Kun berjalan menuju ke padang bersama sama dengan botol air mineral ditangannya.
Dia melihat pelajar pelajar yang ada ditempat duduk menonton perlahwanan bola sepak yang sedang berlangsung.
Boleh dikatakan Fikri sangat handal bermain tapi aku tak pernah tengok dia main bola sebelum ni. Jadi aku agak terkejut sedikit.
"Kun..."panggil Anis.
"Anis? Aku tak nampak pun kau tadi..kau duduk mana?"tanya Kun.
"aku buat air kat sana... Nak temankan aku tak? Aku sorang je ni"tanya Anis.
"nak"kata Kun lalu mengikut langkah Anis ke meja yang tersedianya air dan juga makanan ringan untuk pelajar dan juga pensyarah yang menyertai aktiviti tersebut.
"nak rasa air ni?"tanya Anis lalu menunjuk kearah air sirap yang ada didalam jug.
"boleh jugak. Manalah tahu Anis bust air tak sedap"kata Kun.
"amboi"kata Anis lalu memberi Kun segelas air sirap yang dibuatnya.
Permainan yang berlangsung tamat dengan seri 2-2 dari pihak pelajar dan juga pensyarah.
Fikri mengambil tualanya yang ada dibangku berdekatan. Dia memandang kearah Kun yang sibuk membantu Anis memberikan air kearah pemain pemain yang baru sahaja beraksi tadi.
"kau pandang apa? Ouh.. Patutlah senyum sorang sorang"kata Lucas.
"kau ni...kacaulah"kata Fikri.
"nak jumpa pergilah jumpa dia.. Duduk sini buat apa?"tanya Lucas.
"aku nak pergi lah ni"tanya Fikri lalu mengambil begnya dan ingin berlalu kearah Kun.
Tiba tiba sekempulan pelajar perempuan dari jurusan yang lain mendekatinya.
"Fikri.. Boleh Kita tangkap gamba sama sama. If tak menyusahkan lah"kata pelajar tersebut.
"sure"kata Fikri lalu melayan kehendak pelajar perempuan tersebut.
"Anis...aku nak.."matanya memandang kearah Fikri yang bersama sama dengan pelajar perempuan yang ingin menangkap gambar bersamanya.
"nak apa?"tanya Anis lalu memandang kearah apa yang dilihat Kun.
Anis memandang kearah Kun yang menjadi muram apabila melihat kearah Fikri. Dia menarik nafas panjang lalu mencuba untuk bertenang... Dia membuang semua perkara negatif keluar dari mindanya.
"kau okay?"tanya Anis.
"urm ha Anis. Aku nak cawan.. Tak cukup nak bagi orang"kata Kun lalu menuang air sirap yang dibuat tadi didalam cawan plastik yang disusun dihadapannya
Anis hanya patuh lalu memberi Kun cawan yang ada ditanganya. Jelas Kun nampak sedih tapi dia berlakon tiada apa apa yang jadi.
"so how Doctor? Seronok main?"tanya Anis.
"seronok jugak. Lagi lagi bila diorang ni pandai main. So Kun... You're here?"tanya Dr Hariz.
"saya takda kelas harini.. Tu datang sini...awak nak air?"tanya Kun..
"boleh jugak"kata Dr Hariz lalu mengambil air sirap yang ada dibadapan Kun.
"weyh, aku nak pergi tandas kejap. Nanti aku datang balik"kata Kun.
"ha okay"kata Anis.
Kun berjalan keluar dari padang. Dia berlalu ke kafe lalu duduk disitu. Malas pula ingin lama lama kat sana. Bukan aku jelous tapi...entahlah. cuma tak suka.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...