Suami Yang Kubenci 4

59.4K 1.8K 50
                                    

"Minta maaf puan Hannah,ada orang nak jumpa"Aisyah.Setiausahanya kelihatan seperti sedikit ketakutan .Gadis yang masih berdiri di muka pintu itu direnungnya tajam. Rasanya aku dah cakap yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni?

"Kan saya dah cakap,saya tak mahu diganggu.." Hannah menutup fail yang barus selesai di semak.Hari itu moodnya memang tidak begitu baik.Semuanya kerana panggilan yang dia terima daripada datuknya.

"Tapi,yang datang ni Tengku Muiz Puan...dia cakap kalau Puan tak nak jumpa,dia nak rempuh masuk bilik ni"

Sebaik saja mendengar nama Tengku Muiz,dia senyum sinis.Huh,berani lagi dia datang sini? memang tak tahu malu punya jantan..takde lain nak auta akulah tu...

"Okey,suruh dia masuk.."

Kurang dari satu minit.Tengku Muiz sudah muncul di hadapannya.Seperti kebiasaan yang dia lihat,lelaki itu sentiasa kelihatan kemas dengan sut Armani di tubuhnya.Kalau nak dibandingkan dengan Uwais.Memang bagai langit dengan bumi.Dia terbayangkan penampilan Uwais yang sentiasa memakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja.Uwais lebih santai sedangkan Tengku Muiz lebih kasual.Namun,dia teringatkan sesuatu yang dia pernah baca dalam sebuah buku..seorang lelaki itu dicintai bukan kerana dia tampan tapi dia kelihatan tampan kerana dia dicintai...maknanya,sekarang dia tidak lagi mencintai Tengku Muiz..sejak dari detik dia mendapat berita lelaki itu ditangkatp khalwat,dia sudah memutuskan,cintanya bukan lagi untuk lelaki ini...patutlah sekarang aku rasa semahal manapun baju yang kau pakai,kau tetap nampak tak handsome!

"Hai sayang..I fikir you dah tak nak jumpa I lagi.." sapaan Tg. Muiz tidak berbalas.Nak termuntah pulak bila mendengar gelaran sayang daripada orang yang telah menyebabkan dia menanggung malu pada keluarganya.

"You nak apa datang sini? I busy la..."

"Biasa tu,kalau I datang..you busy macamana pun you masih ada masa nak layan I kan?"

"Itu dulu Muiz...sekarang dah jadi luar biasa..you tahu kenapa? sebab sekarang I dah jadi isteri orang,takkan you dah lupa.."

"I tak lupa,memang you dah jadi isteri orang tapi I tahu you tak bahagia sayang...okey, pasal kes tangkap khalwat tu..Cuma salah faham aja,budak tu adik kawan I aja..I always love you Han..takkanlah I nak curang dengan you..percayalah"

"How sad story kan? kiranya you ni mangsa fitnah la erk? macam ni la Muiz..i tak peduli budak tu siapa..I pun takde hati nak dengar luahan cinta you pada I..nak buat macamana kan? benda dah jadi..tapi I nak betulkan statement you tadi..siapa cakap I tak bahagia? suka-suka hati you aja nak cakap I bahagia ke tidak.. for ur information, I bahagia dengan hidup I sekarang.." Hannah mengukir ceria. Keep ur smile Hannah..buktikan yang kau memang "bahagia"

"Dengan penjual burger tu? pleaselah Han...he is not your taste.." Tengku Muiz ketawa.Hannah menahan rasa geram.Benci betul dia melihat Tg. Muiz ketawa menyindirnya.

"Well..penjual burger pun,setidaknya takdelah buat maksiat dengan budak bawah umur.." Hannah menjawab.Ish...biar betul..aku baru puji Uwais ke tadi?Tawa Tg. Muiz mati.Hannah memandang sinis padanya.

"I rasa lebih baik you balik ajalah Muiz..better you pergi cari budak-budak sekolah yang boleh you bawa temankan you ke mana-mana.."

"You jangan nak berlagak happy depan I la Hannah..i know you..you takkan sanggup hidup dengan lelaki miskin macam tu..selama ni,you sukakan I sebab kedudukan I kan? bukannya you cintakan I sangat pun.." Tengku Muiz melepaskan geram.Kenapa Hannah semudah itu melupakannya sedangkan selama ni Hannahlah yang begitu memberi perhatian padanya.Dah tak cintakah lagi Hannha padanya,semudah itu dia dilupakan? dia fikir,kalau dia buat apapun,Hannah masih mahu mengejarnya.

"Okey,eloklah kalau you dah tahu...buat apa I nak cintakan sangat lelaki macam you ni? tak berbaloi pun,kalau setakat kaya...harta keluarga I lebih daripada apa yang you ada, selama ni I fikir,you ni lelaki baik-baik..maklum ajalah,keturunan bangsawan kan? tapi I tak tahu pulak citarasa you dengan budak bawah umur..uhf..sorrylah,I dah takde hati dengan you..."

 Suami Yang Kubenci ©Where stories live. Discover now