Epilog

723 38 14
                                    

Kita punya keinginan tapi takdir memberikan kenyataan walaupun begitu, ku mohon agar kau tak putus harapan.

Sekali lagi. Senyuman pahit terukir di bibirnya. Tiada sepatah kata pun yang mampu terucap di bibir. Hanya tubir mata mampu melepaskan rasa.
Terlalu berat. Dia tak mampu mendukung aksara bahagia lagi. Sakit. Tapi masa tak mampu di undur walau sedetik. Kita hidup di dunia realiti dan bukannya fantasi seperti movie Alice In Wonderland.

Tanah Perkuburan Islam.

Tak terjangkau dek akal. Tak tergapai dek ilusi. Dia sendiri bungkam. Tak sangka dia akan meratapi lagi.

"Can you give me the last goodbye?" Terngiang ngiang permintaan akhir sang pemilik hati. Benar. Sakitnya tak terkata.

Tanpa sedar air matanya kembali mengalir. Deras. Tak mampu dibendung lagi. Dia teresak sendiri.

"Maafkan abang. Abang salah. A-abang..." Tak mampu dia teruskan bait kata sendiri. Hatinya dicengkam rasa pilu. Menyesakkan.

"Abang akan jaga Hayla. Sepenuh jiwa. Abang takkan biarkan dia. Abaikan dia. Macam apa yang abang buat dekat sayang. I will never let that happen again." Bisik Arian sendiri. Jemari kasarnya naik mengusap anak mata sendiri. Menghapus semua air mata yang mencemari wajahnya.

"Arian." Sentuhan pada bahunya buatkan Arian berpaling seketika. Senyuman tawar dihadiahkan buat Umminya.

"Redha. Lepaskan Ayra. Sekurang kurangnya Ayra tinggalkan harta paling berharga dalam hidup kamu. Jaga dan besarkan Hayla sebaiknya." Perlahan nasihat itu meniti di bibir tuanya.

"Arian takkan sia sia kan Hayla, Umi. Hayla permata kami. Bukti cinta kami." Arian mengusap tubuh kecil dalam pangkuannya.

Hayla Irdina. Permata hati mereka. Bukti cinta antara Arian dan Ayra.
Hayla bertuah memiliki ibu setabah dan sekuat Ayra.

"Dah, jom kita balik. Nak senja, tak elok untuk Hayla." Ummi bangkit dari duduk. Hayla dalam dukungan Arian akhirnya bertukar tangan.

Jemari Arian bergerak lembut mengusap batu nisan di hadapannya. Air mata dikesat sehingga hilang dari ruang wajah. "I was desperately wanted you to become mine but in the end of story I finally understand why people watch the moon from a far." Arian senyum pahit.

"Ayra penatlah. Nak rehat."

"Ayra nak rehat, abang tolong jagakan Hayla tau."

"Nak peluk. Nanti rindu."

"Jangan rindu tau?"

"Nanti Ayra tak ada siapa nak ngorat abang?"

Ingatan yang saban hari berlegar di minda ini sungguh menyesakkan. Dalam diam dia terseksa menanggung rindu yang tak berpenghujung.

Tewas. Arian tewas membendung air mata sendiri. Dia kembali teresak. Sakit. Terlalu sakit sampaikan hanya air mata yang menjadi pengantara rasa.

In the end, maybe loving someone isn't for me or maybe love isn't for everyone?

"Abang balik dulu. Nanti abang bawa Hayla datang lagi. Tunggu abang, sayang." Arian bangkit dari duduk. Labgkah di buka meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Pada langkah terakhirnya, Arian toleh ke belakang. Bagaikan ada bayangan Ayra sedang tersenyum manis padanya. Buatkan Arian kian berlapang dada menerima suratan takdir.

Because love is not to be owned but to be remembered.

Because love is not to be owned but to be remembered

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana CintaWhere stories live. Discover now