You deserve someone who wants to figure it out with you.
Ayra yang sedang duduk di meja solek sesekali mengerling tingkah Arian yang berada di atas katil. Ada laptop di atas riba lelaki itu. Jemari itu juga kelihatan berada di atas papan kekunci. Namun, sejak tadi tak ada sebarang pergerakan terhasil daripada jari itu. Arian dilihat sekadar menatap kosong ke skrin.
Ayra menggeleng kecil. Entah apa saja lah yang suaminya itu fikirkan. Botol losyen ditutup kemudian diletakkan semula ke atas meja. Serentak itu diabbangun menghampiri Arian yang seperti dalam dunianya sendiri. Langsung tak sedar akan kehadiran Ayra yang sudah pun mengambil tempat di sebelahnya.
"Arian?" Ayra paut lengan Arian. Keningnya ternaik sedikit bila bahu Arian kelihatan sedikit tersentak. Terkejut barangkali.
Arian diam. Fikirannya serabut saat ini. Desakkan Mak Ngah saban hari semakin menganggu ketenangannya. Pagi tadi, Mak Ngah datang ke pejabat mereka. Siap marah dekat Arian. Katanya mereka tak nak bantu darah daging sendiri. Bukan Arian tak nak ambil Citra kerja tetapi gadis itu tak punya sebarang kelulusan. Apatah lagi Citra inginkan jawatan sebagai akauntan syarikat. Lagi lah Arian menolak!
"Sometimes we tried so hard to hide our feelings. But we forgot that eyes speak clearly." Teguran Ayra di sebelah buatkan Arian berpaling dengan senyuman pahit di bibir. Hatinya berat untuk berkongsi hal tersebut. Dia risau jikalau isu ini akan mencetuskan keretakan rumah tangga mereka. Oleh itu, sudah seminggu dia diamkan saja hal tersebut. Di simpan kemas. Namun, desakan demi desakan yang diterima buatkan Arian berbelah bahagi. Hati isteri atau keluarga? Isteri keutamaannya namun keluarga...
"I was quite but I'm not blind." Ayra mengeluh perlahan. Terus saja dia baringkan tubuh. Duvet ditarik sehingga ke pinggang. Tubuhnya dipalingkan membelakangkan Arian.
"Saya tidur dulu." Matanya dipejam. Tak sampai beberapa seminit dia dapat rasa pinggangnya ditarik merapat ke belakang. Hangat.
"I'm sorry, lifeline." Gumam Arian. Wajahnya elok melekap ke bahu Arian. Suaranya perlahan saja.
"Saya nak tidur."
"No don't sleep yet until we fix this. I'm not going to losing you." Serentak itu Arian eratkan lagi pelukan.
"Losing you... That was my biggest fears."
"Fear has two meaning. First, forget everything and run. Second, face everything and rise. So, please communicate with me when I've done something that bothers you, let me apologize and learn. Silence... Silence kills me." Ayra tepuk sedikit tangan Arian di pinggangnya. Serentak itu tubuhnya dikalih ke belakang. Kini wajah mereka saling bertentangan. Ayra pandang anak mata Arian.
"Abang..." Arian gali keberanian. Nafas ditarik seketika. Mata dipejam berharap ada secebis ketenangan di situ.
"Pasal Citra?"
Soalan yang Ayra ajukan buatkan mata Arian terbuka luas. Terus saja tubuhnya duduk dengan tegak di atas katil. Matanya terkebil kebil memandang Ayra yang sudah mengukir senyuman nipis.
"Seminggu... Seminggu Ayra tunggu abang... Seminggu Ayra tunggu abang untuk jujur dekat Ayra. Alih alih Ayra kena make the first move. Tak apa lah ladies first orang putih kata." Ayra tergelak kecil. Bibirnya tersenyum pahit. Tak tahu mengapa cuma dia tak suka bila Arian sorokkan hal sebegitu darinya.
"Jangan cakap..."
Ayra mengangguk. "Farraz ada datang cafe last week. Dia membebel pasal Mak Ngah dan Citra."
Dia ingat lagi bila Farraz tiba di cafe nya. 2 gelas air sirap lelaki itu order. Siap request nak extra ice! Dah habis segelas air, Farraz call dia kata nak jumpa. Ayra terkejut bukan kepalang. Tak pernah dia beritahu keberadaan cafe tersebut. Alih alih menjelma pula lelaki itu. Bila dah duduk semeja berbakul makian Ayra dengar. Farraz tak sudah sudah membebel tentang Mak Ngah yang terus terusan mendesaknya.
Arian picit pelipis sendiri. Farraz ni mulut memang tak ada filter!
"Bagi je lah Citra kerja dengan abang."
"Ayra tahukan perangai Citra tu?" Arian kerling isterinya.
Ayra menggangguk. Kali ini dia capai tangan Arian. Digenggam erat. "Saya dah maafkan dia. Mana tahu dia dah berubah."
"Dia tak akan pernah berubah." Gumam Arian. Dia tak ernah percayakan gadis itu. Sejak dulu lagi, bermacam cara Citra cuba untuk meletakkan dirinya di samping Arian. Dan Arian tak suka akan hal itu.
Dia rimas!
Dia lemas!
Dia sesak!
"Cukup. Cukup diri sendiri je yang tahu baik diri kita. Tak perlu paksa orang untuk nampak sisi baik kita. Kita semua akan tetap nampak jahat di mata orang." Teguran Ayra buatkan Arian kelu. Mungkin benar dia terlalu berprasangka buruk pada Citra. Kepalanya tergeleng perlahan.
"Abang... Abang berat hati lah. Abang takut-"
"Abang takut dia goda abang?" Ayra tergelak dengan fikiran kolotnya. Tahu lah Citra tu terhegeh hegeh kejarkan Arian tapi tak akanlah gadis muda itu berani mati nak goda Arian di pejabat? Menempah maut namanya. Silap hari bulan Farraz tolak Citra dari bangunan tersebut!
"Aip!" Arian jegilkan mata. Masin mulut kang naya saja.
"Well, sekalipun dia nak goda abang... Pft! She should back off cause I'm better doing that. I will do everything just to make sure that I'm looks perfect on your eyes." Ayra tergelak sinis. Jika Citra berani nak tunjuk belang, Ayra tak takut untuk keluarkan kuku dan taringnya.
"Lifeline, you... Hm..." Arian gosok tengkuk sendiri. Pergh! Tegak bulu roma ni!
"You don't even need to be perfect cause you're peefect enough. No need to impress me cause even when you didn't try you already caught my eyes."
Lemah.
Lutut Ayra rasa longgar.
Perutnya rasa sebu.
Yakin, pipinya sudah membahang panas.
Terus saja Ayra palingkan semula tubuh. "Ay... Ayra mengantuk. Selamat malam abang!"
Arian tergelak kecil. "But lifeline, Citra tu nak kan kerja as an accountant. Tapi dia tak ada kelayakan untuk tu." Arian turut baringkan tubuh. Kepala Ayra diangkat sebelum di alihkan ke atas lengannya. Biar gadis itu tidur berbantalkan lengannya. Apa guna lengan sado kalau tak boleh nak jadi bantl isteri?
"Bagi je lah dia jadi PA Farraz." Gumam Ayra. Matanya sudah kuyu. Lah empuk pula lengan Arian ni. Rasa kantuk tu tiba tiba jadi berganda. Tak sedar matanya sudah melayu.
"Good idea." Arian rapatkan bibirnya ke telinga Ayra. Beberapa surah dialunkan lembut di telinga itu. Kemudian dia kembali mengeratkan pelukan.
"You've hurt enough. You've gone through so much. I promise you there will be no lover issues. I will be there for you. No matter what. I love you more than myself." Pipi Ayra dikucup sekilas sebelum dia juga ikut beradu.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...