Suami Yang Kubenci 34

60.6K 2K 113
                                    

Pagi itu Uwais sudah bersiap awal untuk ke sekolah.Tujuan bersiap awal bukan untuk ke sekolah sangat pun tapi dia nak tumpang Abang Din yang akan singgah untuk mengambil Anis di rumah maknya.Memandangkan kura-kura comelnya rosak lagi,terpaksalah dia ambil motorsikal di rumah
maknya.Bukan terpaksa tapi bersyukur sebenarnya.Elok juga mini cooper itu rosak,adalah dia alasan nak menyinggah ke rumah maknya itu.

Di meja makan,Uwais hanya nampak Mastura dan Putera sedang sarapan.Lega sebab dia tak nampak Fawaz di situ. Huh..mesti dia tidur lagi ni.. elok juga,menyemak aja kat dapur ni, buat spoil selera aku
aja..Ahhh,memang takde selera pun..Hannah takde macamana nak makan?
kenapalah Hannah tak jawab call aku? tak rindu ke sayang kat abang? sampai hati dera perasaan abang macam ni.

"Abang Long... kenapa tengok mee goreng tu macam tu? tak nak makan ke?" Mastura menegur bila melihat abang iparnya itu sekadar merenung mee goreng di hadapannya.Uwais geleng.

"Takde seleralah.."jawapan itu buat Putera ketawa.

"Itulah, lain kali cakaplah lagi masakan Along tak sedap,kan dah kena..."

"Mana Putera tahu Along merajuk pasal tu?"

"Abang Long, kitorang ni pun ada wartawan peribadi tau.."

"Ini mesti Anis yang cakap kan? tak adil betul! apasal korang semua berpakat nak kenakan abang ni? Anis pun sama..Abang call dia nak cakap dengan Along korang tu,bukan main lagi dia..mengantuklah..jangan kacau dia nak study la..bergossip dengan korang boleh pulak ya?"

"Bukan Putera Abang Long..ni, Angah yang bergossip dengan Kak Anis malam tadi..Putera Cuma skodeng dengar je.."

"Ewah..banyaklah kau punya skodeng..kau pun sama aja, siapa yang call berbual dengan Along malam tadi? kau kan?" marah Mastura pada Putera yang menyengeh.

"Sudah..tak payah nak bergaduh depan rezeki.." Uwais menggeleng.Elok sangatlah, dengan mak,adik-adik aku ni..semua sebelahkan Hannah,aku ni siapa nak sokong?

"Putera...abang Fawaz ada tanya pasal Along tak?"

"Tak ada,kenapa?"

"Nanti kalau dia tanya,korang cakap tak tahu ya? kalau dia minta nombor telefon Along pun korang jangan bagi tau.."

"Kenapa pulak?"

"Jangan banyak tanyalah..cepat makan tu,Abang Din dah lama tunggu agaknya tu"

"Kita tak pergi dengan kereta abang Long ke?"

"Kereta abang rosak..." Uwais bangun.Dia hanya menghabiskan secawan teh dan memang tiada hati untuk bersarapan lagi.Bila dia sampai di anak tangga berhampiran ruang tamu,dia bertembung dengan Fawaz. Ya Allah... jumpa jugak aku dengan dia ni..

"Kau nak pergi sekolah ke?" tanya Fawaz yang hanya berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan.Tengok pada muka memang sah tak mandi lagi..

"Dah tu, takkan aku nak pergi masjid pulak..subuh dah lama habis" Ada sedikit sindiran dengan jawapan itu.Fawaz menguap beberapa kali.Dia memandang Uwais bersahaja.Nak perli aku tak solat subuhlah tu,perasan kau tu ustaz ke?

"Bukan kereta buruk kau tu rosak ke?" Fawaz mendekati Uwais yang sedang menyarung kasut.

"Kalau rosak kenapa? tak payah pergi kerja?"

"Marahlah pulak... " Fawaz ketawa mengejek.Suka betul dia dapat buat Uwais bengang pagi-pagi begitu.

"Semalam kau cakap Hannah pergi Afrika, betul ke?" tanyanya lagi.

"Nak percaya ke tak..itu abang Fawaz punya pasal..saya nak pergi kerja.." Uwais nampak sangat tidak mahu melayan soalannya.

"Elleh...sombong kau ya? ingat aku bodoh nak percaya? kalau nak tipu,tipu orang mati..orang hidup ada otaklah boleh fikir.."

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now