Suami Yang Kubenci 11

52.4K 1.6K 21
                                        


Uwais melewati setiap ruang bilik yang luas itu.Setiap material yang terdapat didalamnya daripada perabut hinggalah kepada aksasori yang dimiliki Hannah semuanya yang terbaik.Ini dah macam bilik hotel high class,memang tinggi citarasa dia ni...patutlah orang macam aku pun tak dipandangnya.

Uwais merenung seketika lukisan abstrak yang digantung di dinding bilik tidur itu.Agaknya,nilai lukisan itu saja menyamai setahun pendapatannya sebagai penjual burger.Uwais tak mahu terus membelek setiap ruang di bilik itu,dia tidak mempunya banyak masa untuk berkemas.Mujurlah dia tak bawa banyak baju sewaktu berpindah ke rumah itu.Dia membuka Almari pakaian yang sepanjang 4 meter itu.

"Mak Aih...banyaknya baju dia?" dia kaget melihat pakaian-pakaian yang terdapat dalam almari itu.Uwais menarik slide pintu sebelah kanan.Hanya ada sepasang three piece sut bewarna hitam dan berjalur.Dia teringat pakaian itu yang pernah disuruh pakai oleh Hannah.Pakaian itu dibeli dari sebuah butik.Dia tidak mahu menerimanya kerana dia sedar,dia bukan siapa-siapa pun untuk memakai pakaian mahal itu.

"Agaknya,inilah tempatnya kut..'Uwais tanpa berlengah menggatung semua pakaiannya di situ dan meletakkan beberapa barangan peribadinya.Dia menyusun dengan rapi supaya tidak bercampur dengan barangan Hannah.
Setelah selesai,dia mahu segera keluar.Sempat matanya memandang ke arah katil yang bersaiz King .Terdapat pelbagai jenis teddy bear sampaikan yang bersaiz sebesar manusia pun ada..

"Hmm..teddy bear ni lagi untung daripada aku..agak-agaknya kat manalah tempat aku tidur malam ni,kalau tak atas lantai mesti atas sofa tu.."Uwais mengomel sendirian.Macamanalah dia nak tinggal dengan Hannah dalam bilik besar itu nanti.Sudahlah orang tak suka,terpaksa pulak menumpang..nasib kaulah Uwais..Dia menggeleng memikirkan rumahtangganya itu.

Uwais rasa terkilan sebenarnya.Tak pernah dia menipu maknya tapi sekarang kerana Hannah yang nak menjaga kepentingannya dia sudah mula terjebak sekali dengan lakonan Hannah.Sepatutnya,dia menasihati Hannah supaya tidak berbuat begitu tapi kalau dia luahkan pandangannya itu tentu Hannah akan fikir dia sedang cuba mengatur kehidupannya.

Umpama menarik rambut dalam tepung,dia terpaksa mengikut saja rentak Hannah buat masa ini..bila peluangnya datang,dia akan pastikan Hannah sendiri akan datang padanya tanpa paksaan.Sekeras manapun hati perempuan,pada lelaki juga tempat berpaut..Allah menciptakan manusia itu berpasangan.Dia percaya,Hannah masih punya perasaan lembut di hatinya,yang keras itu hanya egonya saja dan mungkin juga kerana cara hidup Hannah yang sentiasa sempurna maka dia mahukan yang terbaik.Teruk sangat ke aku ni? nak kata tak handsome,aku rasa boleh tahanlah jugak..Cuma tak kaya aja Hannah oi..tapi, takkanlah sebab tu aku takde peluang langsung, rezeki masing-masing kan..manalah tahu, satu hari aku jadi jutawan burger ke? tak pun,permohonan KPLI yang dia mintak sampai kali yang ketiga itu akhirnya berjaya..bersuamikan Cikgu tu..takkan tak naik taraf lagi kut..Uwais senyum sendirian sambil keluar dari bilik.Sempat pulak pasang angan-angan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pukul 6.30 petang Hannah tiba di rumah.Dia segera keluar dari perut kereta Audi miliknya.Di garaj dia nampak Mini Cooper hijau sudah tersadai di situ.Tiba-tiba dia rasa berdebar-debar.Dalam rumahnya itu sudah tentu ibu mertuanya sudah menanti.Apalah yang aku nak buat ya? dia memikirkan babak seterusnya yang perlu dilakonkan.Sebenarnya,dia bukanlah berlakon sepenuhnya.Memang dia berniat untuk melayani ibu mertuanya dengan baik.Sebagai seorang yang lebih muda,dia menghormati mak Uwais sebagai orang yang lebih tua.Lagipun, dia sudah lama tidak mempunyai seseorang yang bergelar ibu.Mamanya sudah bertahun meninggal dunia.Tidak salah kalau dia mendekati ibu mertuanya itu,kalau dia tak suka Uwais pun,takde sebab pula untuk dia membenci wanita itu.

"Assalamualaikum..."dia memberi salam sebaik masuk.Memang sudah dijangkan,mak mertuanya itu sedang duduk berbual dengan Uwais di ruang tamu.Barangkali tidak perasan kepulangannya.

"Waalaikumussalam...hah,menantu mak dah balik rupanya..." sapa Sarimah.Dia segera bangun dan memeluk serta mencium Hannah.

"Maaflah mak ya,Hannah lambat..biasalah,jalan sesak.." Hannah mengukir senyum sambil matanya melingas ke arah Uwais yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Abang...tadi abang kemas tak bilik untuk mak? sorrylah...Hannah tak sempat nak buat semua tu.." dia duduk di sebelah Uwais,diraih tangan kasar Uwais dan disalaminya.Uwais terkedu lagi...aku kalau tengok lakonan dia ni,memang tak boleh blah,sebijik isteri mithali..tangan aku pun dia sanggup cium? tangan buat burger ni Hannah...mana ada standart..direnung Hannah dengan senyuman terukir.Okey! nak berlakon sangat kan? aku pun terror apa....Cuma malas aja nak join rancangan pilih kasih tu..kalau tak,Rosyam Nor pun menangis tengok..

"Dah sayang....abang ni kalau bab mengemas,bukan setakat bilik aja..bilik air,bilik stor..semua abang cuci bersih.Iyalah,isteri abang ni kan busy..." Uwais sengeh.Hah,macamana? kan aku dah agak..mesti merah muka dia..nak marahlah tu sebab aku sindir dia..

"Iya? untungnya Hannah dapat suami rajin macam ni,kan mak? bukan senang nak dapat yang rajin macam abang ni.."Hannah senyum terpaksa.Ewah..lebih-lebih pulak kau ya? mentang-mentanglah mak mak dia ada...

"Rajin saja dibuatlah tu,kalau di rumah mak..bersuruh dulu baru nak buat Hannah..."Uwais terpaksa menadah telinga mendengar ketawa Hannah bila langsung tak mendapat pujian daripada emaknya.Apalah mak ni,saja nak pecah lubang.Baru nak tunjuk eksyen...

"Mak rehatlah ya,Hannah nak ke bilik nak bersihkan diri..."Hannah sudah mahu bangun.

"A..ah mak...rehat ajalah,bukan selalu mak datang sini..baru first time kan?"

"Nak rehat apanya,mak nak ke dapur nak masak makan malam..dah lewat ni,kejap lagi dah nak maghrib.." Sarimah membantah.

"Takpe mak...yang itu biar isteri saya yang uruskan..dia memang mahir dalam bab-bab kerja dapur ni mak..bukan setakat jadi CEO di pejabat,jadi chef pun boleh mak.."

"Lah..kan Hannah ni baru balik? penat lagi.." Sarimah kasihan pula pada menantunya itu.

"Emm..takpelah mak..nanti abang boleh tolong.." jawab Hannah.Dalam hatinya nak aja dicili-cili mulut Uwais yang pandai-pandai buat pengakuan palsu.Bila masa aku pandai buat kerja dapur? memang saja nak kenakan aku.

"Hah! mak dengar tu? jangan bimbang mak..Hannah ni memang terror memasak mak...lauk kampung paling dia pandai mak..apa kata malam ni kita makan sambal petai udang dan kari ayam...mak ada bawa petai kan? pergh...mak tengoklah nanti.."

Hannah rasa macam nak terduduk saja atas sofa. Sambal petai udang? Argghhh!!! kau siap kejap lagi Uwais, aku sumbat-sumbat mulut kau dengan kulit petai tu nanti...memang tak sayang mulut dia ni..

"Ya ke? eh..tak sabarlah pulak mak nak rasa air tangan menantu mak ni..tak sangka,ingatkan Hannah tinggal lama di luar negara tu,pandai makan makanan orang putih aja.." Sarimah rasa gembira dengan kebolehan menantunya itu.Hannah rasa mukanya sudah terlalu ketat untuk tersenyum.Sudahlah penat,kena pulak memasak? kalau kari ayam tu aku boleh terima lagi..tapi nak masak sambal petai tu manalah aku tahu,makan pun aku tak pernah...nasib baiklah dia tak suruh aku masak asam tempoyak..
"Hah,abang dah lama tak makan sambal tempoyaklah sayang..nanti sayang buatkan ya? tadi kat rumah mak,abang dah petikkan cili padi.." Uwais makin menjadi-jadi.Suka betul dia tengok jelingan Hannah padanya.Hip-hip hoorey! itulah...selama ni kau tak pernah masakkan untuk aku kan? hah...baru kau tahu sekarang...

Uwais!!!! siaplah kau nanti...memang sengaja kan??

"sambal ya? berapa banyak sambal abang nak makan? tak elok tau makan banyak cili..tak baik untuk kesihatan.." Hannah menahan perasaan geramnya.

"Eh...takpe,abang dengan cili dah macam adik-beradik.."Uwais membalas dengan muka tak bersalahnya.

"Ada-ada ajalah kau ni Uwais,patutlah kau beriya sangat suruh mak bawa tempoyak tu.." sampuk Sarimah.

"Emmm...abang,tadi Hannah ada beli sesuatu untuk abang..."

"Beli apa? Uwais pelik.Aik? baik pulak nak belikan aku barang?

"Adalah...jomlah kita tengok kat bilik.."Hannah menarik tangan Uwais.

"Naik kejap ya mak..mak rehat tau.."sempat Hannah berpesan.Mak rehatlah sebab Hannah nak pergi "kerjakan" anak mak ni...I will kill him!!

-----maaf-----
Bab 11 juga disunting kerana kesilapan menaip disebabkan saya termasukkan sekali bab 10 di permulaan bab 11 ini.
Jika anda perasan akan kesilapan saya pada bab yang seterusnya,sila beri kerjasama kepada saya untuk memperbaikinya bagi keselesaan semua untuk membaca....

 Suami Yang Kubenci ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang