"Assalamualaikum~~~wahai adikku yang tak comel apatah lagi cantik" nyanyi Kak Aryana yang bertandang ke bilik Anis.
Anis yang sedang bersiap untuk ke Gym memandang kearah Aryana.
"amboi.. Datang datang je menyanyi. Menang jackpot ke?"tanya Anis.
"hoi! Hang ingat aku main mesin ka?"marah Kak Aryana sempat juga dia menampar lengan Anis.
"eyy sakitlah"kata Anis sambil mengosok gosok lengannya.
"kau nih cantik cantik nak pergi mana?"kata Aryana apabila melihat penampilan Anis dengan tudung selendangnya yang cantik terlilit dikepala. Simple tapi cantik.
"Cantik apa bendanya.. Sama je macam biasa. Sweater sama, muka sama, hidung sama"kata Anis.
"tudung tu.. Selalunya kau pakai tudung bawal ataupun tudung sarung pergi buang sampah tapi harini lain pulak"kata Aryana.
"Mak dah basuh tudung tudung tu.. Aku campak je kat dalam bakul tu, tak tahu pula harini laundry day"kata Anis.
"laundry day tu hari hari.. Kau je selalu tangguh"kata Aryana.
"eleh.. Bukan selalu"kata Anis.
"nanti sian lah Syah kau..kena pakai baju lain sebab bini dia asyik biar baju membusuk dalam bakul, tak basuh"kata Aryana.
"amboi..dah pergilah. Sibuk je kat sini"kata Anis.
"kalau Alang taknak"kata Aryana.
"ha duduk lah sini.. Anis nak pergi Gym dah"kata Anis lalu berlalu keluar dari biliknya.
"hati hati bawak motor"kata Aryana.
"ya.."kata Anis.
Latihan senaman tadi dilakukan dengan lancar.. Adanya Zirah sebagai teman telahpun membuatkan Anis senang walaupun Fikri ada datang untuk bersenam juga.
Mereka duduk sebentar setelah dekat sejam bersenam. Mereka semua kepenatan termasuk lah Anis dan juga Fikri.
"apa kata kita pergi pasar malam dekat bawah ni"kata Zirah lalu memandang kearah Anis dan juga Fikri.
"serious-la.. Lepas work out makan?"tanya Fikri.
"alah.. Sekali sekala je"kata Zirah lalu membuat muka comelnya kearah Fikri.
Fikri hanya mengendahkan gelagat Zirah lalu fokus pada telefonnya yang dipegangnya dari tadi.
"boleh lah, Syah? Sekali ni...je"kata Zirah lalu memandang kearah Syah.
"boleh.. Syah pun nak beli makanan juga lepasni"kata Syah.
"Anis kau ikut juga yea"kata Zirah
"ha aku ikut"kata Anis.
"Fikri?"kata Zirah.
"ikut je lah"kata Fikri yang masih fokus pada gadjetnya.
Mereka pun bergerak ke pasar malam yang ada didepan bangunan pusat Gym itu.
Anis beriringan dengan Syah sehinggalah tubuh Anis ditolak oleh Zirah yang tiba tiba berjalan ditengah tengah Anis dan juga Syah. Anis terus mengalah walaupun dia cemburu dengan tindakan Zirah yang tiba tiba ingin berjalan disebelah Syah.
Anis hanya mendiamkan diri ketika berada di pasar malam itu sambil melihat makanan yang tidak dapat menarik perhatiannya. Semua makanan jadi tak sedap lagi lagi melihat lelaki yang diminatinya bersama sama dengan kawannya sendiri, argh bencinya. Serious talk! Aku tak suka! Betul betul didepan aku pulak tu.
Sedang Anis berjalan tiba tiba Zirah dan juga Syah hilang dari penglihatannya. Anis terus mengeluh.. Kenapalah aku nak ikut sangat diorang pergi pasar nih.
"hey.. Kau taknak beli apa apa kan?"tanya Fikri.
Hampir lupa dengan mamat celup yang ada disebelahnya dari tadi. Dia ni pun senyap je dari tadi...eh dia memang senyap pun! Kau pernah nampak dia heboh ke?.
"tak"kata Anis.
"ikut aku"kata Fikri lalu berlalu ke gerai yang menjual pelbagai jenis Air.
Anis hanya mengikut langkah Fikri. Dari aku ikut Syah dengan Zirah baik aku ikut mamat celup ni walaupun aku selalu gaduh dengan dia.. But lebih better dari aku berjalan belakang minah gedik tu hurm Husnuzon Anis diorang takda apa apa.
"kau nak air apa?"tanya Fikri.
"huh?"tanya Anis.
"milo?"tanya Fikri.
"huh?"tanya Anis lagi.
"kau nak air apa?"tanya Fikri tenang walaupun melayan kerenah Anis yang tiba tiba lost.
"errrr... Aku.."kata kata Anis dipotong apabila Fikri mula bercakap.
"milo okey kan?"tanya Fikri.
Anis menganguk. Kenapa dengan aku ni? Angau ke? Weyh kau pandang Fikri je!!kenapa pula kau kena angau ni!!
"nah,Air kau..."kata Fikri lalu menghulur Air milo yang dibelinya untuk Anis.
Anis senyap dia masih memandang kearah Fikri. Ya Allah kenapa baik sangat dia ni kat aku? Kenapa pulak aku ni takleh stop pandang dia?
"te...te.. ri.. ma... ka.. sih.. "kata Anis gagap.
Berkerut dahi Fikri ketika itu. Mungkin pelik dengan kelakuan Anis.
"kau takda benda nak beli kan?"tanya Fikri.
Anis menganguk.
"okey.. Aku nak balik Gym untuk ambil barang aku lepastu aku nak balik. Kau nak ikut aku balik Gym tak?"tanya Fikri.
Anis menganguk.
Mereka sampai di pusat Gym..Fikri lantas mengambil barangnya di locker lalu ingin berlalu keluar.
"Fikri"panggil Anis.
Fikri menoleh.
"nah"kata Anis lalu menghulur Fikri dua keping duit seringgit untuk membayar duit air milo yang diminumnya.
"apa ni?"tanya Fikri.
"air aku"kata Anis lalu mengangkat air milo yang dipegangnya dari tadi.
"takpa.. Aku belanja"kata Fikri
"terima kasih" Anis mengulum senyuman pahit kearah Fikri
"something bothering you? Right?"tanya Fikri.
"takda apa lah.."kata Anis.
"okey...aku balik dulu, Assalamualaikum"kata Fikri lalu berlalu keluar.
"Waalaikumussalam"kata Anis perlahan.
Anis keluar selepas beberapa minit Fikri pulang ke rumahnya..dia mendekati motornya yang diparkir elok didepan kedai mamak yang ada dibawah pusat Gym itu.
"Anis? Kau nak balik dah ke?"tanya Zirah..
Anis senyap.
"ha ah.. Baru ingat nak lepak dengan Anis sekejap"kata Syah.
"takpalah.. Mak dah suruh balik, nanti nantilah kita lepak sama sama"kata Anis lalu menghidupkan enjin motornya lalu berlalu pulang.
"kenapa dengan Anis?"tanya Syah
"entah..jom lah kita lepak kat atas"kata Zirah lalu berjalan mendahului Syah.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...