Bab 14

1.1K 77 6
                                    

Better to be slapped with the truth than be kissed with a lie.

Ayra kecilkan mata memandang susuk tubuh di hadapannya. Kelihatan sangat sibuk menelek lampiran kertas kemudian mancatat sesuatu di lembaran kertas lain. Ayra tayang wajah jengkel. Tak reti nak balik ke dia ni? Ayra dah lemau ni.

"Hm, Cik Ayra... Kami balik dulu." Beberapa orang pekerja menyapa Ayra dengan senyuman. Ayra sekadar angguk. Dia liarkan mata ke sekeliling. Semua pekerja sudah pulang. Dah tentu lah! Lihat sekarang pukul berapa? Dah pukul 10 malam! Ya, dan Arian masih dengan wajah selambanya melepak di sini.

"Awak tak nak balik ke?" Akhirnya Ayra berjaya luahkan soalan itu. Memang tak lah dia nak tunggu lagi. Punggung dia dah naik kebas tahu tak.

"Tak." Tenang nada Arian. Wajahnya langsung tak di angkat memandang Ayra.

"Habis tu awak nak tidur dekat sini?" Ayra ketap gigi. Ya Allah, ini sangat menguji kesabarannya sebagai pemegang anugerah wanita penyabar!

"Mungkin." Arian angkat bahu.

Selamba gila mamat ni!

"Oh, kalau macam tu saya balik dulu lah. Awak boleh duduk sini. Jangan risau pintu nanti saya kunci. Awak dijamin selamat dekat sini." Ayra sudah berura ura bangkit dari duduk. Amek! Ingat Ayra nak layan ke? Badan dia dah letih sangat ni.

"Eh!" Arian angkat wajah.

"Kenapa?"

"Sampai hati kau nak tinggalkan aku dekat sini." Wajahnya sudah cemberut. Macam asam keping!

"Eh, saya pula? Sekarang ni awak nak balik ke tak?"

"Ye, aku balik." Arian kemaskan helaian kertasnya. Niat nak buat buat sibuk saja, alih alih dia kena siapkan semua kertas kerja yang ada. Ayra capai beberapa cawan yang ada di atas meja, di bawa ke dapur dan di basuh. Bila dia selesaikan bersihkan semua cawan, dia lihat Arian sudah berdiri tegak di muka pintu. Tadi tak nak balik! Alih alih tengok lah siapa yang nak gerak dulu?

"Kau balik naik apa?"

Ayra senyap. Dia kunci pintu cafe kemudian berkalih memandang Arian yang masih tegak menanti jawapannya.

"Naik grab." Ayra keluarkan telefon miliknya.

"Huh?"

"Ya, saya nak order dah ni. Awak pergi lah balik."

Mata Arian membulat. Balik? Tinggalkan Ayra ni sorang dekat sini? Oh, no! Kalau jadi apa apa dekat Ayra macam mana? Ayra tu bakal bini dia tahu tak?

"No, aku nak kau ikut aku."

"Eh, ke mana pula ni Encik Arian? Saya ni dah penat tahu tak? Tak larat lah saya nak mengekor awak." Keluar keluh kesah Ayra.

"Aku hantar kau balik lah. Kau gila ke nak naik grab malam malam buta ni?"

"Saya dah besar lah! Awak ingat saya budak budak ke?"

"Sebab kau dah besar lah kau patut risau. Dah, mari ikut aku." Arian hentikan perbalahan. Dia terus mula melangkah. Namun, soalan dari Ayra buatkan langkahnya mati.

"Dan apa pula jaminan untuk saya naik kereta awak? Awak ni selamat ke nak dipercayai?"

What the heck!

Sumpah! Arian rasa nak hempuk kepala otak Ayra yang bijak itu.

"Sebab aku ni bakal-" Argh! Bodoh! Hampir saja Arian nak terlajak kata!

"Huh?"

"sebab aku ni kawan kau lah."

"Hm, okay! Mana kereta awak?"

Eh.

Arian sudah bungkam melihat reaksi ceria Ayra yang tiba tiba saja berubah. Ni ke yang dinamakan emosi kaum hawa?

"Sana." Arian tunding jari ke satu arah.

Mata Ayra membulat. Biar betul? Kereta Ford Raptor F-150 bewarna hitam dan Arian dilihat silih berganti. Gila! Lelaki ini bukan sembarangan orang! Dia pasti lelaki itu bukan orang biasa biasa. Anggaran kereta ini saja boleh mencecah RM781K! Ketar lutut!

"Betul ke?" Takut pula kalau kalau Arian nak mainkan dia.

"Masuk lah." Arian angguk.

Masuk saja dalam kereta mulut Ayra sekali lagi terlopong. Tak pernah terlintas dalam hidupnya nak naik kereta semahal ini. Dia tegak tak bergerak. Takut jika pergerakannya akan rosakkan kereta ini. Hey! Mahal tahu tak?

"Awak sebenarnya kerja apa?"

Arian kalih mata memandang Ayra. Hendak tergelak dia bila tubuh itu langsung tak bergerak. Mulut bertanya, badan dan mata statik memandang tunak ke hadapan.

"Kenapa?"

"Awak... Awak tak nampak macam orang biasa. Kehidupan awak... Mewah... Buatkan saya takut nak dekat dengan awak." Luah Ayra jujur.

"Tak payah takut lah. Aku kerja halal. Bukan edar dadah atau jual organ manusia. Tak perlu lah kau takut. Aku ni pun manusia biasa."

Hm, Ayra angguk.

"Hm... Kau ada benda nak cerita dekat aku?"

"Cerita?"

"Ya, tentang apa yang jadi sepanjang hari ni. Kehidupan kau. Perasaan. Emosi kau."

"Hm, saya tak tahu nak kata apa. Saya serahkan semuanya pada Allah. Ke mana pun langkah ini dibawa akan saya ikuti. Tak kisah lah suka atau duka."

"Maksud kau?" Arian kerut kening tak mengerti. Ayat Ayra... Terlalu banyak simpulan. Sukar untuk dia rungkaikan.

"Saya dah terima pinangan orang... Saya lakukan apa yang awak katakan pada saya. Cari kebahagiaan. Saya sedang usaha dapatkan bahagia tu walau saya tahu satu hari nanti pasti akan ada harga yang perlu saya bayar untuk setiap senyuman bahagia ini." Di hujung ayatnya Ayra hembuskan nafas lemah. Dia sudah pasrah. Sama ada bahagia atau luka dalam perkahwinan itu nanti dia akan terima sepenuhnya. Cukuplah. Dia tak mahu melawan takdir lagi.

Arian senyum.

"Rumah kau dekat mana?"

"Here." Ayra suakan gps pada telefonnya. Sesekali bunyi gps itu memenuhi ruang.

Jeda.

Tak ada seorang pun bersuara sehingga lah mereka tiba di hadapan pagar rumah Ayra. Arian pandang saja gerak geri Ayra.

"Terima kasih tumpangkan saya." Ayra ucap dengan senyuman. Dia katup pintu kereta kemudian berpaling. Belum sempat di pegang pintu pagar, telinganya menangkap suara Arian.

"Welcome. Ayra... I promise i will make sure that you will be happy. I'm giving every effort just to make sure you happy, my lifeline." Arian naikkan semula tingkap kereta. Berdesup kereta itu hilang dari pandangan meninggalkan Ayra yang terkebil sendiri.

Eh, apa dah jadi ni? Ayra tak faham!

"Ayra? Lambat kamu balik. Terjegat apa dekat situ? Masuk lah. Siapa yang hantar kamu balik ni?" Sapaan Encik Khalid menghapus segala soalan yang berpusu pusu dalam otaknya.

"Kawan. Kawan Ayra yang tolong hantarkan." Dalam tak sedar bibir Ayra mengukir senyuman. Tak tahu mengapa, yang pasti setiap bait kata Arian meninggalkan kesan di hati. Bukan duka. Sebaliknya, titik harapan untuk dia yakin bahawa bahagia itu ada.
















Kerana CintaWhere stories live. Discover now