They said stop being so sensitive. No! You stop being insensitive. I would never accept disrespect.
Bam!
Bergema seisi pejabat dengan hempasan kuat tersebut. Wajah bengang Farraz kelihatan keluar dari biliknya. Kakinya melangkah laju ke satu meja berhampiran pintu biliknya.
Bam!
Meja dihentak dengan kuat. Matanya tajam menikam wajah dihadapannya. Sesekali matanya mengerling ke arah beberapa pekerja yang sudah serupa kura kura mengintai ke arah mereka.
"Dah seminggu kau kerja dekat sini tak akan lah masih bodoh lagi?" Tinggi suara Farraz buatkan pekerja yang mengintai sejak tadi mengecil di twmpat masing masing. Angin tak baik!
"Sorry. Aku-"
"Aku? Aku ni boss kau!"
"Maaf. Saya minta maaf Encik Farraz." Laju Citra membalas. Giginya diketap menahan bara di hati. Namun, kepalanya menunduk memandang ke lantai. Nak melawan tapi dia kena sabar. Sekarang Farraz bos nya dan bukan sepupunya.
"Seminggu aku dengar alasan yang sama! Kau nak kerja ke tak nak kerja?" Farraz ketap rahang. Dapat di dengar bunyi giginya berlaga menahan geram di hati. Arian punya kerja lah ni. Boleh pula dia letak Citra ni jadi PA dia? Menyakitkan hati!
"Nak." Citra mengangguk. Wajahnya masih menunduk sedikit. Tak berani nak tayang muka dekat Farraz. Farraz di tempat kerja sangat kontra dengan Farraz di luar waktu bekerja. Di luar waktu kerja Citra berani kerat jari, dia boleh bertikam lidah dengan Farraz.
"Dah tu? Minggu ni saja dah tiga kali kau salah susun jadual aku!" Tiga jari di angkat di hadapan muka Citra. Menggelegak hatinya saat ini. Dah jadi kerja pula dia nak susun semula jadualnya. Kemarahan dah naik ke kepala. Ikutkan hati dah berderai gigi Citra ni makan penampar dia.
"Kenapa ni?"
Citra angkat wajah. Matanya jatuh memandang Arian yang sudah berdiri tegak berhampiran mereka.
Farraz sudah masam mencuka. Ni lah muka segala masalah yang dia kena tanggung saat ini. Serasa kakinya hendak melayang ke wajah tak bersalah itu.
"Ni pekerja kau buat kerja serupa tak pernah dapat jadual kelas. Susun jadual pun tak reti ada hati nak jadi assistant aku." Farraz mengomel selamba. Citra dijeling tajam.
Arian mengeluh. Jemarinya sudah naik menyentuh pelipis sendiri. "Citra, masuk office saya."
Citra segera mengangguk. Langkah Arian dikejar. Baru tangannya hendak menolak pintu, tangan Farraz terlebih dahulu mendahului. Berkerut keningnya memandang ke sisi.
"Jangan nak perasan. Aku tak akan jadi gentleman untuk kau." Farraz tayang wajah loya. Terus saja dia masuk ke pejabat Arian. Kerusi di hadapan lelaki itu terus di duduki. Citra dibiarkan sekadar berdiri di belakangnya. Dengan wajah tak bersalah aplikasi youtube di buka.
"Abang-"
"Encik Arian! Abang kepala hotak kau!" Kasar. Pejabat kembali bergema dengan suara lantang Farraz. Angin dia betul betul tak baik hari ni.
Arian menggeleng. Penat. Dulu dia kena hadap Farraz saja. Sekarang dah kena handle dua ekor jebon. Dua dua perangai tak nak kalah!
"Farraz, can't you-"
"No. Nanti entah apa apa je lah budak ni buat dekat kau. Lepas tu mula lah nak buat cerita dongeng dekat semua orang. Tak pasal pasal rosak rumah tangga kau." Farraz menggumam perlahan. Matanya masih fokus memandang skrin telefon. Serasa tak puas, telefon diletakkan ke tepi. Laptop milik Arian si sisi meja ditarik merapat sebelum di hidupkan.
"Suka hati kau lah." Arian kembali tegakkan tubuh. Tak apa lah biarkan saja Farraz dengan dunianya. Lagi pula, ada eloknya lelaki itu menemaninya. Tak ada lah timbul fitnah.
"Ni Citra, abang tak tahu nak kata apa lagi dah. But please learn something. Citra yang beria nak kerja dekat sini so buat cara nak kerja. Bila tak tahu tu, tanya. Jangan nak berat sangat mulut tu nak bertanya. Kalau bergaduh dengan Farraz, ringan pula mulut tu nak bercakap." Arian mula buka mukadimah. Matanya memerhati Citra yang sedang berdiri itu.
Farraz berdehem kecil. Nak terlepas tawanya memandang wajah serius Arian. Wuuuu! Garangnye!
"Saya minta maaf, Encik Arian. Saya-"
"Oh, aku. Tak mahu, ku tak mahu. Emas permata, tak mahu ku tak mahu. Apa pun dari mu, cintaku tak perlu... Di jual beli dengan duit mu."
Selamba Farraz kuatkan volume dari laptop. Wajahnya langsung tak beriak. Terlepas keluhan di bibir Arian. Farraz ni memang nak kena dengan dia.
"Farraz..." Suara Arian kedengaran tertahan tahan. Giginya diketap rapat.
"Yes?" Farraz angkat wajah memandang wajah tegang Arian. Tanjat boboi!
"Get out." Di antara dengar dan tak dengar saja nada Arian.
Farraz telan liur. Garangnya suami Ayra ni! "Why?"
"Just... Get out!" Lurus jari telunjuk Arian menunding ke arah pintu pejabatnya.
"Kalau Citra ada dalam bilik ni memang tak lah aku nak keluar." Farraz berpeluk tubuh.
Baru Arian hendak buka mulut, pintu ruangan itu diketuk sebelum dikuak sedikit.
"Encik Arian, Puan Ayra datang nak jumpa." Takut takut pembantunya itu memberitahu.
Mata Arian naik memandang Farraz yang sudah tayang tiak selamba.
"Kau beritahu apa dekat bini aku?"
"Eh, elok sikit! Bini kau yang rela hati nak delivery coffee aku." Farraz terus berdiri tegak. Berkeras dia membela diri. Walhal dia saja meminta Ayra untuk hantarkan dia kopi. Dia nak Ayra tolong basuh kepala otak Citra tu sekali. Penat lah asyik dia saja yang nak marah marah. Sekali sekala dia nak juga lihat pergaduhan antara Ayra dan Citra. Fuh! Mesti menarik punya!
Arian menggeleng. Naya!
Pintu di tolak dari luar sebelum wajah Ayra terjegul di situ.
"Assalamualaikum, abang."
"Waalaikumsalam. Come, lifeline." Arian menggamit isterinya.
Ayra mengangguk. Cawan kertas kopi ditangannya dihulur ke arah Farraz dan satu lagi diletakkan di hadapan Arian. Senyuman kecil dihulur ke arah Citra.
Tubuh Ayra bergerak mencapai jemari Arian. Tangan Arian dicapai sebelum dikucup lembut. Belum sempat dia tegakkan semula tubuh, dahinya sudah menerima kucupan hangat. Berona merah wajahnya! Depan orang!
Ya, Allah!
Jantung nak luruh ni!
Membulat mata Citra. Berapi hatinya.
Farraz pula sudah buat wajah meluat. Dah mula dah laki bini ni.
"Aku nak keluar lah." Farraz bangkit dari duduk. Kopi di cicip sedikit.
"Ingat, Arian. Kau ada hak nak pecat sesiapa je dekat sini. Lebih lebih lagi orang yang tak beri apa apa keuntungan pada syarikat." Farraz menjeling Citra sekilas.
"Tak payah nak takut sangat lah dekat mak budak ni." Bibir Farraz sudsh naik sedikit.
Sinis.
"Ayra..." Ayra kalihkan wajah memandang Farraz bila namanya di seru.
"That stupid Arian. He always afraid of losing people but he never afraid of losing himself by trying to please everyone around him. Stupid. Stupid Arian." Kepala Farraz tergeleng kecil sambil jarinya menunding ke arah Arian.
Arian pula sudah jegilkan mata.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
DragosteCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...