If the stars had the brightness of your eyes, I would spend sleepless nights admiring the sky.
Sesekali Arian hela nafas perlahan. Tubuhnya di sandarkan ke kerusi. Jemarinya diletup letupkan sedikit. Letih bukan kepalang dia hari ini. Mana tak nya sejak pagi dia kena hadiri mesyuarat yang melibatkan para pelabur di syarikatnya. Eh! Pembetulan! Ni syarikat legasi keluarga. Di usahakan oleh datuknya dan kini diwarisi olehnya. Mungkin 20 tahun akan datang akan diwarisi oleh anaknya? Uhuk!
Arian pejam matanya seketika. Cuba menikmati rehat yang dia tahu tak akan lama.
Bang!
Kan dah kata!
Arian pejam matanya serapat mungkin. Malas nak layan. Dia dah dapat teka siapa yang tak bertangan tu. Tak reti ketuk sebelum masuk bilik orang!
"Letih betul aku tengok kau ni."
Senyap. Arian masih membisu. Malas hendak melayan.
"Lah kau dah tak ada gusi ke? Susah sangat nak buka mulut?"
Arian julingkan mata.
"Woi! Aku tengah cakap dengan kau ni!"
"Kau nak apa?" Malas malas Arian tegakkan tubuh. Matanya memandang tajam tubuh yang sedang duduk di hadapannya itu.
"Saja. Datang nak tanya khabar."
Arian campak pen di hadapannya ke muka lelaki itu. Annoying!
"Tak lah. Ni... Aku... Nak tanya, boleh tak?"
"Sejak bila pula kau berbudi bahasa acah acah lelaki melayu terakhir ni Farraz? Siap minta izin nak tanya soalan pula." Arian julingkan mata. Dah kalau namanya Farraz Khair ni tak sah lah kalau tak merepek.
Pecah ketawa Farraz.
"Amboi! Dah tak boleh bergurau sekarang!" Farraz sudah tayang wajah masam. Mulutnya muncung sedepa manakal tangannya mula memeluk tubuh sendiri. Sampai hati Arian!
"Eww! Geli lah aku! Kau nak apa? Cakap cepat! Aku nak balik ni." Arian terus bangun dari duduk. Pakaian yang tersarung di tubuhnya dikemaskan sedikit cukup menunjukkan yang dia sudah hendak pulang.
"Eh! Sabar dulu wahai cousin!"
"Aku tak ada masa nak layan kau lah hari ni. Esok esok je lah. Aku penat ni." Arian mendengus kasar. Makin di layan makin lambat lah dia pulang!
"Amboi! Dah tak ada masa untuk aku pula sekarang?"
"Cakap cepat lah!" Naik rimas Arian jadinya. Kalau tak di kenang lelaki itu sepupunya sudah lama dia campak Farraz Khair dalam lubang tandas!
"Kau... Okay?" Farraz tenung muka Arian dalam dalam.
"Huh?" Arian tayang wajah seolah olah dia tak faham walhal dia dia tahu apa yang lelaki itu tanyakan. Huh! Masak dia nak kena explain dekat lelaki ni.
"Ish! Aku tanya ni kau okay tak?" Geram! Farraz tahu Arian cuba mengelak dan itu buatkan dia rasa nak tumbuk saja wajah tu.
"Okay. Ni kau tengok aku berdiri, segak, tampan dan bergaya ni. Mestilah aku okay. Oxygen level aku pun insyaallah masih okay. Masih bernafas melalui peparu-"
"Kau ingat kelakar ke?"
"Lah! Tak eh?" Arian sudah bantai gelak. Rasa kan!
"Tangan kau."
"Ya, ada dua." Arian angkat kedua belah tangan seolah olah Farraz tak nampak tangan tersebut.
"Kau buat barcode lagi kan." Farraz ukir senyuman pahit. Dia Nampak kesan luka itu sewaktu Arian ambil wudhuk untuk solat Zohor. Namun, dia diamkan sahaja. Malas nak panjangkan isu. Sekarang baru dia ada mood nak bersoal jawab dengan Arian.
Arian sekadar mengangguk perlahan. Dah tak ada gunanya untuk dia terus sembunyikan luka itu.
"Tu kesan baru kan?"
Angguk. Ya, baru beberapa hari lepas. Dia ingatkan bila dia sibukkan diri dengan urusan kerja, dia akan lupa akan hubungannya dengan Nawra. Benar, persahabatan mereka tergadai hanya kerana tindakan terburu burunya untuk meminang gadis itu. Bahananya hubungan mereka kian renggang. Jangankan bersua empat mata, bertukar khabar menerusi telefon pun tak.
"Arian..."
"Ya, aku tahu aku salah."
"Ni bukan soal salah atau tak. Ni soal keselamatan kau." Protes Farraz.
"Aku penat."
Runtuh jiwa Farraz. Sayu saja keluhan Arian.
"Ya, aku tahu. Tapi-"
"Ya, aku dah cuba Farraz bukannya aku tak cuba. Aku dah usaha sehabisnya. Tapi aku tak mampu halang diri aku untuk berhenti buat semua ni. Mlah aku dah penat dengan semua tu. Luka kan diri sendiri... Satu kepuasan untuk aku. Aku lagi rela tanggung sakit yang jelas jelas berdarah daripada menanggung kepedihan dekat sini..." Arian tunding jari ke dada sendiri.
"Dan sini." Jari nya kini beralih menunding kepala sendiri.
Jujurnya, dia berperang dengan diri sendiri. Jiwanya sakit namun tak ada yang tahu. Hatinya hancur namun tak ada yang sudi mengutip serpihan itu. Malah serpihan itu semakin lama melukakan dirinya sendiri.
"Arian, kau tahu kan aku akan selalu ada untuk kau?" Farraz tepuk bahu lelaki itu. Dia dan Arian sangat rapat. Bah kan hubungan mereka terjalin utuh sejak di bangku sekolah lagi.
"Tahu. Tapi aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku." Arian luahkan keluhan yang terbuku di dada.
"Kau tak pernah bebankan aku walaupun kau ni berat macam bapak gajah."
"Ummi dah cerita semuanya dekat aku. Tentang pinangan kau dekat Nawra. Dan... tentang tarikh perkahwinan Nawra dengan lelaki pilihan dia bulan depan."
Arian tahan air mata sendiri. Uh! Biarkan saja orang nak cop dia pondan sekali pun dia sudah tak peduli! Easy to cry, easy to laugh, hard to forget, hard to leave. That's me!
"I know that it hurts when someone makes you feel special, then suddenly leaves you hanging and you have to act like you don't care at all." Farraz buang pandang ke arah lain. Arian sahabatnya. Tak mungkin dia sanggup melihat sahabatnya itu terluka. Bah kan saat ini dia tak menyebelahi mana mana pihak. Sama ada Nawra mahupun Arian dua dua adalah sahabatnya. Dia tak mahu keruhkan lagi keadaan jika dia buat pilihan untuk menyebelahi mana mana pihak. Cukup sekadar dua insan itu tahu bahawa dia ada. Dan sentiasa ada untuk jadi bahu bersandar.
"Aku tahu kau suka pendam sorang diri, simpan rasa dalam hati kau tu dan teruskan semuanya macam normal. Semua sedih tangis kau tu, tak apa lah hanya tuhan dan kau saja yang tahu. Tapi, aku nak kau tahu Arian yang aku sentiasa ada untuk kau. Nawra tu pun kawan aku, kau pun sama. Korang berdua ni dah macam adik beradik aku. Tak elok lah kalau sebabkan perasaan yang tak kesampaian ni persahabatan kita hancur. Yakin, semua yang terjadi ada hikmahnya." Farraz cuba pulihkan keadaan. Tak mahu lah keadaan jadi semakin keruh.
"It's okay to disappear, take your time to hurt, to feel, to heal especially when these dark nights occur. Arian, you are the sun, you'll rise again. Please don't hurt yourself." Farraz tepuk bahu lelaki itu. Kemudian dia buka langkah meninggalkan bilik kerja Arian. Biarlah. Dia yakin Arian masih perlukan masa.
"Don't hurt yourself." Berkali kali ayat itu berputar bagaikan pita rosak dalam minda Arian. Serasa ayat itu pernah dia dengari.
"Ya Rabb, I'm putting my whole life in your hands now. I don't know what's good for me and where life is taking me. I'm letting go, I surrender to qadr. I trust you to take care of everything." Arian raup wajah sendiri. Dia cuba mencari ketenangan dalam diri walaupun sekecil kecil zarah. Dia kembali duduk di kerusi. Memejamkan mata sendiri. Ketenangan di gali sedalam mungkin. Mentalnya lelah. Tak sedar masa berlalu, dia terlena di kerusi itu.
Rebahkan harapan harapan yang belum kesampaian. Lelapkan keinginan yang hanya jadi keinginan tanpa jadi kenyataan. Sambut hari esok dengan sejuta kemahuan dan kemampuan.
Semoga dia temui ketanangan itu.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomansaCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...