NEW STORY ALERT!

121 3 2
                                    

Assalamualaikum
dan salam rindu semua.
Maaf, ini bukan lah lanjutan kisah Arian Daniel dan Ayra Qistina. Kisah mereka sudah pun menemui titik penamat.
Ini merupakan notification buat anda yang ingin turut serta dalam 'dongeng' saya, saya hadirkan sebuah kisah baharu.

Noktah Terakhir

Rumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia.

Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga  perpisahan menjadi pilihan ibu bapanya.

"Rumah ni dah tak serupa rumah! Naira sepatutnya rasa tenang membesar dalam rumah ni, tapi hakikatnya tak. Naira benci suasana yang ada dalam rumah ni!" Ya, Naira Fareeha hanyya gadis kecil yang ingin membesar dengan keluarga sempurna. Keluarganya musnah, begitu juga hidupnya. Berantakan.

Saban hari dia diasak dengan berbagai hal, sehingga lah satu saat dia ingin keluar dari segala hal yang telah merosakkan memori hidupnya.

"Pulanglah. Aku akan jadi rumah untuk kau berteduh." Eiman Ibtisam. Namanya cukup iconic sekaligus menampilkan dirinya yang punya aura tersendiri. Tangan di hulur pada Naira dengan harapan dia mampu rawat luka di hati gadis itu.

Namun, takdir berkehendak sebaliknya. Manakan bahagia hubungan yang tak mendapat restu. Lebih lebih lagi restu seoarang ibu.

"Mungkin rumah saya adalah diri saya sendiri. Saya takut jikalau tempat saya datang berteduh akan hancur dilanda badai." Memikul kesalahan dan sesalan. Naira bawa diri ke negara jiran. Bertahun lamanya sehingga sosok Eiman muncul di hadapannya.

"Apa pun jadi, pemilik  akan tetap kembali ke rumah yang buatkan dia nyaman."
Ini kisah mereka. Sosok yang hadir untuk saling melengkapi.

Eiman Ibtisam | Naira Fareeha
Faith and full of smile | Brilliant and happiness

Kerana CintaWhere stories live. Discover now