~14~

91 4 0
                                    

Anis memandang kearah cermin yang ada dibiliknya. Makin lama dia tenung makin berubah riak wajahnya.. Seakan akan ada perkara  lain masuk kedalam dirinya. Makin lama makin sakit.. Makin lama makin kuat rasa sakit tu.

'kalau dia tak suka.. It's mean dia tak suka! Yang kau sakitkan diri kau kenapa! And now! Syah nak tinggalkan aku!' marah Zirah sewaktu dia mengangkat panggilan telefonnya.

'kau kena sedar, Anis! Kau tak cantik! Memang takda sapa nak kat kau!'

'kalau tak sebab kawan kau bagitahu Syah pasal apa yang jadi dekat kau!  Benda ni takkan jadi Anis!'

'kau dengan kawan kau patut mati!'

"arghhhh!!! Aku benci kau!!"kata Anis lalu cermin yang ada didepannya ditumbuk.

Tangannya yang berdarah dilihatnya... Sakit lagi perasaan yang masuk tadi dari luka yang ada ditangannya.

Anis mula menangis. Darah yang tadi mengalir dibiarkan. Cermin yang berderai tadi dipandangnya. Dia mengambil kaca itu lalu terpampang wajahnya yang kusut dengan darah tangannya yang sudah tertompok dipipinya.

Apa aku dah buat? Kenapa dengan aku? Kenapa aku jadi macamni? Kenapa?

Tiba tiba telefonnya berdering.. Terus telefon dilihat Anis.. Nama kun terpampang diskrin.

"Anis! Penat aku call kau"kata Kun.

"Kun... ke.. ke.. na.. pa...call.. a... ku"kata Anis... Dia tak mampu bercakap sekarang ni...  lemahnya aku ketika ini.

"Anis? Kenapa dengan kau?"kata Kun

"aku... aku.. "kata Anis gagap.

"Anis bukak pintu rumah kau!! Aniss!!"kata Kun.. Memang itu sebabnya dia menelefon Anis ketika itu kerana dia ada didepan rumah Anis.

Dah banyak kali dia memberi salam.. Tapi tiada respon. Jadi apa lagi? Call je lah.

Telefon diletakkan begitu saja.. Jeritan Kun yang memanggil namanya dari panggilan telefon dibiarkan.

Pintu rumah Anis dipandang Fikri ketika itu.. Lantas dicuba untuk merempuh pintu itu tapi gagal. Kun memandang kearah tombol pintu itu lalu dia menahan Fikri dari terus merempuh pintu rumah Anis. 'kang roboh rumah orang'. Kun dengan tenang menekan tombol pintu lalu pintu itu dibuka dengan mudah. Muka poker Kun dituju kepada Fikri yang sudah menahan malu kerana kebodohannya sebentar tadi. Rambut yang terjuntai tadi diselak oleh Fikri.

Kun lantas berlari masuk lalu merempuh masuk kedalam bilik Anis. Terpampang Anis yang sedang duduk bersandarkan sisi katil sambil memandang kearah cermin yang baru sahaja pecah tadi.

"Anis!!"jerit Kun.. Makanan yang dibeli tadi jatuh didepan bilik Anis.

Pipi Anis dipegang Kun bagi menyedarkan kawannya tentang apa yang telah dilakukan oleh rakannya itu.

Lama kelamaan badan Anis longlai diatas bahu Kun. Kun jadi tidak keruan..

"Fikri!!"jerit Kun.

Fikri yang duduk diluar mendengar jeritan Kun.

"kenapa Kun"Fikri masih didepan pintu...

Takkan nak masuk rumah orang dengan hanya ada dua orang perempuan didalam rumah.

"tolong aku!!"jerit Kun dari arah Fikri.

Fikri juga jadi tak keruan.. Ah redah je lah.

Kun memandang kearah Anis yang masih tidak menyedarkan diri.

"kau taknak makan?"tanya Fikri.

Kun senyap.

"tadi aku nampak ada cafe kat bawah....kau nak pergi?"tanya Fikri.

CINTA TYPO Where stories live. Discover now