Kun yang ada didalam bilik sedang menghadap assignment yang ingin disiapkannya mula termenung.
Begini lah dia selepas kejadian menyakitkan itu terjadi kepadanya. Ada masa air mata tiba tiba sahaja mengalir.
Semua benda meningatkan dia tentang Fikri.
Kun menutup wajahnya kemeja seakan akan murid yang sedang tidur dibuai mimpi diatas meja namun kali ini berbeza, bukan mimpi yang dia kecapi namun kesedihan yang membunuhnya perlahan lahan.
How can i forget you
How can i move on while everything remembered me about you.
"Kun?" Tegur Julia.
Kun mengangkat mukanya memandang kearah Julia. Air mata yang mengalir sebentar tadi diseka.
"ya?"kata Kun.
"kau okay?"tanya Julia.
"like always... The wounds are still bleeding. It's killing me every second"kata Kun.
"kau kena belajar untuk move on, Kun. Macam mana kau nak fokus belajar kalau kau masih menangis macamni?"tanya Julia.
"i.... Don't know...terima kasih sebab selalu ambil berat pasal aku"kata Kun.
"kau nak makan? Anis ada masak nasi goreng tadi.... Lagipun esok kau dah mula masuk kelas balik kalau tak makan nanti takda tenaga."kata Julia.
"nanti aku makan... Korang makan lah dulu"kata Kun dia mula berbuat buat sibuk.
"okay lah...jangan lupa turun makan tau"kata Julia.
Kun menganguk.
Pintu bilik Kun ditutup Julia. Terus kakinya berlalu ke meja makan yang dimana Anis dan juga Falisha menunggu Julia untuk membawa Kun turun kebawah namun hampa, Kun tidak akan menyertai mereka untuk kali ini.
"Mana Kun?"tanya Anis.
"dia taknak turun...dia kata nanti dia makan"kata Julia.
"tak tahulah nak percaya 'nanti' dia tu ke tak. Bukan sekali dia cakap macamtu. Dah banyak kali... Last last dia tak makan pun"kata Falisha.
"nanti aku bawaklah makanan untuk dia. Paksa sikit dia makan"kata Julia.
"aku pun fikir macamtu...aku risau jugak kalau jadi macam haritu lagi"kata Falisha.
Sudah aku ramal apa yang terjadi. Bukan aku tidak mahu berusaha membantu Kun menghilangkan rasa kesedihan yang menyelubunginya namun perkara ini datang dari aku. Kesedihan, keperitan yang berlaku pada Kun sekarang ini adalah dari aku sendiri. Aku tak layak sama sekali dipanggil rakan.... Tidak layak untuk membantu Kun sekarang ini.
Kerosakan kayangan itu telahpun menghayat hati Kun habis habisan. Dia kehilangan orang yang disayangi serta kayangan yang terbina indah kerana aku.
Semangatnya hilang selepas kayangan itu musnah dan tidak mampu dibaik pulih lagi. Usahanya menjadi sia sia dalam membina kayangan tersebut...apabila dengan sekali badai Kayangan itu musnah sehingga tiada apa lagi yang tersisa, hanya kesedihan yang menyelubugi dirinya.
"Anis?"panggil Julia.
Anis pulang pada realitinya. Dia memandang kearah Julia dan juga Falisha yang menunggu jawapan darinya.
"kau dengar tak apa yang aku cakap?"tanya Julia.
Lama lama Anis mengeleng.
"aku tanya...kau nak tak ikut aku hantar makanan dekat bilik Kun nanti?"tanya Julia.
"nak"jawab Anis.
"so okaylah... Jom makan. Lepasni nak hantar makanan dalam bilik Kun pulak"kata Falisha.
Dimulakan dengan doa makan.. Mereka semua menjamu selera makanan yang dimasak oleh Anis tadi dengan penuh berselera.
"Weyh, Fik... Urm...kau ada kat dalam?"tanya Drey disertakan dengan ketukan di pintu bilik Fikri.
"bodoh! Dah tahu dia dekat dalam kau tanya lagi"kata Fizu,kepala Drey diketuk.
"aduh! Sakitlah!"marah Drey.
"ish biarlah aku buat"kata Lucas.
Dia mendekati pintu bilik Fikri lalu diketuk dahulu sebelum berkata apa yang tersirat selama ini.
Memang tidak lagi di sangkalkan... Mesti sesuatu berlaku pada hubungan Fikri dan juga Kun.
Beberapa hari lepas, aku tidak nampak wajah Kun menunggu Fikri diluar kelas... Bukan sahaja tidak nampak malah aku juga diberitahu bahawa Kun tidak pergi ke kelas kerana tidak sihat.
Fikri pulak... Sudah mula tak pergi kelas. Lebih suka duduk dalam bilik pernah sekali dia keluar kerana ingin mengambil keretanya di bengkel kerana kemalangan haritu. Dia juga kurang keluar makan... Entah apa lah yang dia buat didalam itu.
"Fikri... Ni aku ni, Lucas. Kitaorang ada beli makanan untuk kau. Okay kalau kau taknak makan pun takpa.. Kitaorang tak paksa... Tapi kalau kau ada masalah kau boleh bercakap dengan kitaorang. Tak elok pendam sorang sorang. "kata Lucas.
Mereka berlima akhirnya mengalah apabila tiada apa apa tindak balas dari Fikri. Apabila baru sahaja beberapa langkah mereka ingin ke ruang tamu.
Pintu bilik Fikri kedengaran. Laju sahaja mereka berlima menoleh kearah Fikri yang sedang berada betul betul didepan pintu.
"ada apa?"tanya Fikri.
Mereka berlima lantas mendekati Fikri.
"kau nak makan? Ni kitaorang ada beli untuk kau"kata Aiman.
Lama lama Fikri menganguk.. Disertakan juga dengan senyuman hambar darinya.
Semasa dimeja makan.. Fikri yang sedang termenung dipandang mereka berlima. Kata nak makan tapi bila makanan di depan mata..Fikri hanya senyap membisu sambil memandang kearah makanan tersebut.
"Kau tak makan ke?"tanya Aiman.
Fikri mengangkat mukanya.
"aku tak selera sebenarnya... "kata Fikri.
"oh okay.. "kata Aiman.
"macam mana dengan dahi kau? Okay?"tanya Lucas.
"dah okay sikit lepas letak ubat"kata Fikri.
"kau kenapa tak pergi kelas dua hari ni? Kau tak sihat?"tanya Derrick.
"aku okay je cuma...ada masalah sikit"kata Fikri.
"kalau kau ada masalah...kau cerita lah dekat kitaorang... Apalah guna kitaorang ni kalau tak boleh tolong kawan dia"kata Drey lalu bahu Fikri ditepuk.
Fikri tersenyum kelat.
"masalah sikit je...it's okay aku boleh handle"kata Fikri.
"kau ada masalah dengan Kun ye?"tanya Fizu.
Mereka berlima terus tertumpu pada Fikri. Menunggu jawapan dari Fikri yang tiba tiba terdiam seakan akan kaku mendengar pertanyaan dari Fizu.
"kitaorang...tamatkan everything antara kitaorang berdua... dua hari lepas"kata Fikri dia terus menunduk.
Terkaku mereka berlima mendengar jawapan dari Fikri. Bagaimanakah Fikri mampu membiarkan semua ini terjadi sedangkan mereka berlima tahu betapanya Fikri menyayangi Kun?. Bagaimanakah Fikri mampu melepaskan Kun semudah itu?
"but.. but.. Why?"tanya Lucas.
"we just don't love each other anymore... So we decided to... end up everything. Just that"kata Fikri.
"but how can you guys don't love each other??you guys are in love. Korang tak pernah bergaduh apatah lagi untuk tidak mencintai antara satu sama lain. How can you guys agree with this nonsense?"tanya Lucas.
"people change and us too... So yeah, thank you for this.. I'm going to my room"kata Fikri dia membawa makanan yang dibeli oleh mereka tadi bersamanya.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...