Bab 2

1.7K 135 46
                                    

More people have died by tongue than knife.

Arian hentak kasar pintu keretanya. Kemarahan sudah mencanak naik hingga ke kepala. Lengan bajunya di tarik hingga ke siku. Matanya pula memandang kereta yang lalu lalang di kawasan itu.

"Masa aku tengah serabut juga lah kau buat hal. Banyak lagi hari lain lah!" Selamba tayar kereta itu ditendang melepaskan amarah.

"Dengan nak hujannya." Sekali lagi Arian mendengus kasar. Dia kemudiannya duduk di kaki jalan. Telefonnya di tekan tekan seketika. Setelah pesanan ringkas di hantar kepada seseorang dia letakkan kembali telefon itu ke dalam poket seluar.

Matanya melinggas ke sekeliling. Mencanak naik bulu romanya bila telinganya menangkap bunyi tangisan. Mendayu dayu buatkan Arian ingin cabut lari dari situ.

"Jantan tak guna! Sanggup kau buat aku macam ni?"

Terbantut niat Arian bila dengar amarah itu. Eh, ada ke hantu mengamuk macam kena tinggal suami? Tak ada kan? Jadi, tak perlu lah dia takut.

"Dasar tak guna. Menyusahkan hidup aku je!"

Arian garu kening. Amboi! Marah sungguh tu! Takut pula Arian nak tegur bila matanya menangkap kasut dalam genggaman gadis itu. Dengar saja amarah yang dilontarkan gadis itu sudah cukup buatkan Arian kecut perut. Silap hari bulan mahu terpacak kasut gadis itu di atas kepalanya. Paling kurang pun dah terbenam dalam mulutnya.

"Cik?"

Ayra angkat wajah. Kelibat lelaki di hadapannya dipandang dengan tajam. Benci sungguh dia saat ini. Serasa setiap lelaki yang dia temui ingin dia campak dalam loji najis!

"Awak pun nak rompak saya ke? Dah pergi balik! Saya tak ada duit!"

Membulat mata Arian. Tak buat salah lagi dah kena halau. Muka punya elok macam ni di katanya nak merompak?

"Eh, cik adik. Indahnya bahasa. Budi bahasa tu budaya kita tahu? Kecik kecik dulu ponteng kelas ke? Tak padan dengan muka sememeh, adab pun lebih kurang." Kini giliran Arian pula menyembur Ayra. Dia tak kenal tapi dia rasa egonya tercabar bila Ayra tiba tiba sahaja menyemburnya.

Namun, lain pula reaksi Ayra. Makin lebat air matanya berjuraian jatuh. Sakit hati. Emosinya tengah hancur berderai saat ini ditambah pula dengan sindiran penuh budi pekerti itu lagi lah air matanya buat pembaziran mencurah curah.

"Awak pun sama macam lelaki lain!"

"Amboi! Ini sudah lebih. Apa kau ingat semua lelaki ada ketampanan macam aku ke?" Arian sudah bercekak pinggang. Suka hati jiran dia je nak samakan kita dengan orang lain. Makin mencurah curah air mata Ayra bila nada lelaki itu mula naik seoktaf.

"Eh, dia boleh sambung nangis pula. Hei! Nama kau apa?"

"A-ayra."

"Dengar sini eh Ayra. Memanglah selama ni orang cakap perempuan kalau nangis tu comel tapi kau tau tak? Muka kau ni dah macam badut sarkas aku tengok." Selamba badak Arian mengutuk gadis itu.

Meraung Ayra jadinya. Kakinya sudah mula dihentak kasar. Sakit hati bila disamakan dengan badut sarkas.

"Ya Allah, malang apa lah yang aku kena hadap hari ni?" Arian cengkam rambut. Stress dia jadinya berhadapan dengan makhluk Allah yang penuh emosi itu. Berkerut kening Arian bila Ayra masih lagi menangis. Namun, kali ini Ayra sudah duduk di kaki jalan. Mukanya ditekup dengan telapak tangan, menghalang Arian dari memandangnya. Arian usap dahi sendiri. Cuba cari cara untuk hentikan tangisan yang kian menyakitkan telinganya. Bila teringatkan sesuatu terus sahaja dia buka pintu belakang keretanya. Sebotol air mineral, sekotak tisu dan dua batang lolipop di capai. Di tilik silih ganti objek dalam tangannya itu dengan Ayra.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now