~ 43~

38 2 0
                                    

Kun memandang kearah surat yang diterima dari Puan Mazanah sebentar tadi.

"Kun!"panggil Dr Hariz yang berlari mendekati Kun.

Kun terus menoleh kearah Dr Hariz dengan senyuman pahit terukir dibibirnya.

Dr Hariz yang termengah mengah dipandang Kun.

"awak dari mana? sampai mengah mengah macamni?"tanya Kun.

"dari kelas tadi...baca je mesej awak tadi. Saya terus datang sini lepas kelas"kata Dr Hariz.

"saya dah ambik surat tu"kata Kun.

"jadi macam mana? "tanya Dr Hariz.

"saya akan start belajar dekat Brunei 17 haribulan ni"kata Kun.

"tu bukan 2 minggu lagi?"tanya Dr Hariz.

"saya kena pergi sana... Rabu minggu depan. Terima kasih, Hariz.. Okay, awak nak apa? untuk balas jasa baik awak ni? nak saya belanja makan? "kata Kun.

Dr Hariz mengeleng.

"sebagai balasan saya nak satu benda dari awak"kata Dr Hariz.

"apa dia?"tanya Kun.

"saya tak minta banyak...saya cuma nak awak mulakan hidup baru awak dekat sana. Cari kebahagiaan awak kat sana. Itu pun dah mencukupi."kata Dr Hariz.

Kun terus kaku lalu senyumannya terukir dibibirnya.

"Saya tahu awak mampu"kata Dr Hariz.

"Terima kasih."kata Kun.

Dr Hariz membalas dengan senyuman darinya.

Kun meletakkan surat tersebut diatas meja makan. Anis,Falisha dan Julia memandang kearah Kun dengan perasaan yang tertanya tanya. Adakah dia mahu menunjukkan surat tawaran belajar yang sebelum ini kepada mereka?. Tapi kenapa secara tiba tiba.

"apa benda ni,Kun?"tanya Anis.

Kun duduk diatas kerusi yang kosong disebelah Julia

"Surat pertukaran pelajar ke Brunei"kata Kun.

"And then?"tanya Julia

"aku akan habiskan last semester aku kat sana"kata Kun.

"Kau apply belajar kat sana?!"tanya Julia

Kun menganguk

"rabu depan aku gerak sana.aku akan stay rumah abah dengan mak aku"kata Kun.

"tapi kenapa tiba tiba?"tanya Anis.

"Anis..kau kawan aku dah lama. Aku buat keputusan ni sebab... "kata kata Kun terhenti apabila Anis memintas

"Fikri?"tanya Anis. Air mata yang sedang ditahan merobek hati yang sudah parah.

Kun terdiam lalu anggukan perlahan ditunjukkan dihadapan mereka bertiga.

"Kau sendiri tahu yang betapa benda ni beri impak kat aku...Aku tak ada pilihan lain. Aku tak lari cuma ambil angin baru. Aku akan balik..jumpa korang bertiga"kata Kun.

Air mata Anis perlahan lahan mengalir membasahi pipinya. Pernah aku nyatakan aku akan kehilangan kawan baik aku and yeah...perkara itu berlaku harini. Walaupun perkara ini sudah diramal oleh aku tetapi kenapa aku masih rasa terseksa seakan seakan jiwa aku dibunuh secara perlahan lahan??

"Anis..janganlah sedih. Aku bukan pergi jauh...InshaAllah jika diberi rasa untuk bernafas seperti biasa..kau akan jumpa aku lagi."kata Kun lalu memeluk tubuh Anis yang air matanya deras mengalir.

7 days later...

Hari ini..Kun aku bergerak meninggalkan kami semua.

Kun yang sedang duduk di kerusi menunggu dipandang Anis,Falisha dan juga Julia. Semenjak dalam kereta Kun asyik melayan perasaannya sendiri.

Boleh dikatakan aku tahu sebab kenapa...Bandara ini adalah dimana tempat permulaan aku,Fikri dan Kun sampai untuk menjadi pelajar di Universiti tersebut. Terlampau banyak kenangan.

"Kun..."panggil Anis lalu duduk disebelah Kun.

"ye?"Kun menoleh kearah Anis.

"aku nak minta maaf"kata Anis.

terangkat alis Kun ketika itu. Dia mula memandang kearah Anis dengan tatapan yang hairan dengan apa yang dikatakan oleh Anis.

"why?"tanya Kun.

Anis terdiam. Tiba tiba suara seseorang memanggil Kun membuatkan mereka berdua memandang kearah lelaki yang cukup dikenali olehnya.

"awak lambat"kata Kun lalu berdiri mendekati Dr Hariz.

"nah"kata Dr Hariz lalu menghulur jambangan bunga yang dibelinya tadi.

jambangan bunga yang diberi Hariz tadi diambil Kun. Dia mengambil kad yang terselit lalu membukanya bagi membaca isi kad tersebut.

'goodluck for your future'

-Hariz-

"terima kasih"kata Kun lalu memandang kearah kad yang terselit diantara jambangan bunga tersebut.

"it was good to know you,Kun..." kata Dr Hariz.

"me too...Terima kasih atas segalanya,Hariz." kata Kun.

kata kata Kun dibalas dengan senyuman dan anggukan dari Dr Hariz.

Selepas menghantar Kun tadi.

Anis pulang ke rumah bersama sama dengan Falisha dan juga Julia.

masuk sahaja mereka didalam rumah kaki mereka bertiga memandang kearah rumah tersebut.

"Aku harap dah takda siapa lagi yang pergi macamtu je...macam Kun"kata Julia.

Anis memandang kearah Julia apabila mendengar perkara tersebut. Rupa - rupanya Julia cukup terkesan dengan Kun yang pergi menyambung pelajarannya ke Brunei.

"aku bukan apa...kita masuk rumah ni berempat. Aku ingat kita keluar pun berempat last last bertiga"kata Julia.

Julia mula mengeluh.

"aku harap tiada siapa lagi yang buat macamni. Kalau boleh keluar bertiga balik"kata Julia.

"Lia....satu hari nanti, kita semua akan keluar dari rumah ni..cari hidup sendiri. Mungkin cara Kun ni nak ajar kita supaya bersedia bila hari tu tiba"kata Falisha lalu bahu Julia dipeluknya.

Julia menganguk.

"Anis...Falisha.. kau janji dengan aku. No more things like this. Kalau ada pun.... it just time to leave"kata Julia lalu kedua dua bahu rakannya itu dipeluk.

"promise"kata Falisha lalu senyuman menghiasi wajahnya.

"Promise"kata Anis.

CINTA TYPO Where stories live. Discover now