"You..idiot!!!"Balingan teddy bear ke arahnya berjaya ditangkap Uwais. Dia mengangkat kening double jerk dan ketawa kerana dia memang sudah mengagak Hannah pasti akan membaling sesuatu sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik.Ada beli barang konon...ingat aku tak tahu tektik kau tu?
Hannah semakin geram.Dia membaling kesemua teddy bear di atas katilnya.Uwais pula tetap dapat menyambutnya dan dijatuhkan ke lantai.Hannah tak puas hati.Tinggal teddy bear gergasi saja yang belum dibalingnya.
"Larat ke nak baling yang tu?" ejek Uwais.Hannah spontan mencapai jam loceng di atas meja tepi katil.
"Okey..okey..stop! " Uwais tak mahu ambil risiko.Kalau kena kepala maunya berlubang nanti..
"Apsal pulak? yang ni tak nak sambut ke?"
"Tak naklah yang tu..bahaya!.." Uwais geleng.Hannah meletakkan semula jam loceng.Tahu pun takut...
"Yang awak nak mengamuk sangat ni kenapa?"
"Sebab apa awak tanya? apsal awak pandai-pandai sangat beritahu mak yang saya pandai masak sambal udang petai tu hah? marah Hannah.
"Apalah awak ni,pasal memasak pun nak mengamuk ke? nampak macam perfect sangat,tapi..takdelah hebat mana pun..." ayat yang dihujung itu disebut perlahan.
"Apa awak cakap?"
"Takde apa...." Uwais mengutip teddy bear yang bersepah di lantai.
"Now what? saya memang tak tahu nak masal sambal udang tu, awak yang pandai berbohong saya pulak yang jadi mangsa...awak memang pandai ambil kesempatan nak balas dendam kan.." Hannah duduk di birai katil.Dia menanggalkan subang di telinganya.Uwais pula duduk di sofa sambil bermain dengan teddy bear yang dikutip.
"Awak dengar tak ni? bila saya cakap..boleh tak awak fokus..saya menyampah tau tengok muka selamba awak tu...menyakitkan hati...awak tak rasa bersalah ke?"
"Tak pun..." Uwais menggeleng.Hannah ketap bibir.Menyesal pulak aku tak baling jam loceng tu tadi,biar betul skit otak dia tu...
"Saya penat balik kerja,awak suka-suka aja kenakan saya...sekarang ni puaslah hati awak kan dapat malukan saya depan mak awak? " Hannah rasa macam nak menangis bila membayangkan betapa malunya dia depan mak mertuanya nanti sebab dia memang tak pandai memasak sangat pun..nak pulak masakan kampung tu..
"Kalau tak tahu,tanya...kalau tak pandai,belajar...susah sangat ke?" Mereka saling berpandangan.
"Amboi...sedapnya bercakap? saya nak tanya siapa? saya nak belajar dengan siapa? mak awak tu? dah tentulah nanti dia tahu yang saya ni tak pandai.."
"Huh..kalau dah memang tak pandai buat apa nak malu? mengaku ajalah...masalah awak ni bukan sebab tak pandai tapi penyakit "bodoh sombong" awak tu.."
"Awak jangan melampau ya? jangan ingat mak awak ada kat sini,awak boleh ambil peluang nak kenakan saya.." Hannah mula naik angin semula.Dia sudah bangun dan mencekak pinggang.Pantang betul kalau orang panggil dia bodoh.
Uwais tetap tenang.Susah betul nak sekolahkan dia ni...baru provoke sikit dah melenting.
"Saya minta maaf...cubalah cool Hannah,ini asyik nak mengamuk aja..nanti dapat sakit darah tinggi tau..silap-silap kena strok.."
"Awak yang mula dulu.." Hannah sedikit tenang bila Uwais meminta maaf.
"Macam ni, saya boleh ajar awak.." beritahu Uwais.Hannah tiba-tiba ketawa,beriya benar ketawanya sampai berair mata.Uwais kerut dahi..aku salah cakap ke?
"Apa yang lucu sangat..." Uwais senyum bila melihat gelagat Hannah.Bukan apa,tak pernah pulak dia tengok Hannah suka sangat macam tu...biasa tu mukanya kalau nak senyum pun susah inikan pulak ketawa macam tu.
"Awak nak ajar saya? saya ni nak belajar masak sambal udang petai..bukan nak belajar buat burger..." Hannah masih lagi ketawa.Nak ajar aku konon...
"Eh,awak jangan pandang rendah dengan saya ya? memanglah saya ni penjual burger aja..tapi saya tahu buat kerja-kerja dapur ni,kalau setakat nak memasak sambal macam tu,apalah sangat..bukan macam awak,nama aja CEO..memasak pun tak pandai,inilah dia perempuan sekarang,bangga sangat dengan jawatan tinggi tapi kualiti jadi isteri zero..."Hannah berhenti ketawa.Terasa juga dengan sindiran itu.Nak marah kang memang betul pun tapi mana boleh biar dia berlagak sangat dengan aku macam ni..
"Diamlah...saya tak suruh pun awak jadi juri nak komplen itu ini.." balas Hannah.
"Saya tunggu awak di dapur..cepat sikit mandi tu, jangan nak biar saya pulak buat kerja kat dapur tu..kalau mak nampak nanti apa pulak dia cakap,isteri biar suami memasak kat dapur.." Uwais bangun dari sofa.Dia masih memegang teddy bear Hannah.
"Orang tahulah! bising aja..membebel macam orang perempuan.." Hannah rasa sebal bila tak henti-henti disindir dan dia tiada idea untuk membalas.Hannah menuju ke almari untuk mengambil tuala.
"Hannah.." bila Uwias memanggil dia berpaling dan..
Buk! teddy bear yang dibaling Uwais tepat mengenai mukanya.Kali ini Uwais pula yang ketawa dan terus keluar dari bilik itu macam lipas kudung.
"Uwais!!!!..." Hannah tak sempat nak membalas balingan itu.Geramnya aku...siaplah kau nanti,aku dapat...aku lumat-lumatkan macam sambal!
Hannah mengambil teddy bear di lantai.Dia tersenyum bila teringatkan perlakuan Uwais tadi.Kenakalan Uwais sebenarnya buat hari-harinya tidak membosankan.Sekalipun bertengkar,ada sesuatu yang dia rasakan..seolah-olah kalau sehari dia tak bertikam lidah dengan lelaki itu,macam tak lengkap pula rasanya..orang kata..kalau kita benci sangat..lama-lama jadi cinta..ya ke? biar betul..aku dengan Uwais,bercinta? tak kut...cepat-cepat dia menggeleng.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Yang Kubenci ©
Romance"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil...