Aku berlari menuju ke bilik yang dikatakan oleh Nurse yang berada di kaunter tersebut. Selama aku berada di Kampus mereka mengatakan yang Abah sudah beransur pulih tapi tiba tiba sahaja aku mendapat panggilan daripada Aryana yang Abah rebah dirumah dan wajahnya nampak lemah.
Bila diberitahu apa yang terjadi, Aryana mengatakan bahawa penyakit buah pinggang Abah semakin merosot dan memerlukan buah pinggang yang baharu.
Pada mulanya mereka menyuruhku untuk terus berada disana kerana mungkin mereka akan menjumpai penderma buah pinggang yang sesuai namun keputusan yang diberitahu Aryana semalam membuatkan aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Kerana tiada diantara kami sekeluarga yang sesuai menjadi penderma buah pinggang tersebut.
"Aryana!"panggilku apabila melihat Aryana yang sedang duduk dikerusi menunggu.
"Anis?"kata Aryana lalu mula mendekati ku.
"macam mana dengan abah?"tanya Anis.
"Abah perlukan penderma secepat mungkin...and kitaorang masih tak jumpa lagi penderma yang sesuai"kata Aryana.
"apa kata kalau Anis yang cuba tanya Doctor mana tahu buah pinggang Anis sesuai untuk abah? Untuk Abah Anis sanggup buat apa sahaja"kata Anis.
"mak takkan benarkan"kata Puan Salina yang mendengar perbualan Anis dari tadi.
Kedua dua anak daranya lantas memandang kearah Puan Salina apabila mendengar suara Puan Salina membantah cadangan Anis sebentar tadi.
"mak? Takkanlah mak nak terima permintaan Auntie Lateefah tu? Permintaan dia tu mengarut, Mak!"tanya Aryana.
"ini sahaja yang patut kita buat, Aryana... Kita tak boleh korbankan Anis.. Dia masih muda. Anis, mak takkan benarkan Anis jadi penderma buah pinggang tu"kata Puan Salina.
"Auntie Lateefah? Mak takkan benarkan? Apa ni? Anis tak faham. Mak...ini yang terbaik, Anis mampu tolong.. Sumpah Anis mampu tolong"kata Anis.
Puan Salina mendekati Anis lalu tubuh Anis dipeluk erat. Air mata yang ditahan sebentar tadi mengalir deras tanpa dia sedar.
Flashback
"aku dah jumpa, Doctor... Dan buah pinggang dia sesuai untuk Sabri"kata Puan Lateefah.
"terima kasih, Lateefah... Aku tak tahu nak balas apa,kau lah kawan terbaik aku"kata Puan Salina lalu memegang tangan Puan Lateefah
"tapi Salina... Takda benda yang percuma dalam dunia ni. Setiap pemberian perlu dibalas"kata Puan Lateefah.
Terus tercengang Puan Salina mendengar perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut Puan Lateefah sebentar tadi.
'setiap pemberian perlu dibalas'
"dengan syarat... Aku nak khawinkan anak bongsu kau dengan anak tunggal aku."kata Puan Lateefah.
"mak.. maksud kau?"tanya Puan Salina.
"beberapa hari lepas.. Aku dapat tahu yang anak tunggal aku bercinta dengan perempuan yang memang aku tak sudi untuk dia jadi menantu aku dan tambahan pulak, bekas suami aku tahu dan sokong hubungan diorang jadi aku taknak perempuan tu bawak penyebab untuk anak aku kembali dengan bekas suami aku,Ben... Selepas sahaja mereka disatukan, aku akan pastikan anak aku takda apa apa pun hubungan dengan perempuan tu lagi.. But hanya dengan Anis and after that, aku akan selesaikan pasal pembedahan tu"kata Puan Lateefah.
"apa kau cakap ni? Anak kau dan juga Anis masih muda dan bagi aku ini bukan masa untuk mereka melangkah ke Alam perkhawinan dan apa yang kau buat adalah untuk kepentingan kau. Jangan sebab bekas suami kau.. Kau sanggup hancurkan hati anak kau sendiri, Lateefah."kata Puan Salina dengan penuh bersungguh sungguh membantah cadangan mengarut Puan Lateefah tadi.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...