5 days later.
Hari yang akan menukar seluruh kehidupan aku bermula pada hari ini. Kuatkanlah aku Ya Allah untuk aku melangkah ke alam perkhawinan yang sudah semestinya bukan kemahuan ku ini. Berikanlah kesabaran, kekuatan serta kecekalan didalam menempuhi tiga tahun ini Ya Allah. Kerana aku tahu, 3 Tahun yang akan bermula harini akan aku tempuhi dengan penuh cabaran. Mungkin kehilangan Kun sebagai kawanku..mungkin kebaikan Fikri yang pernah aku rasai sebelum ini.
Dengan sekali lafaz aku, Anis Naissa sah menjadi Isteri kepada Fikri Andrman tanpa aku sedar. 5 hari bukan hari yang cukup untuk aku bersedia namun apakan daya ku.. Perlu juga aku hadapi walaupun aku tahu perit untuk aku lalui.
Selepas sahaja majlis akad nikah tersebut Anis terus berlalu masuk kedalam bilik Hotel yang sudah ditempah siap siap oleh Puan Lateefah untuk Anis. Anis terus berlalu ke tandas apabila dia tidak lagi mampu untuk menahan tangisan yang memang dari tadi ditahannya. Jika aku bermimpi sekarang ini kejutlah aku jujur ini adalah salah satu dari mimpi ngeriku. Namun... Ianya bukan mimpi tetapi kenyataan yang perlu aku hadap.
Anis melihat makeupnya yang sudah mencair akibat menangis sebentar tadi.
Aku minta maaf Kun... Aku minta maaf!
Pintu tandas diketuk seseorang... Anis memandang kearah pintu tandas tersebut..
"Anis.. Ni alang ni"kata Aryana.
Anis memandang kearah pintu tandas itu lama. Lama kelamaan dia mengalah.
"ada apa?"tanya Anis lalu pintu tandas dibuka.
"Ya Allah,Anis kenapa ni...sampai makeup cair macamni?"tanya Aryana.
Perkhawinan yang diadakan sangat megah... Sangat mewah namun cinta kami? Tiada apa apa jumlah sekalipun. Baju,cincin,makeup,hantaran yang elok disusun didewan tadi.. Sebenarnya tiada apa apa nilai sekalipun bagi kami.. Walaupun ianya bernilai dengan wang ringgit.
Yang membuatkan aku menjadi lebih tidak kuat untuk menghadapi semua ini... Adalah
Bagaimana untuk aku teruskan tiga tahun ini dengan Fikri?
Bagaimana harus aku rahsiakan semua ini dari kawan kawanku.. Dari Kun?
"kejap lagi kan Anis ada sesi bergambar? Kalau makeup rosak macamni.. Macam mana nak tangkap gambar"kata Aryana lalu tissue yang dipegangnya mengelap solekan yang sudah mencair tersebut.
"Anis taknak pergi... Katalah dengan diorang, Anis taknak bergambar"kata Anis.
"Anis..."kata kata Aryana terhenti apabila air mata Anis lebih deras mengalir.
"setiap kali Anis tengok Fikri...Anis nampak Kun. Macam mana Anis nak bagitahu dia pasal semua ni?"tanya Anis.
Fikri yang terdengar dari luar bilik lantas menolak pintu bilik tersebut.
Baju melayu berwarna putih yang masih kemas dengan samping yang masih elok dipinggangnya dipandang Anis dan Aryana.
"aku akan bagitahu dia"kata Fikri.
Dari mula perkhawinan hinggalah sekarang.... Fikri masih tidak bertukar riak wajahnya. Dia tidak senyum ataupun cuba untuk bercakap dengan orang ramai. Selepas selesai sahaja akad nikah tadi... Dia terus pulang ke biliknya.
"Alang keluar dulu"kata Aryana dia lantas keluar dari bilik meninggalkan mereka berdua yang hanya berpandangan dari tadi.
Pintu bilik ditutup Aryana.
"pasal Kun.. Aku akan selesaikan. Aku yang mengaku yang aku cintakan dia... Jadi aku kena mengaku yang aku patut lepaskan dia."kata Fikri.
"kau berhak marah aku Fikri... Kau berhak benci aku...aku minta maaf"kata Anis.
YOU ARE READING
CINTA TYPO
Teen FictionANIS NAISSA pelajar sekolah yang cintanya sentiasa ditolak dan pernah ter-typo apabila menghantar mesej kepada KUNISSHA dengan perkataan 'fikir' ke 'FIKRI' dan tanpa dia sedar semuanya menjadi kenyataan apabila pelajar lelaki mat salleh celup masuk...