Suami Yang Kubenci 20

53.4K 1.8K 45
                                    

"Dah pukul berapa ya?" Uwais meraih pergelangan tangan Hannah.Dia melihat jam tangan Rolex yang dipakai Hannah sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Ketika itu mereka berdua sudah sampai di depan rumah.Entah kenapa Uwais rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Seperti ada kerja yang dia lupa nak buat..

"10.30? alamak..saya sepatutnya ambil Anis kat sekolah ni...malam tadi dia mesej bas sekolah sampai dari KL pukul 10.00 pagi..." Uwais baru teringat.Adoilah...dating dengan Hannah punya pasal kan aku dah terlupakan Anis...mesti dia dah lama tunggu.Handset dah la tak bawa tadi..

"Macamana awak boleh lupa ni? kasihan kat Anis,kalau saya memang tak suka kalau orang buat saya tunggu..nak pulak yang tak menepati waktu.." sempat pulak dia kena bebel dengan Hannah.Baru saja Uwais nak melangkah masuk ke dalam rumah,sebuah kereta Myvi putih muncul dan berhenti berhampiran pokok jambu di halaman rumah.

"Siapa tu awak?" Tanya Hannah.

"Itu macam kereta Batrisya..." jawab Uwais.Dia melihat Anis keluar dari perut kereta bersama 2 orang lagi perempuan dan seorang remaja lelaki.

"Itu kan Anis..dan adik-adik awak?" Uwais segera mendapatkan mereka.Hannah meletakkan botol kaca yang dibawanya tadi di atas pangkin.

"Assalamualaikum..." Anis memberi salam.Dia berjalan beriringan dengan Cikgu Batrisya.Sementara Mastura dan Baihaqi mendapatkan kakak mereka..

"Waalaikumussalam..." jawab Uwais.

"Abang...kenapa tak datang ambil Anis..Kawan lain semua dah balik,nasib baik ada Mastura dengan Putera temankan...dan kebetulan pulak Cikgu Batrisya ada kelas tambahan kat sekolah tadi.."

"Abang terlupa...terima kasih ya Sya...menyusahkan Sya aja kena hantar diorang ni balik.." Uwais lega bila adik-adiknya itu selamat sampai di rumah.

"Perkara kecil aja..lagipun rumah Sya dengan rumah abang ni sebelah menyebelah ..bukan Sya kena pergi ke tempat lain pun.." Cikgu Batrisya membalas senyuman Uwais.

"Haah Abang Long...penat tau kitorang tunggu..nasib baik Cikgu ajak kitorang tumpang.."sampuk Putera.

"Kenapa korang berdua tunggu Abang Uwais jugak? takkan Abang Din tak datang ambil, eh...apsal korang berdua pergi KL tak cakap kat Along? Hannah bertanya kerana dia langsung tidak tahu kedua adiknya itu turut mengikuti program motivasi yang disertai Anis.Sesekali matanya mengerling Cikgu Batrisya yang berdiri berhampiran Uwais.Cikgu ni dah hantar adik-adik aku balik tak reti-reti nak balik rumah sendiri pulak ke? takkan nak melekat kat sini pulak kut...siap berbalas senyum dengan suami aku pulak..

"Alah...relekslah Along,Tuk Ayah dah bagi kebenaran...kitorang pergilah..sepatutnya memang abang Din ambil kitorang tapi Anis cakap abang Long nak datang ambil,lagipun elok jugak kitorang datang sini..dapat jumpa Along..nak harapkan Along balik rumah Tuk Ayah? hmmm...sebulan sekali.."jawab Putera.Dia duduk di pangkin tapi matanya terpandang pula botol kaca berisi ikan laga di situ.Mahu diambilnya tapi spontan ditepis oleh Hannah.Terlongo sekejap Putera..sejak bila pulak Along ni suka bela ikan? bukan dia geli dengan benda hanyir ke?

"Mana dapat ikan ni Along ?..comellah.." tanya Putera.

"Cantik!" Mastura turut memerhatikan ikan laga itu.

"Iyalah...ekor warna ungu ni susah nak dapat..." Anis mengambil botol itu dan dibeleknya.Kemudian ditunjukkan pada Cikgu Batrisya.Hannah hanya memerhati.Suka hati aja tayang ikan aku tu kat Cikgu yang tak reti nak balik rumah ni erk?

"Ini mesti abang Uwais yang tangguk kat belakang rumah kan? hmmm...berkubang dalam tali air macam zaman sekolah dulu ya?" Cikgu Batrisya meneka.

"Haah..tadi abang bawa Hannah pergi sana.." Uwais angguk kemudian duduk di sebelah Putera.

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now