~34~

61 4 2
                                    

Fikri hanya fokus pada pemanduannya ketika itu. Wajahnya nampak tenang tapi entahlah... Sampai sekarang aku tak mampu nak tegur dia. Bagi aku, semua ini terjadi sebab aku... Fikri ada hak untuk buat aku macamni. Dia ada hak untuk benci aku sebanyak mana pun yang dia nak.

Kerana aku tahu...

Aku pemusnah sesuatu kayangan yang sudah terbina indah dengan masa depan yang cukup cerah

Aku ini hanya badai yang melanda kayangan tersebut sehinggakan musnah semuanya.

Dan badai ini akan sentiasa membanjiri kayangan tersebut selama tiga tahun atau mungkin lebih. Namun dengan lebih dasyat lagi, mungkin kayangan indah tersebut tidak mampu dibaik pulih walaupun selepas badai.

bunyi enjin yang dimatikan menyebabkan aku kembali kepada realiti hidup malangku.

Terus mataku memandang kearah Fikri yang ada disebelah sedang membuka seat belt yang dipakainya tadi. Menandakan aku sudah sampai dihadapan rumah Puan Lateefah yang tersegam indah dihadapanku.

Fikri menonong keluar dari kereta meninggalkan aku yang berada dibelakangnya.

"Fikri?mana Anis?"tanya Puan Lateefa.

Fikri masih senyap membisu namun matanya menoleh kearah Anis yang sedang berdiri tegak didepan pintu menandakan Anis berada disitu.

Anis terus mendekati Puan Lateefa lalu tangan wanita itu disalam.

"Assalamualaikum, Mum.. Mummy"kata Anis.

Rasa susah untuk aku ungkapkan perkataan Mummy itu kepada Puan Lateefah. Bagiku.... Panggilan itu tidak sepatutnya aku ungkapkan dihadapan Fikri sekarang ini. Kerana sudah semestinya aku tidak layak...dan juga tidak sedap didengari dihadapan Fikri.

Selepas sahaja mendengar panggilan yang dipanggil oleh Anis. Mata Fikri terus menoleh kearah Anis.

"excuse me?"tanya Fikri.

Puan Lateefah memandang kearah Fikri dengan wajah yang hairan.

"she's not your mummy"kata Fikri.. Suaranya nampak tegas.

Aku kaku sebentar.. Menghayati riak wajah Fikri yang sekarang ini sudah semestinya takut untuk aku pandang dan mungkin juga takut untuk aku hadap.

"apa yang taknya... Dia kan menantu mummy. Kena lah panggil Mummy macam mana Fikri panggil Mummy"kata Puan Lateefah.

Mata Fikri mengecil memandang kearah ku sebentar. Tanpa menunggu lagi... Fikri terus berlalu naik ke tingkat atas lalu masuk kedalam biliknya.

Boleh juga aku dengar bunyi hentakan pintu yang dibuat oleh Fikri sebentar tadi.

Aku dan juga Puan Lateefah yang berada diruang tamu tadi hanya menjadi pemerhati kepada perangai Fikri yang hanya berjalan masuk kedalam bilik.

"biarlah Fikri tu... Mood dia tak beberapa baik tu. Anis nak minum tea? Mummy ada sediakan dekat atas meja makan"kata Puan Lateefah.

"boleh juga" kata Anis lalu senyuman pahit disertakan sekali. Dia berjalan bersama sama dengan Puan Lateefah menuju ke meja makan.

Fikri memandang kearah bilik yang sudah dihias cantik seperti bilik pengantin itu.. Dia mengeluh sebentar memandang kearah katil yang sudah semestinya hodoh baginya sekarang ini.

Lantas dia menarik selimut yang ada diatas katil lalu berlalu kebawah dengan selimut yang diambilnya tadi mencari kelibat Puan Lateefah di dapur.

"Mummy? Who put all this in my bedroom? "tanya Fikri.

Anis dan juga Puan Lateefa memandang kearah Fikri. Anis sudah membisu melihat Fikri yang sudah lain riak wajahnya. Takut? Sudah semestinya aku takut.

"me"kata Puan Lateefah bersahaja.

"why did you do all this? Anis and i will never be in the same room..."kata Fikri.

"you two are married... What's wrong with that"kata Puan Lateefah

"but without love...can't you understand that?"tanya Fikri.

"jadi Fikri nak dengan perempuan tu baru i can do all this?"tanya Puan Lateefah.

"Mak Kiah!"panggil Fikri tegas.

Terus wanita berumur yang bagiku dalam usia 60an itu bergegas mendekati Fikri.

"Ya,Encik"kata Wanita yang bernama Mak Kiah itu. Dia menunduk dari terus memandang kearah Fikri.

"saya nak Mak Kiah buang perhiasan yang ada dekat dalam bilik saya tu...dan letak semua yang ada dalam bilik saya macam sebelum ni. Bila saya balik saya taknak tengok satu pun yang tinggal"kata Fikri lalu selimut yang dipegangnya tadi dihempas ke lantai.

Fikri berlalu tanpa memandang wajahku yang sudah semestinya ketakutan melihat perilaku Fikri yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Dapat juga aku dengar hentakan pintu rumah yang ditutup oleh Fikri sebentar tadi.

pada malam itu.

Aku masuk ke dalam bilik Fikri apabila diarahkan oleh Puan Lateefah. Aku tak tahu apa yang terjadi tadi didalam bilik ini sehinggakan Fikri begitu marah dengan apa yang disediakan oleh Puan Lateefah untuk kami tetapi yang aku tahu semuanya sudah bertukar seperti sedia kala. Bilik ini tidak langsung seperti bilik kepada orang yang sudah berkhawin tetapi hanya bilik kepada lelaki bujang yang belum mengikat tali perikatan apa apa.

walaupun berasa janggal berada didalam bilik seorang lelaki yang sudah tentu bukan yang aku cintai namun tetap aku gagahkan diri menapak didalam bilik ini. Sudah aku cuba untuk bertanya kepada Puan Lateefah tentang bilik yang ingin aku bermalam ini, namun jawapan dia tetap sama

'suami isteri tidak perlu malu'

memang sepatutnya aku tidak perlu malu apabila bersama lelaki yang mahram denganku namun aku ini hanya isteri atas kertas.

Kami tidak sayang menyayangi ataupun mencintai...ianya jauh sekali  untuk terbina di dalam hati nurani kami.

Aku mendekati meja solek yang dimana nampak mewah tersebut. Sudah semestinya diatas meja tersebut tidak penuh seperti meja solek para wanita yang aku tahu memang penuh dengan barang barang kosmetik namun untuk meja ini,hanya kotak berwarna coklat dan beberapa barang keperluan lelaki yang lain sahaja yang ada diatas meja tersebut.

Aku meletakkan tas tanganku diatas meja tersebut lalu aku pandang cermin yang ada dihadapanku.

Mataku ditutup rapat dari memandang kearah diriku sendiri yang terpancar di cermin lalu aku menarik nafas sepanjang panjang yang boleh lalu kulepaskan perlahan.

Apalah nasib kau, Anis. Sehinggakan orang membuat kau begini. Adakah terlampau banyak dosa yang dibuat pada masa silam kau? Sehinggakan seberat ini ujian yang kau perlu hadapi.

"Astaghfirullah Hal Azim..."

Ingat, Anis... Allah memberikan kau ujian kerana dia tahu kau mampu. Sesungguhnya dia maha mengetahui segalanya.

Apa yang kau perlu lakukan sekarang ini ialah kau perlu tabah didalam apa yang kau akan lalui. Perkhawinan ini mungkin akan menjadi terlalu mencabar bagi kau... Kau kena sabar dan cekal dalam menghadapi perit, pedih didalam alam perkhawinan yang engkau jejak ini.

Anis memandang kembali cermin yang ada dihadapannya. Tiba tiba terbit rasa dihati untuk melihat isi kotak berwarna coklat tersebut.

Dari tadi aku tertanya tanya... Apakah isi yang ada didalam kotak ini?

Tangannya lambat mencapai kotak tersebut. Automatic tangannya mengigil untuk mencapai kotak yang ada dihadapannya. Terus berdesup masuk kemungkinan yang akan terjadi jika dia melihat isi yang berada didalam kotak tersebut jikalau Fikri tiba tiba masuk kedalam biliknya.

Sudahlah seharian ini aku melihat sikap panas baran Fikri yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Tidak mahu lah jika aku perlu menghadap sikap panas barannya sekarang ini pula.





CINTA TYPO Where stories live. Discover now