Suami Yang Kubenci 14

50.9K 1.7K 19
                                        

"Apa tengok-tengok?.." Hannah menjeling Uwais yang duduk di sofa.Entah bila Uwais ada kat biliknya itu dia pun tak perasan.

"Siapa tengok awak..saya tengok pintu bilik air tu.." Uwais tersengeh-sengeh.Dia menahan ketawa.Tapi perutnya memang dah senak menahan ketawa dan meledak juga akhirnya.

"Jangan ketawa boleh tak? lucu sangat ke? awak ingat benda ni kelakar?" Hannah masuk semula ke dalam bilik air bila masih tidak berpuas hati dengan tangannya yang baru dicuci.

"Memang kelakar pun..kalah peserta raja lawak...Hannah,orang lain pun makan petai dengan tempoyak jugak tau tapi takdelah gosok gigi sampai tiga empat kali..agaknya,satu botol listerine tu habis awak guna.Dah tu, saya tengok dari tadi awak keluar masuk bilik air tu...tak bersih lagi ke tangan awak tu?"

Hannah tak menjawab.Dia mengambil losyen tangannya.Segera dilumur losyen itu untuk menghilangkan bau tempoyak.Semua Uwais punya kerjalah ni...ada ke mintak aku makan sambal tempoyak dengan sambal petai udang tu? aku tengok dia tak makan pulak? memang kalau tak sebab mak dia ada...memang takdenya aku nak makan..scary!!! Biasanya dia makan pakai sudu dan garfu tapi nak memantapkan lakonan punya pasal.Terpaksalah makan pakai tangan,nanti apa pulak Mak mertua dia fikir? menantu tak tahu adab orang Melayu..

Yang Uwais ni pun satu,depan mak dia bukan main lagi...siap bercerita pasal khasiat petai,ubat kencing manis la..darah tinggi lah...aku kalau dah bertengkar dengan lelaki menyakitkan hati macam ni,makanlah 100 jenis ulam pun,confirmed dapat jugak penyakit darah tinggi...suka sangat sakitkan hati aku kenapa? dari hari pertama jumpa lagi memang dah buat aku geram.Belum aku ingat pasal kes kat gerai burger dia dulu..yang tulah paling aku bengang sampai hari ni melekat sangat rasa menyampah dan benci aku kat dia ni..

Suasana sepi.Mereka saling berpandangan.Uwais garu telinga.Sebenarnya tak tahu nak buat apa.Bila dia nak beritahu aku kena tidur dekat mana ni? ingat senang ke nak duduk satu bilik dengan orang yang tak sukakan kita...dah tu, dengan orang cantik pulak tu...yang paling aku cuak..halal pulak tu untuk aku..

Hannah mengerut dahi bila lihat Uwais macam tak senang duduk aja.Kejap menguis-nguis janggut sejemputnya.Kejap bermain-main dengan jarinya.Apasal pulak dia ni..menggelabah aja,takkan malu kut nak duduk sebilik dengan aku...patutnya,aku yang menggelabah..ini dia pulak lebih-lebih..

"Awak nak tidur kat situ ke? tanya Hannah.Dia menanggalkan ikatan rambutnya.Kemudian dibelek wajahnya di cermin.Dia senyum bila dari dalam cermin,Uwais terkebil-kebil merenung sofa.Padan muka...tadi kau kenakan aku kan? hah..sekarang,giliran aku pulak..

"Hah? emm..ya kut.."Jawab Uwais.Hampeh...ada ke aku tidur kat atas sofa ni? ingat badan aku ni robot ke apa?

"Eloklah, saya pun dah mengantuk ni...nanti,jangan tutup lampu pulak" Hannah berpura-pura menguap.

"Kalau iya pun bagilah saya bantal dengan selimut...bilik awak ni dah la sejuk ..silap-silap pagi esok saya mati beku kat dalam bilik ni.." Uwais tak puas hati.Ewah..selamba aja kau nak tidur erk? tak prihatin langsung kat suami mithali kau ni..hari ni aku dah masak,kurang-kurang pun bagilah keselesaan sikit.Mujurlah aku ni kahwin dengan kau pasal jadi bidan terjun Hannah.Kalau aku ni kaya macam kau...sepuluh kali aku fikir nak masuk meminang ...muka aja cantik,tapi ego.Tutup lampu konon..buruk sangka dengan akulah tu..ada ke tidur dalam terang? pelik punya perangailah dia ni..

"Nak bantal? opss..sorry, bantal saya hak privacy..mana boleh bagi kat awak..kalau nak,pergilah mintak kat mak awak tu?" Hannah senyum mengejek.Ditepuk-tepuk bantalnya.Bersedia untuk tidur.

Uwais bangun dari sofa.Ni yang buat aku nak bertindak di luar jangkaan ni...kalau aku buat perangai dajal kang kau jugak yang menyesal Hannah..

"Okey? saya pergi mintak..saya nak cakap.. mak nak bantal sebiji pasal isteri saya tak nak kasi bantal dia..lagipun dia suruh saya tidur atas sofa.." Uwais sudah menuju ke arah pintu.

"Uwais!!" Hannah segera menarik baju tidur Uwais.

"Awak ni kan...macam budak-budaklah..sikit-sikit nak mengadu kat mak.."

"Argghh!! saya tak kira...biar mak saya tahu yang awak sebenarnya berlakon je..bukan awak sayang saya pun.." Uwais menepis tangan Hannah.Dia bersedia memulas tombol pintu.Bukan betul pun..buat-buat aja..

"Ieee...janganlah! degillah dia ni..."Hannah menarik lengan Uwais pula.Takkan dia nak biar Uwais buat perkara yang bakal menjatuhkan airmukanya.Kalau mak mertuanya tahu yang mereka tak pernah hidup macam suami isteri sebenar..dan kalau sampai pulak ke pengetahuan Tuk Ayah..maka akan tamatlah riwayat hidupnya sebagai CEO syarikat..silap-silap satu sen harta pun dia tak dapat..

Tuk! Tuk!Tuk!

ketukan kedengaran dari luar.Mereka saling berpandangan.

"Mak?" serentak pula mereka meneka.Siapa lagi yang ada dalam rumah tu selain mereka bertiga?

"Uwais?..kamu dah tidur ke?" terdengar suara maknya di luar.Uwais mahu memulas tombol pintu tapi dihalang Hannah.

"Kenapa ni? kan mak kat luar tu? marah Uwais.

"Saya tahulah..tapi..kejap.."Hannah spontan memegang butang baju Uwais.Dibukanya butang baju itu satu persatu hingga menampakkan dada bidang Uwais.

"Eh, apa awak buat ni? Uwais terkejut.Malu pun ada...apsal dia buka baju aku ni? biar betul dia ni..

"Diamlah..banyak bunyilah awak ni...tak payah nak buat malulah..bukan saya nak buat apa-apa pun.." Hannah kemudian menggosok rambut Uwais hingga sedikit kusut.

"Hah..sekarang,barulah awak buka pintu.." Hannah kembali ke katil.Dia mengisyaratkan Uwais membuka pintu.Apa kenalah dengan dia ni?Uwais membuka pintu sambil membetulkan butang bajunya.

"Ada apa mak?" tanya Uwais.Sarimah terlongo melihat keadaan
anaknya.Alahai...salah masa ke aku ni?

"Mak minta maaflah..."

"Minta maaf apa pulak mak? Uwais pelik.Dia dia membetulkan rambutnya yang kusut.

"Iyalah..kacau kau tengah berdua dengan isteri kau tu..mak Cuma nak hantarkan ni..handset kau ni tertinggal kat meja makan tadi.."

"Oh..terima kasih mak.."

"Hmm..sama-sama...mak lupa pulak yang korang berdua ni masih pengantin baru...hai,kalau macam ni..cepatlah mak dapat cucu" usik Sarimah sebelum berlalu pergi.

Uwais menutup pintu.Kenapalah aku lambat faham? ini rupanya tujuan dia? supaya mak aku percaya yang dia memang jalankan tanggungjawab sebagai isteri?.

"Mak nak apa? tanya Hannah yang duduk di atas katil sambil memeriksa PDA.

"Takde apa...awak memang pandai gunakan saya kan? patutlah beriya sangat buka baju saya tadi" Uwais berdiri di tepi katil.

"Awak cakap apa ni? saya tak faham.." Hannah buat-buat tak tahu.Bingo! tak payah aku nak mainkan watak lebih-lebih.Uwais aja dah cukup...gembira kerana ideanya tadi menjadi.

"Tak faham? biar saya fahamkan..tadi,awak nak mak fikir yang kita tadi tengah..."Uwais mendekat.Matanya direnung tajam pada Hannah.
"Tengah apa?" Hannah kaget.Uwais makin rapat.Dia mula berdebar-debar.PDA di tangannya terlepas bila Uwais sudahpun duduk disebelahnya.
"Betul awak tak faham? Bisik Uwais.Hannah tak berkelip mata . Mata mereka saling merenung.Tangan Uwais sudah berada di belakang tubuhnya.Seolah-olah lelaki itu mahu memeluknya.

"Saya pun tak faham..."Uwais ketawa.Dia segera mencapai bantal di belakang Hannah.Berdiri semula dengan lagak selamba.

"Yang saya tahu,saya nak pinjam bantal ni...kalau tak,saya mengadu dengan mak saya.."Uwais segera bangun dan berlalu ke sofa.Hannah ketap bibir.Ieee..mati-mati aku ingat dia nak buat apa-apa kat aku tadi..suspen ajalah! nasib baik tak tercabut jantung aku..

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang