Anis memandang kearah Fikri yang masuk kedalam restaurant yang ada di hotel tersebut.
"jom"kata Fikri.
"kau dah nak balik ke?"tanya Anis.
Fikri memandang kearah Anis.
"aku takda masa.. Lepasni aku nak jumpa client aku"kata Fikri lalu berjalan laju dari Anis..
"tunggu!"kata Anis lalu berlari kearah Fikri.
Fikri hanya memekakkan telinganya. Dia hanya menonong berjalan keluar dari Hotel tersebut.
Dia lantas mendekati kereta BMW yang cantik diparkir dihadapan Hotel tersebut.
"masuk cepat"kata Fikri.
Anis hanya akur dia lantas masuk kedalam kereta.
Selepas mereka berdua masuk kedalam kereta. Fikri lantas berlalu dari Hotel tersebut.
"kau dah kenapa terburu buru macam kena kejar dengan Ah long?"tanya Anis.
Fikri hanya senyap membisu, dia hanya fokus pada pemanduannya.
Mata Anis terus membulat disertakan sekali dengan cara pernafasan terkejut. Membuatkan Fikri menoleh kearah Anis dengan tatapan hairan.
"kau memang kena kejar dengan Ah long?! Aku dah agak dah... Aku sepatutnya bayar makanan aku tadi!!"kata Anis dengan nada risau.
"hah?!" kata Fikri. Mata Fikri sudah mula membulat.
"sekurangnya aku boleh bagi dana dekat hotel kau supaya boleh tolong kau bayar hutang hotel tu"kata Anis lalu memandang kearah Fikri.
"apa kau mengarut ni.. Aku tak hutang dengan Ah long lah"kata Fikri.
Anis tersentak.
"ta..ta...ta.. tapi.."kata Anis gagap.
"tapi apa? Kau ni...aku nak cepat sebab Mummy nak datang sana. Dia cakap dengan Trisya dia datang pukul 3 tapi tiba tiba tadi dia dah dekat lobby"kata Fikri.
"sapa pulak Trisya tu?"tanya Anis.
dia ingat aku kenal Trisya tu, main sebut jee!
"Assistant aku... Kau ada jumpa Mummy tak tadi?"tanya Fikri.
"takda pulak"kata Anis.
Fikri lantas memberhentikan keretanya ditepi jalan.
"fuh...nasib baik"kata Fikri lalu mula bertenang.
"jumpa Mummy je.. Kau punya reaction macam nak jumpa malaikat maut"kata Anis bersahaja.
Fikri menoleh.
"malaikat maut jangan sebut sebut eh... Mulut kau ni boleh tahan jugak"kata Fikri.
Dia meneruskan perjalananya.
"kenapa kau taknak jumpa Mummy?"tanya Anis.
"kalau dia kata nak jumpa aku sorang takpa tau.. And masalahnya,Aku tahu dia nak jumpa kau sekali"kata Fikri.
"jadi apa masalahnya?"tanya Anis.
"kau masih tak boleh dapat ke kalau Mummy nak jumpa kita?"tanya Fikri.
Anis mengeleng.
"kau nak ke habiskan masa kau dengan pergi honeymoon dengan aku?"tanya Fikri.
Anis lantas mengeleng.
"taknak"kata Anis.
"tahu pun..buat masa ni, rumah dengan hotel bukan tempat yang okay untuk mengelak jumpa Mummy jadi aku bawak kau pergi beli grocery."kata Fikri.
"asal kau tak beli grocery sebelum ni? Kau bukan dah lama duduk situ?"tanya Anis.
"kau harapkan apa huh? Aku sediakan semua keperluan kau untuk sambut kedatangan kau?"tanya Fikri.
Anis terdiam.
"how can kau tahu dia nak bawak kita pergi honeymoon?"kata Anis
"akal fikiran mummy tu memang kita takleh nak agak so I'm a little bit worry about that... "kata Fikri.
Sewaktu sampai sahaja di Jaya Grocer. Fikri yang laju sahaja langkahnya dipandang Anis.
Kalau boleh nak main lumba lari mamat ni. Mesti langkah tu laju sahaja..sekurangnya tolong lah aku tolak trolly ni.
"Fikri!"panggil Anis.
Fikri hanya memekakkan telinganya dia hanya berjalan tanpa memandang kearah Anis yang menolak trolly dibelakangnya.
Fikri memandang kearah Biskut yang menarik perhatiannya lantas tangannya mengambil biskut tersebut lalu memandang kearah Anis yang masih terkedek kedek mendekatinya.
"Cepatlah sikit! Aku nak letak barang ni"kata Fikri.
Kaki Anis terhenti untuk terus mendekati Fikri. Wajah Fikri yang hanya berlagak biasa itu dipandang dalam keadaan yang tidak puas hati
"kalau kau nak trolly kau ambiklah sendiri!!"kata Anis suaranya didengari pelanggan yang ada berdekatan mereka.
Fikri terus menjadi Kaku lalu memandang kearah pelanggan yang sedang memandangnya. Ada yang kaku dari terus mencari barang, ada yang hanya memandang dan ada yang sudah berkata kata sesama sendiri memandang kearahnya.
Terus dia mendekati Anis lalu trolly yang dipegang Anis tadi ditolak manakala tangan sebelahnya menarik tangan Anis dari terus tercegat di tempat tersebut.
"kau ni, tak malu ke orang tengok kau?"tanya Fikri.
"diorang tak pandang aku.. Tapi pandang kau"kata Anis.
"kau memang nak cari gaduh dengan aku ke?"tanya Fikri
" ha ah..asal? Tak puas hati?"tanya Anis tangan yang dipegang Fikri tadi ditarik olehnya.
Ayat tersebut dikeluarkan tanpa ragu ragu. Ah aku dah tak boleh berbaik dengan dia ni.... Lagi aku baik, lagi dipijak kepala aku.
Betul kata Aryana. Aku kena kuat dan pertahankan diri aku sendiri.. Kerana sekarang ini.. Yang mampu pertahankan diri aku hanyalah diri aku sendiri.
"okay, right now, aku taknak gaduh dengan kau tau."kata Fikri
"dah tu asal cari gaduh dulu"kata Anis lalu mencari barang yang ada di rak berdekatan.
"kau yang mulakan dulu ern?"kata Fikri
Tepung dan gula yang diambil tadi diletakkan didalan trolly.
"excuse me, siapa yang buat pekak bila aku panggil? Siapa yang tak reti ambik trolly sedangkan tahu barang banyak? Kau ern."kata Anis
"tak, aku ern yang nak bayar barang ni. Kau pun bertolak ansur lah sikit. Tolak trolly je pun"kata Fikri.
"amboi kau ingat kau anak raja pilih barang lepastu biar orang tolak trolly. Kalau setakat nak bayar barang ni.. Aku pun boleh bayar lah"kata Anis lalu mencari barang yang ingin dicarinya.
Fikri menyepetkan matanya memandang kearah Anis. Kecik besar kecik besar sahaja Anis pada pandangannya.
Terus trolly ditolak mendekati Anis.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...