~29~

64 3 0
                                    

Pintu rumah sewa mereka diketuk. Terus pintu tersebut dipandang Kun yang dari tadi menonton television. Tanpa menunggu lagi dia cepat cepat berlari kearah pintu. Walapun di rumah hanya semua perempuan tetapi mereka tetap memakai tudung, hanya dibilik masing masing sahaja mereka tidak memakai tudung.

"Fikri?"Kun melihat Fikri yang betul betul ada didepannya sekarang ini.

"Assalamualaikum.. Nak tanya? Kunissha ada tinggal kat sini tak? Dari tadi saya call, mesej dia tak reply.   Takut pulak kena culik budak pendek tu"kata Fikri lalu tersenyum sinis.

Mengecil mata Kun memandang kearah Fikri. Ehh dia ni besar kecik besar kecik je aku tengok dia ni.

"waalaikumussalam, Encik Fikri. Cik Kunissha ada dihadapan Encik Fikri sekarang ni.  Apa yang saya boleh bantu...nak hantar parcel ke?"kata Kun.

Terhambur tawa Fikri melihat Kun. Boleh pulak dia kata aku posmen.

"gelak pulak..."kata Kun.

"okay okay tak gelak. Okay Cik Kunissha.. Kenapa awak tak balas mesej dan angkat call saya?" tanya Fikri.

"phone saya dekat atas..awak ada apa cari saya ni?"tanya Kun.

"nak ajak awak keluar?"tanya Fikri.

"naik apa? Selalunya awak kata je kat mana.. Nanti saya pergi sendiri tapi harini siap datang rumah. Membazir duit grab je..kena bayar dua kali"kata Kun.

"saya tak naik grab lah"kata Fikri.

"jadi?"tanya Kun

"saya naik tu"kata Fikri lalu menunjuk kearah kereta BMW miliknya kearah Kun.

"bila masa awak bawak kereta tu?"tanya Kun lalu mendekati kereta Fikri yang elok diparkir dihadapan rumah.

"ni kereta Daddy... Saya tukar kereta Perdana saya dengan BMW ni jadi senanglah awak nak pergi Kampus. Tak payah naik Grab dah. Membazir je"kata Fikri.

"tapi saya tak suka menyusahkan awak...lagipun kereta ni Uncle Ben bagi awak pakai untuk mudahkan awak pergi balik Kampus bukan sebab nak jimatkan duit saya"kata Kun.

"awak kena biasakan semua benda ni.. Sebab nanti bila awak dah jadi milik saya...saya akan buat lebih lagi jadi awak kena biasakan semua ni"kata Fikri anak mata Kun dipandang dalam dalam.

"awak boleh jamin ke yang saya akan jadi milik awak,Fikri?...saya bukan apa, saya takut apa yang awak impikan tak jadi kenyataan"kata Kun.

Fikri menoleh memandang kearah Kun yang ada disebelahnya.

"kenapa cakap macamtu?"tanya Fikri.

"saya cuma takut. Saya lukakan hati awak dan benda yang awak impikan ni tak jadi kenyataan. Saya bukan satu satunya perempuan yang ada kat dalam dunia ni,Fikri. Manalah tahu milik awak tu bukan saya.. Tapi orang lain"kata Kun dia mula menoleh kearah lain.

Fikri hanya senyap membisu. Dia masih memandang kearah Kun. Lama kelamaan sebak mula menyelubungi diri. Jikalau bukan aku yang akan menjadi miliknya satu hari nanti...aku harap ada orang yang lebih sempurna untuk dia kerana kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku.

"dah lah... Awak pergilah bersiap. Saya tunggu"kata Fikri lalu mengulum senyumannya kearah Kun.

Kun menganguk.

"don't worry saya tak bersiap lama."kata Kun.

"okay"kata Fikri.

"10 minutes..tunggu tau! "kata Kun lalu berlari masuk kedalam rumah.

"okay, 10 minutes"kata Fikri lalu tersenyum kearah Kun.

Asy tersenyum memandang kearah Anis yang ada disebelahnya. Dari tadi mereka keluar. Asyraf hanya tersenyum senyum memandang kearah Anis.  Entah hantu apa yang rasuk mamat ni dari tadi senyum senyum.

CINTA TYPO Where stories live. Discover now