I might play dumb but trust me, i noticed every single thing.
Berhenti sahaja kereta, Arian terus toleh ke arah isterinya. Kepala Ayra sudah hampir terlentok ke bahunya. Sejak kahwin dengan Ayra, Arian sedar yang wanita itu mudah terlena bila dalam kereta. Buktinya, semasa memulakan perjalanan tadi punyalah Ayra kata dia nak teman Arian drive. Tapi, tak sampai setengah jam wanita itu sudah terlena.
"Farraz, kita singgah makan. Ayra tak makan lagi." Arian berpaling ke belakang sambil berbisik.
Farraz di belakang pula leka memandang telefon di tangan. Entah apa saja yang di lihat sejak tadi. Kepalanya mengangguk. Dia pun lapar juga.
"Lifeline..." Lembut nada Arian memanggil. Pipi isterinya di usap sedikit. Lena. Ayra masih lena seoah olah tak ada gangguan saat ini.
Farraz julingkan mata. Dah mula dah drama laki bini ni. Penat lah dia nak menghadap scene kejutkan tidur ni. Telefon di letakkan ke tepi. Nafas ditarik. Sebelum...
"Api! Tolong bomba! Ada api!" Tiba tiba saja dia menjerit kuat.
Ayra tersentak. Terus ditolak tubuh Arian yang dekat dengannya. Tergesa gesa dia hendak keluar dari kereta. Pintu cuba di buka. Tak dapat! Panik dia jadinya.
"Awak! Buka pintu!" Tak sedar suara Ayra sudah naik seoktaf. Dia panik. Jantungnya bagai nak tercabut saat ini. Hilang mamainya. Hilang kantuknya. Yang tinggal hanyalah debaran yang kian hebat.
"Hey, relax. Tenang, tak ada api." Arian capai bahu Ayra. Di tahan tubuh itu dari terus bergerak tanpa arah. Sekilas matanya menjeling tajam ke arah Farraz yang sudah mengekek di belakang. Mamat ni ada masalah apa agaknya? Selalu sangat sakat isteri dia.
"Tapi..." Ayra cuba atur nafasnya. Panik. Nafasnya bagai tersekat di kerongkong.
"Hey, look at me." Arian tarik wajah itu memandangnya. Mata mereka bertikam anatara satu sama lain.
"Tak ada api." Terang Arian. Belakang tubuh Ayra diusap perlahan.
"But..."
"Tadi tu api neraka nak jilat manusia busuk hati." Bedil Arian. Geram! Farraz ni rasanya memang nak makan penampar dia kot.
"Oh, Farraz..." Ayra paling ke belakang dengan tatapan tajam. Tangannya bergerak masuk ke dalam beg tangan. Di capai botol hand sanitizer.
"Ni dah kali kedua awak kejutkan saya dengan cara tak bermoral!" Serentak itu tangannya bergerak mencampak objek di tangan.
Buk!
Tepat di perut Farraz. "Aduh! Sakit lah gila!" Terlepas jeritan Farraz. Perutnya yang terasa senak di usap sedikit.
"Who care?" Serentak Arian dan Ayra membalas. Kedua duanya menayangkan wajah selamba. Arian keluar dari kereta kemudian bergerak ke pintu di sebelah Ayra.
Farraz mendengus geram. Laki bini sekepala!
"Lifeline, jom. Kita turun. Pergi makan." Seatbelt Ayra ditanggalkan. Sebelum tangannya dihulur ke arah Ayra.
"Come, princess." Ucap Arian bila hulurannya hanya dipandang tanpa disambut oleh Ayra.
Farraz julingkan mata. "Ni prince charming nak turun dulu. Arian, aku nak ke tandas. Loya tengok aksi romance."
Arian hanya jeling batang tubuh Farraz yang sudah menjauh. Aman sikit bila dia tu tak ada.
"Lifeline?" Seru Arian bila Ayra masih memandang tangannya tanpa menyambut.
Ayra hela nafas perlahan. Serba salah seolah olah menghukum dirinya saat ini. "Arian, awak tak perlu layan saya macam ni."
"Macam ni? Macam mana tu?"
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...