I was quiet, not blind.
Seperti yang dijanjikan, sesudah isyak Arian dan Ayra terus saja bersiap siap hendak keluar. Sempat jugalah Arian bertengkar mulut dengan Farraz buatkan mereka terlewat 20 minit. Ayra ukir senyuman bila teringat pergaduhan epic tadi.
Ayra betulkan sedikit shawl di atas kepalanya. Sesekali keningnya berkerut mendengar bunyi riuh di luar. Ayra melangkah keluar dari bilik dengan langkah bersaja.
Arian sudah siap terlebih dahulu. Handbag miliknya juga sudah dibawa bersama. Semakin dekat langkah Ayra ke ruang tamu, semakin jelas suara suara itu kedengaran.
"Arian! Aku tanya ni, kau macho macho nak ke mana?" Suara Farraz kedengaran lantang menyoal. Jelas ada nada tak puas hati di situ.
"Bukan urusan kau." Suara Arian pula kedengaran tertahan tahan. Amarah atau geram? Mungkin kedua duanya.
"Urusan kau, urusan aku!"
Ayra sudah berkerut mendegar suara nyaring Farraz. Mamat ni kalau buka je mulut memang menyakitkan telinga! Sesekali dia kerling ke arah opah yang tenang menonton televisyen. Telekung masih tersarung di tubuh. Ni pula dah kenapa? Bukan kah mereka solat isyak bersama tadi?
"Farraz? Kenapa ni? Terjerit jerit macam kena kejar angsa dah kenapa?" Perlahan Ayra menyoal. Opah sudah lepaskan tawa kecil. Ayra ni tak sedar ke yang dia tu lawak?
"You pun lawa lawa nak ke mana?" Tak pasal pasal Ayra sekali kena sembur. Mata Farraz dah mencerun tajam memandang Ayra atas bawa. Ni lagi sorang pakai lawa lawa dah kenapa?
"Yang kau nak marah marah wife aku kenapa?"
"Asal tak boleh ke?"
"Memang lah tak boleh. Dia tu bini aku. Aku pun tak pernah marah dia!"
"Eh tu kau punya pasal lah! Siapa suruh kau tak pernah marah dia."
Dah bergaduh pula dua orang ni. Ayra rasa nak lagakan kepala dua sepupu itu. Buat sakit telinga dengar suara yang asyik berbalah itu.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...