"My sweet Hanny, How I miss you dear...."
Pelukan Fawaz yang mendadak itu tak mampu untuk Hannah elak.Sekejapan sahaja dia sudah berada dalam dakapan Fawaz yang tinggi lampai itu. Ya Allah! abang Fawaz ni biar betul! suami Hanny ada kat sebelah ni abang Fawaz oi.... Awak! bukan salah saya tau! sempat dia memandang raut wajah Uwais yang berubah.
Uwais terpaku menyaksikan aksi di depannya. Honey?? nama dia Hannah la, bukan Honey..suka-suka nak panggil isteri orang macam tu! datang tak dijemput, bagi salam pun tak..tau-tau kau peluk isteri aku.. aku sendiri pun takde peluang nak buat macam tu...siapa dia ni??? Uwais rasa bajunya yang basah boleh jadi kering kerana panasnya melihat kemesraan yang tak
pernah dijangkanya itu."Err..abang Fawaz pergi mana selama ni? " Hannah cepat-cepat menolak perlahan tubuh Fawaz. Memang betul mereka rapat, setakat bertepuk tampar tu memang biasa tapi dia memang tak pernah berpeluk dengan Fawaz sebelum ni,usahkan Fawaz..masa dengan Muiz dulu pun setakat berpegang tangan aja..dia pun reti jugak malu walaupun tak mengamalkan budaya Melayu seratus peratus.
"Pergi mana? bawa dirilah..ya la kan, orang tak suka..buat apa tinggal sini lagi.." jawapan Fawaz seperti jauh hati.
"Tak nak jemput masuk ke? Tanya Fawaz.Dia perasan ada lelaki yang tidak dia kenali di situ.Namun begitu, dia tiada hati untuk berkenalan dengan sesiapa ketika itu. Perhatiannya hanya pada Hannah Maryam yang sekian lama dia impikan untuk menjadi suri dalam hidupnya... beberapa hari yang lepas, dia terserempak dengan Tengku Muiz di Dubai..dia tak menyangka
perkahwinan antara Muiz dan Hannah tidak pernah berlaku dan Muiz sendiri tidak mahu bercerita kenapa. Dia tidak tunggu lama untuk terus menempah tiket balik ke Malaysia setelah hampir 8 bulan menghilangkan diri daripada keluarganya.. harapannya Cuma satu..kalau Muiz tiada lagi dalam hidup Hannah...jadi, siapa lagi yang lebih layak selain dia untuk menjadi arjuna pelindung seumur hidup Hannah Maryam."Masuklah,buat apa berdiri lagi kat sini.." pelawa Hannah.
"Jom.." Spontan pula Fawaz menarik tangannya dan masuk ke dalam rumah.Hannah tak tahu nak kata apa, dia lihat Fawaz begitu teruja sekaltanpa
sempat dia nak kenalkan Uwais pada lelaki itu. Uwais terkebil-kebil melihat Hannah dan Fawaz yang sudah masuk. Habis, aku ni macamana? sampai hati Hannah tinggalkan dia di luar, sudahlah pakaiannya basah..sekarang tak dipedulikan pula.. Baru saja Uwais nak melayan rasa sedih, tiba-tiba Hannah muncul."Opsss...sorry, tertinggal pulak..jomlah masuk, mandi dan tukar baju..." Hannah senyum.
"Ingatkan dah tak peduli.." suara Uwais seakan merajuk.
"Ieee... awak cemburu dengan abang Fawaz ya?" usik Hannah.Uwais langsung tak senyum.
"Dia tu abang sepupu sayalah, jomlah masuk... " pujuk Hannah lagi.Kan dah merajuk Uwais aku ni, abang Fawaz pun satu..agak-agaklah kalau nak peluk tu..aku ni dah jadi isteri penjual burger,mana boleh main peluk sesuka hati.
"Tapi dia peluk sayang tadi..selamba aja..." Uwais cekak pinggang.Memang tak puas hati..suami mana pun akan bengang kalau ada orang peluk isteri dia kan?
"Memanglah,tapi bukan saya yang suruh.. Abang Fawaz tu yang tiba-tiba tarik saya macam tu"
"Memang abang cemburu Hannah... takkan abang nak biar orang peluk sayang abang ni kan? depan abang pulak tu" Uwais memang tak perlu rasa malu untuk mengaku.Sebagai lelaki dan suami,dia mahu Hannah faham rasa hatinya.
"Okey..okey..abang Fawaz tak sengaja agaknya.. lain kali saya akan pastikan,
abang aja yang boleh peluk saya.." Alamak! terlepas cakaplah pulak."Apa dia?"
"Takde apalah..." Hannah menggeleng.Wajahnya memerah kerana Uwais memang dengar dengan jelas apa yang dia cakap tadi. Saja je kan..nak buat aku rasa berdebar-debar.. Uwais senyum nakal.Nampak macam dia baru saja dapat isyarat lampu kuning...takpe..takpe...sabar tu separuh daripada iman..lambat atau cepat dia yakin, Allah akan memberikan ruang yang terbaik untuk dia dan isterinya itu.Hannah menarik tangannya dan mereka masuk ke dalam rumah. Pedulikan siapa Fawaz..saat itu Uwais hanya mahu detik-detik
dalam hidupnya hanya dengan Hannah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...