"Awak nak makan apa?"
"Nasi Goreng" Uwais menjawab sambil menarik kerusi.Hatinya berbunga riang.Bukan senang nak dapat peluang begini..biasanya,dia sarapan sendirian setiap pagi.
"Nasi goreng? mana sempat,saya dah lewat ni..roti ajalah.."
Uwais angguk saja.Roti pun rotilah..nak buat macamana, CEO kan,manalah sempat nak memasak pagi-pagi ni..Hannah menyapu jem pada roti dan diberikan pada Uwais. Diambil juga Uwais huluran itu.Bagi macam tu aja? ingatkan nak suapkan ke...huh,mimpilah dia nak buat macam tu..
"Awak pakai macam ni nak pergi mana? Tanya Hannah sebaik duduk berhadapan Uwais.
"Kerja..." jawab Uwais sepatah.Hannah ketawa kecil.Uwais merenungnya.
"Kenapa awak ketawa?"
"Macamana saya tak ketawa,biasa tu awak pakai t-shirt aja pergi kerja...tiba-tiba hari ni awak pakai kasual macam ni..cara baru nak tarik pelanggan beli burger awak tu ke? lagipun, bukan awak berniaga lewat petang sampai malam ? dah tukar timing ?"
Uwais tenang saja.Walaupun dia terasa hati dengan ketawa berbaur ejekan itu.Dia sudah faham sangat dengan perangai Hannah yang memang suka merendahkan pekerjaannya sebagai penjual burger.
"Saya baru ditawarkan kerja.." beritahu Uwais.Semalam Batrisya menyerahkan surat yang ditawarkan pihak sekolah kepadanya.
"Ditawarkan kerja?" Hannah berhenti mengunyah.Dia teringatkan surat yang diberikan Cikgu Batrisya pada Uwais semalam.Mungkinkah surat itu ada kaitan dengan tawaran kerja yang dikatakan Uwais tadi.
"Kerja apa?"
"Kerja biasa aja.."Uwais malas nak bercerita.Dia yakin sangat,kalau dia beritahu pun Hannah pasti akan merendah-rendahkannya.Dia pun ada ego sendiri sebagai seorang lelaki dan suami.Walaupun kerjanya tak sehebat mana,alangkah baiknya kalau sebagai seorang isteri, Hannah memebri sokongan.Dia bukan buat kerja haram..jauh sekali yang menyusahkan orang lain..
"Tahulah kerja biasa..tapi kerja apa? Hannah mula geram.Suka sangat nak berahsia tu kenapa? ini mesti ada kaitan dengan Cikgu tu...
"Guru ganti..." Uwais beritahu juga.Seperti yang dia jangka,Hannah ketawa lagi.
"Guru ganti? awak nak ajar apa? cara-cara buat burger ke?" Senyuman Hannah memang menyakitkan hati Uwais.Kenapalah aku boleh jatuh sayang kat dia ni...dahlah suka merendah-rendahkan orang,macam dia tu bagus sangat aja..mujurlah lahir jadi anak orang kaya,kalau lahir sebagai anak orang kampung macam aku ni,kau tahulah susahnya nak berusaha sendiri cari kerja.
"Iyalah...saya buat apa pun mesti awak gelak kan? penjual burger macam saya ni kan tak layak jadi cikgu... mujurlah ada Batrisya yang percayakan saya... daripada saya duduk tak buat apa-apa sebelah siang baik saya gantikan kawan dia yang baru bersalin...bersusah payah dia sarankan saya pada pengetua sekolah dia"
"Oh..jadi Batrisya yang dapatkan awak kerja ni? Eleh...setakat kerja guru ganti aja pun... dah takde post yang lebih baik dari tu ke yang dia boleh carikan untuk awak?" Hannah mula rasa cemburu lagi.Lagi-lagi cikgu Batrisya...macam dah takde orang lain.Kalau setakat nak kerja,dia pun boleh bagi..tapi, kelulusan apalah Uwais ada,kerja pun jual burger,sure SPM pun cukup makan aja ni..paling tidak dia hanya boleh bagi jawatan kerani sahaja di syarikatnya.No way! mana dia nak letak muka kalau semua staf tahu?
"Cakap ajalah apa awak nak... " Uwais seperti merajuk.Hannah ketap bibir.Mula rasa bersalah.Dia kecil hati ke? Aku bukan apa,kalau dia kerja jadi guru ganti tu,mestilah satu sekolah dengan Batrisya kan? takkan aku nak biar cikgu tu dapat peluang nak berjumpa dengan suami aku ni tiap hari...
"Saya rasakan, tak payahlah awak terima post tu,berapa sangatlah yang awak boleh dapat..sudahlah kerja banyak,gaji pun tak banyak mana.."Hannah cuba membatalkan niat Uwais.Dia tak dapat bayangkan setiap hari Uwais bersama Batrisya...di dalam bilik guru...entah-entah..mejanya pun berdepan aja..boleh terima lagi,kalau bersebelahan macamana?
"Tak baik awak cakap macam tu, jadi seorang pendidik ni mana boleh pentingkan semua tu lebih daripada apa yang sepatutnya dilakukan..kalau semua orang fikir material aja,siapa yang nak jadi guru? lagipun..saya tak rasa pun gajinya tak seberapa..mungkin taklah semahal gaji awak tapi masih boleh hidup selesa..tengok aja Batrisya tu, sederhana macam dia kan bagus? "
Hannah rasa meluat dengan pujian Uwais pada Batrisya.Batrisya itu..Batrisya ini...pendek kata semuanya yang bagus ada pada Batrisya.Bukan Uwais saja,adik-beradiknya pun memuji Batrisya..habis,aku ni siapa yang nak puji? nampaknya memang tiada harapanlah untuk dia menahan Uwais dari pergi ke sekolah itu.
"Sudahlah,saya dah lewat ni... nanti tertunggu pulak Batrisya kat sekolah tu,saya tak naklah mungkir janji.." Uwais sudah bangun.Dia menanti juga kalau-kalau Hannah mahu bersalam dengannya sebelum ke tempat kerja.Melihatkan Hannah yang seperti tidak peduli,Uwais terus saja berlalu.
"Awak..." panggil Hannah.Uwais berpaling.
"Good Luck.."Ucap Hannah.Walaupun sebenarnya dia tak rela nak membiarkan Uwais pergi tapi terpaksa juga dia telan rasa kecewanya.
"Saya pergi dulu ya?' Uwais senyum dan pergi.Dalam hati dia rasa gembira,setidaknya ada kata semangat juga dari Hannah.
Hannah hilang selera untuk bersarapan pagi .Semuanya kerana Cikgu Batrisya.Kenapa nama cikgu itu juga yang disebut Uwais? Tak sensitive langsung dengan perasaan aku yang memang muak dengar kebaikan cikgu tu..Kalau cikgu tu dah terlalu bagus sangat pada pandangan dia,kenapa tak nikah aja dengan cikgu tu dulu? kenapa setuju juga kahwin dengan aku? Huh,tak pentingkan duit konon...kalau tak sebab duit, tentu Uwais tak ambil dia jadi isteri..dia tak semudah tu untuk lupa..ketika perbualan antara Tuk Ayah dan Uwais seminggu sebelum mereka bernikah..ada kaitan dengan jumlah wang bernilai 50 ribu ringgit... Cuma dia sendiri tak tahu,apakah rahsia antara Uwais dan Tuk Ayah dan wang berjumlah 50 ribu itu untuk apa? Bila diingatkan semua itu,bencinya mula datang lagi tapi bila teringatkan sikap dan cara Uwais melayaninya..perasaan sayang pula yang bersilih ganti..dia masih tak dapat memastikan.Siapa Uwais Ukasyah di hatinya? kalau nak kata dia tiada perasaan pada Uwais kenapa mesti dia nak cemburukan Batrisya? masa dia dengan Tengku Muiz dulu tak pernah pulak dia rasa macam ni..
Hannah segera beredar dari dapur bila tersedar yang dia sendiri sudah lewat ke pejabat.Dia melewati ruang tamu.Ketika mahu mengambil kasut di dalam almari, dia terpandangkan sesuatu di atas meja kopi.Hannah mendekat dan melihat sebuah fail bewarna biru di atas meja.
"Fail apa pulak ni? Uwais punya agaknya..hmmm..itulah,cuai sangat..kan dah tertinggal,baru hari pertama kerja dah buat silap.." Hannah menggeleng.Fail itu diambil dan dibukanya.Hannah meneliti CV yang terkandung dalam kertas bersaiz A4.Diteliti satu persatu.Dahinya berkerut,seperti tidak percaya apa yang dia baca.Bila dia menyelak helaian seterusnya,terdapat Sijil pengiktirafan akademik dari sebuah Universiti bahkan dalam jurusan pengurusan perniagaan.
"University Of Jordan? biar betul?" Hannah terpaksa meletakkan semula fail itu bila dia sudah semakin lewat.Kenapa dia tak tahu yang selama ini Uwais pernah belajar di Amman ,Jordan? University Of Jordan merupakan salah satu University terkemuka di timur tengah dan Tanah Arab.Tapi kenapa pulak dia jadi penjual burger? bermakna dia silap menilai Uwais selama ini...aku tak sangka pulak penjual burger pun boleh ada degree..dari overseas pulak tu..
![](https://img.wattpad.com/cover/31392670-288-k573746.jpg)
YOU ARE READING
Suami Yang Kubenci ©
Romansa"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...