"Kau cakap macam tu? Ya,Allah Hannah....kau tak boleh buat macam tu,dia tu suami kau Hannah..lagipun,kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit pun...kau dah rosakkan kereta dia..then,kau marah dia lagi...kau tak takut dosa ke?"
Hannah telan liur.Eii..aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak..agak-agaknya,aku ni dapat masuk
syurga tidak nih..alahai,apsal aku rasa semacam aja nih.."Mai..aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Salah Uwais tu jugak,dia yang cabar aku...salah aku ke? kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la kan..sebab dia yang suruh.." Hannah tak mahu mengalah.Maira, sepupunya itu menggeleng.Bercakap dengan
Hannah Mariam umpama bercakap dengan batu,takde maknanya.."Kalau Tuk ayah tahu kau buat macam tu,siaplah kau..."
"Beranilah dia nak mengadu..."
"Hai..tak habis lagi? bila nak insaf kau ni? belajarlah merendah diri Hannah,kalau tak dengan orang lain pun..dengan suami sendiri cukuplah..apa masalahnya dengan Uwais tu? sebab dia orang kampung? atau..sebab dia Cuma penjual burger? setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal Hannah...Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku Muiz tu kan?..hmmm...kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana Hannah..bukan dapat bawa masuk kubur pun..." Maira meluahkan rasa tak puas hatinya.
Hannah memang macam tu,sikap angkuh dan sombongnya tu bukan baru..dari zaman sekolahnya dulu pun,semua kena sempurna..nak berkawan dengan yang pandai saja,anak VIP..dan nak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya..alih-alih,tak jadi juga...baru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur..pun masih tak sedar lagi?
"Kau datang bilik aku ni,just nak bagi tazkirah ni ke? aku takde mood la nak dengar..." Panas telinganya bila disindir.Maira mengeluh.
"Aku datang Cuma nak hantar laporan kewangan,tu aja..kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? kalau tak nak dengar
nasihat...lain kali zip aja mulut tu...lagipun,tak elok jaja hal rumahtangga kat orang tau?" Maira bangun dari kerusi.Takde tujuan lagi dia berada
di bilik CEO itu..kalau tak mengenangkan mereka sepupu,tak mahu dia nak masuk campur.Hannah bangun dari kerusi.Sebenarnya,apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam
seingatnya,sebelum berkahwin lagi mereka sudah selalu bertikam
lidah,bezanya..seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais..secara rasminya,dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami?Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? tak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu..dia tak cintakan Uwais,jauh sekali nak berkasih sayang..dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami..tapi macamana dia nak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya
lelaki itu tidak sempurna? berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir daripada Allah...bagaimana dia nak paksa dirinya sukakan orang yang dia tak suka? Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? baik Tuk ayah,mahupun saudara-maranya..tiada! mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup..mereka akan memahami keadaannya sekarang...tapi sayangnya,mereka hanya hadir dalam mimpinya.Lewat petang itu,Hannah tiba di rumah.Sebaik turun dari teksi dia mengatur langkah.Pintu pagar dibuka.Bila dia melihat mini cooper hijau milik Uwais tiada di garaj,hatinya merasa lega.Dia tak peduli ke mana Uwais pergi,yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam keadaan kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh.
Hannah berhenti melangkah bila melewati kerete Audi miliknya.Dahinya berkerut seketika.Spontan dia membelek tayar keretanya yang tidak lagi
kempis.Mungkinkah Uwais sudah menukar tayar kereta itu? tapi..kunci kereta dia bawa ke pejabat? melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu."Whatever!" Hannah malas nak fikir.Kalau semuanya okey,dia takde sebarang kes untuk merungut..bukannya dia suka sangat nak bergaduh dengan Uwais.
Hannah meletakkan briefcase dan handbag di atas sofa.Dia kemudian ke dapur,membuka freeze dan mencapai sebotol air mineral.Sewaktu freez ditutup dia melihat satu helai kertas ditampal di dinding freez.Kertas bertulis sesuatu itu diambil lalu dibaca.
Mlm ni sy blk lwt,kunci sy ada bw
klu awk lapar sbelum sy keluar siang tadi sy dh buatkan
cheese burger utk awk..mkn klu lpr..x nk pun xpe..
sy letak dlm microwave..pndai2 la panaskan sndiri..
p/s sy mnta maaf psl smalam...Hannah terkedu.Zap! sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik.Dia minta maaf? biar betul ni... Hannah sedikit senyum.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia senyum..mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf.
Hannah membuka microwave.Ternyata memang ada cheese burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran.Masih panas lagi kerana Uwais meninggalkan microwave itu terpasang dalam suhu normal."Nampak sedap tapi...bukan aku tengah boikot burger ke? Hannah berfikir seketika.Kalau dia makan burger ni,apa pandangan Uwais agaknya? huh,mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat..." dia bercakap sendirian.
Penat dan lapar.Nak masak memang dah malas sebab dah terlampau penat! nak pulak sekarang dia sedang berhadapan dengan burger! ya...burger. Makanan "terlebih" khasiat inilah makanan kegemarannya..apa yang dia hairan,kenapa dia sukakan burger tapi dia tak mampu nak sukakan
penjual burger?"Nak makan ke tak ni?"
Hannah mengeluh.Makan Hannah sebab kau dah terlalu lapar..
Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan. Jangan Hannah!! pulak? sebab apa pulak tak boleh? langkahnya mati.Berfikir lagi...
Kalau kau makan,maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang
buatkan...Uwais? takkan kau dah lupa...Si penjual burger?Uwais termenung di kerusi batu tidak jauh dari gerainya.Dia memandang beberapa pelanggan yang singgah di gerainya.Dah hampir 7 bulan,gerainya yang dulu kecil sekarang dah mampu menampung pelanggan yang lebih ramai.Siap dipasang LCD dan layar lebar untuk pelanggannya
menghilangkan rasa bosan menunggu tempahan.Bukan setakat pelbagai jenis resipi burger,gerainya juga menghidangkan pelbagai menu westernfood yang lain."Uwais!"
Seseorang menyapa dari jauh.Uwais sekadar mengangkat tangan.Sedikit senyuman dihulurkan.Dia tidak ada rasa untuk berbual dengan sesiapa.Biarlah Wahab,rakan kongsinya saja yang melayan mereka.Lagipun,tak perlulah dia rasa kalut kerana beberapa hari lepas,dia
sudahpun mendapat seorang pekerja yang mampu digajikan.Fikiran Uwais jauh melayang mengingati kejadian beberapa hari yang lepas.
Sangkanya,kalau dia lebih bertolak ansur,Hannah akan bersikap lebih toleransi dengannya.Huh! toleransi pekebenda! perempuan tu memang dah melampau! kalaulah bukan kerana kesabarannya yang masih utuh,mahu saja ditampar muka Hannah sekuat hatinya..Kalau bencikan dia sekalipun,tergamak Hannah membuang cheese burger yang dibuatnya ke dalam tong sampah.Apa hina sangatkah sesuatu yang datang daripemberiannya? tak bolehkah Hannah menghargai keikhlasan orang lain.Sepatutnya dia yang dihidangkan makanan dari air tangan isterinya itu.Dia tak minta Hannah jadi isterinya yang terbaik.Dari hari pertama mereka bernikah pun dia tahu,Hannah langsung tak sukakan dia..bukanlah dia bodoh sangat nak faham airmuka Hannah yang langsung tak gembira.Dia sedar dia bukan anak jutawan,hartawan apatah lagi..nak melekat satu perkataan "wan" pun memang takde..namun begitu,sehina mana pun dia pada pandangan Hannah,dia tetap manusia..dia juga ada perasaan..dia seorang lelaki yang ada jiwa,ada rasa,dia berhak untuk merasa sensitive jika dirinya tidak dipedulikan.
Pipit dengan Enggang mana boleh terbang sama Uwais...
Dia teringat kata-kata emaknya sebaik saja dia menerima saranan Tan Sri Idris untuk menikahi Hannah Mariam.Dia bukan pipit yang mahu terbang bersama Enggang..tak pernah terlintas pun...lagipun,dalam dunia manusianya,dia hanya menaiki mini cooper hijau yang selalu terbatuk-
batuk enjinnya...sedangkan Hannah? Audi A4 Cabriolet itu saja cukup untuk buat dia rasa "kecil hati.." Menyesalkan dia kerana bersetuju.Hanya kerana bantuan Tan Sri Idris yang menyelesaikan segala hutang-hutangnya,dia rela menjadikan dirinya umpama bidan terjun dalam majlis yang bukan "miliknya". Perkara sudah berlaku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya...Tiba-tiba dia mengingati segala yang bermula dalam riwayat antara dia dan Hannah Mariam...

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...